Selamat Kembali Shida. Yeay!!
Hampir 7 bulan shida membiarkan blog ini bersawang. Maafkan shida terlalu banyak perkara berlaku selama dalam tempoh 7 bulan ini. Berita sedih, berita gembira hanya Allah saja yang tahu bagaimana shida lalui semua perkara yang berlaku.
Hai korang! apa cerita sekarang ni? Lama sangat shida tak update, tak blogwalking. Tah ada ke takde kawan-kawan shida yang selama ini selalu support shida dan blog. Mohon maaf ya. Nasib tak menyebelahi shida dengan baik untuk tahun 2022 ini.
Mesti ramai rakan blogger yang pelik dengan shida yang hilang tiba-tiba. Ada je blogger yang tahu ada juga yang tak tahu. Ada juga yang cari shida di facebook dan instagram, maaf memang shida banyak diamkan diri masa tu selepas apa yang terjadi pada shida.
Bagi yang tahu, ya shida kena covid gais..pada tahun lepas (disember) seiring dengan berita yang menggembirakan shida pregnant masa tu sudah 3 bulan. Tapi dalam shida berkampung di dalam wad selama 4 hari dan menyambut hari lahir sendiri di dalam wad sorang diri rasa sedih amat.
Tapi perasaan sedih ini bersambung lagi sehingga selesai keluar wad dan menjalani rawatan covid selang beberapa hari shida keguguran. Amat sedih juga bila cahaya mata yang dinanti hilang sekali lagi menemui sang pencipta. Terlalu banyak spekulasi bila shida keguguran, dah cukup jaga sehingga bulan ke 3 tapi masih takde rezeki.
Shida redha korang. ambil masa hampir berbulan-bulan untuk pulih. Mencuba pelbagai bentuk dan jenis rawatan yang disarankan. Andai Allah kata belum, ya memang belum ada rezeki. Bulan ini cukup shida berpantang 6 bulan sesi merawat kembali. Masih plan untuk mencuba lagi, semoga kali ini lebih baik dan diizinkan. Korang doakan lah untuk shida ya, Amin.
Selamat kembali Shida, inilah semangat yang shida ingin kembali. Semoga berterusan menulis tanpa jemu dan terus istiqomah. Memandangkan ini bulan ke dua shida bekerja, oh ya shida dah mula bekerja tapi nantilah shida story mory di next entry ya. Semoga korang pun ceria, sihat sejahtera selalu.
48 comments
Yeah!! Shida is back again..
ReplyDeleteWelcome back dear Shida..
Walau apa pun dugaan, Sha doakan semoga Shida kuat dan tabah.. Take your time and walk again.. Sha doakan semoga dipermudah semua urusan Shida.. Aamiin.. Aamiin..
Amin..amin sha! Terima kasih sha <3
DeleteIts great to hear from you again.. Take it slow.. dont rush, just relaks relaks.. thank you singgah blog Sha.. high five..
Deletemoga terus bersemangat kak shida!!! Insya-Allah, perancangan Allah itu yang terbaik, apapun welcome backkkkkk💜💜💜
ReplyDeleteTerima kasih THES <3
DeleteSelamat kembali Shida. Berat dugaan Shida. Sis doa semoga Shida sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusan. Aamiinn...
ReplyDeleteTerima kasih yaya, Amin terima kasih atas doanya <3
DeleteYeahhh welcome back
ReplyDeleteterima kasih nurin <3
DeleteSelamat kembali kak Shida. semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki akak :)
ReplyDeleteTerima kasih tiara <3
DeleteSelamat kembali.
ReplyDeleteMaaf tidak tahu pasal keguguran.
Semoga ada rezeki nanti. Insya Allah.
Terima kasih NA, tq juga sudi cari saya sampai ke facebook <3
DeleteSelamat kembali kak Shida. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk kak shida sekeluarga.
ReplyDeleteAmin, terima kasih naim, tq sudi datang dan komen entri kak :)
DeleteShida kuat semangat. In sya Allah Shida boleh dan mampu. Aamiin.
