'Nak Bina Perniagaan Perlu Ada Ilmu' Ujar Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman
Dalam dunia yang penuh cabaran, jangan fikir tahun 2022 ini membina satu perniagaan adalah sesuatu yang 'mudah'. Memulakan perniagaan dari kosong sememangnya sesuatu yang sukar dan ia memerlukan sesuatu ilmu yang hebat bagi membina sesuatu perniagaan atau bisnes yang berjaya.
Anda dijemput mengikuti program khas ini "LIVE SESSION DATUK WIRA DR.AZIZAN OSMAN" disaluran telegram Azizan Osman Official. Acara berlangsung jam 8 pagi setiap hari Ahad sepanjang bulan Februari ini secara PERCUMA!
Klik pautan ini sekarang (Telegram Azizan Osman Official) dan anda akan dibawa bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr.Azizan Osman yang akan berkongsikan "Perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini.
Saluran ini khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. Jangan lupa ya! Sertai sekarang!
Live Session Bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman (Mentor Usahawan)
Seperti yang kita tahu 'RICHWORKS' adalah salah satu nama besar yang tidak asing lagi yang telah melahirkan generasi usahawan usahawan baru dan berjaya dalam setiap program percumanya. Kepakaran mereka adalah penganjuran acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara seminar live dan dalam talian.
Dengan rekod prestasi terbukti strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membina ribuan usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 ke 24 bulan, sungguh menakjubkan! Tahniah RichWorks!
Pengagihan pertama RichWell bantu usahawan bangkit menyumbang
Mengimbau kembali detik cemas yang melanda negara kita Malaysia dengan musibah banjir besar yang melanda beberapa buah negeri yang terlibat dan juga negara masih belum lagi mengakhiri fasa endemik covid19, kita diuji lagi.
RichWorks terpanggil apabila melihat kesusahan yang dialami anggota masyarakat di luar sana hingga ada yang kibarkan bendera putih bagi mendapatkan bantuan segera. Sumbangan ini diperolehi daripada usahawan-usahawan dan orang ramai yang bersama dengan nilai-nilai dibawakan kami bagi memberikan manfaat kepada orang lain.
Pengagihan sumbangan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menyalurkan sumbangan yang diterima untuk keluarga-keluarga yang memerlukan. Kira-kira 1 juta sumbangan yang disasarkan bagi membantu lebih kurang 10,000 buah keluarga yang terjejas.
Usahawan yang berjaya bukanlah memikirkan soal bisnes dan untung semata-mata sebaliknya dalam rezeki dan kejayaan, kita harus memberi dan menyumbang kembali kepada yang memerlukan.
Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman satu nama yang gah dan dikenali ramai oleh ribuan pengikut dan para usahawan, jutawan yang telah berjaya dalam program yang dianjurkan dan dikendalikan oleh beliau sendiri.
Dr Azizan Osman anak kelahiran dari Kota Bharu, Kelantan ini bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia. Singapura, Brunei serta Indonesia sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelabagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan.
Dr Azizan Osman telah terbukti berjaya membina ramai usahawan bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.
Rakyat Malaysia dihantui kenaikan harga barang yang teruk!
Tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang yang terlampau dan menjadi masalah utama membelenggu rakyat malaysia ketika ini. Isu ini bukanlah sesuatu yang baru semenjak negara kita dilanda musibah yang teruk sejak penularan wabak corona virus ini.
Tahun ini sahaja rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kenaikan beberapa barangan keperluan hidup seperti kenaikan harga bahan basah seperti ayam dan sayuran sehingga ke bahan kering amat dirasai.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
13 comments
Selepas irfan khairi, saya bermentor DAO...kemudian saya ikut macam-macam guru... ada masa saya kembali kepada guru2 yang saya rasa sesuai untuk selesaikan masalah saya sebab guru2 ada ilmu yang sama tapi pendekatan berbeza.... Done join telegram DAO
ReplyDeleteTerbaik Datuk Wira 👍
ReplyDeletehehbattt., ;p
ReplyDeleteNak berniaga memang perlu ada ilmu. Tak boleh terjah macam tu saja. dulu isteri saya ada buka kedai pakaian, namun sekejap saja tutup. Rugi . Hihi.
ReplyDeletemakin banyak ilmu makin banyak pengalaman.suka dengar die bercakap
ReplyDeletesentiasa =ve dalam hidup...
ReplyDeletebukan dalam bisnes je. luar bisne pun kena ada ilmu. manusia ni makanan jiwa dia adalah ilmu. tanpa ilmu laparlah (bodoh) jiwa dia
ReplyDeletebyk yg rugi sebab xde ilmu..
ReplyDeleteMaa syaa Allah..
ReplyDeleteSelamat HAri raya shida :)
ReplyDeleteaslm shida, terima kasih ye mama dapat kad raya dari shida https://www.mamapipie.com/2022/05/dapat-kad-raya-dari-shida.html
ReplyDeletebagus bila kita berguru, insyaAllah hala tuju kita ada panduan yg betul. anyone yg join program Dr Azizan akan rasa worth kalau dia take action sbb lepastu bru dpt result.
ReplyDeleteso inspiring patutlah ramai pengikut dr azizan ni
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.