ReplyDeleteAmin! terima kasih PC <3
DeleteSelamat kembali bersiaran Shida
ReplyDeleteSemoga Allah kurniai keafiatan yang berpanjangan
Terima kasih wak, belum berkesempatan nk ke blog wak..tgu ya saya dtg :)
DeleteSelamat kembali berblog Shida. Akak fikir Shida fokus pada kehamilan, itu yang tak berblog.
ReplyDeleteTerima kasih kiriman kad raya 😊
Takziah Shida & suami atas kehilangan. Pasti ada hikmahnya, sama ada cepat atau lambat untuk kita sedari.
InsyaAllah tiba masa yang tepat, ada rezeki Shida. Kekal tabah ya ❤️
Terima kasih kak uji atas doa.
DeleteOh kad raya hehee sama2 kak uji..tanda atas ingatan <3
Welcome back Shida!...semoga dipermudahkan segala urusan..take care ya..
ReplyDeleteTerima kasih nohas <3
DeleteWelcome back! Semoga lebih tabah!
ReplyDeleteKipidapp..Dugaan bakal datang silih berganti..cuma kena lebih stuggle mengawal emosi dan keadaan
Betul tu nona, terima kasih ya <3
Deletewelcome back shida..:)
ReplyDeleteterima kasih ciknor :)
DeleteHidup memang banyak dugaan dan kalau tiada dugaan boleh persoallkan kepada diri sendiri....adakah saya masih hidup...BTW welcome back to blog world
ReplyDeleteTerima kasih encik hanafi :)
DeleteWelkam back! Shida, kita doakan agar shida dapat lagi rezeki hamil dan melahirkan, insyaallah :)
ReplyDeleteAmin amin ya mujib! terima kasih syaz atas doanya <3
DeleteAllahu. Semoga Shida kuat menghadapi dugaan ini dan ada rezeki lain menanti. No wonder lama sangat tak update. Jaga diri OK
ReplyDeleteAmin, kuat dah sal. Dah harungi 6 bulan dah syukur masih baik dan okay :) terima kasih sal <3
DeleteYa Allah, peluk dari jauh. Bismillah, insya Allah setelah ini ada berita baik untuk kak Shida.. Hanya bisa mendo'akan dari jauh
ReplyDeleteTerima kasih Naia, Amin <3
DeleteSelamat kembali Shida. Lama Shida menyepi kali ni. Lepas sembang haritu Shida senyap lama. Faham, ianya memerlukan masa dan kekuatan untuk kembali semangat semula. Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Aamiin...
ReplyDeleteAmin fiza, terima kasih atas sokongan fiza! semoga kebaikkan kepada fiza jua <3
Deletewelcome back shida!!! happy² je k... percaya rezeki Allah... jgn give up... semua yg berlaku mst ada hikmahnya... akn ada pelangi selepas hujan... jgn nanges tau
ReplyDeleteThanks kak mim <3 Moga ia terus bersinar dengan cemerlang!
DeleteWelcome back Shida. Lama juga Shida menghilang di blog. Nampak kat fb kadang kadang je. InshaAllah ada rezeki nanti. Aamiin..
ReplyDeleteTerima kasih naniey <3
Deleteallahu besar dugaan shida semoga shida tabah. selamat kembali dan semoga shida semakin bersemangat. kawan mama pun gurur juga selepas dia kena covid. baby masa tu nak masuk 8 bulan..
ReplyDeleteAllahu 8 bulan, lagi lah bertabah kawan mama tu..dah ckp sifat tgu nk lahir jer huhuu..sedihnyaaa
Deletewelcome back Shida...
ReplyDeleteammi pernah rasa keguguran beberapa kali dan ammi tau apa perasaan yg Shida rasa...tapi insyaallah. Allah sebaik-baik perancangan. Sabar ye dik!
Baik kak ammi,moga semua yg mendoakan menjadi asbab utk saya terus tabah dan kuat mghadapi semuanya. Terima kasih ammi <3
DeleteSemoga Shida terus kuat. Percayalah, perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Rezeki yang dinanti-nanti itu akan sampai bila kena masa dan ketika. Terus bersemangat ya!
ReplyDeleteTerima kasih kak farrah <3
Deleteinsya allah ada rezeki lebih menanti shida jgn putus asa ok
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.