Selamat Tahun Baru 2022 & Selamat Hari Lahir Shida Radzuan
Alhamdulillah hampir sebulan shida tidak menulis dan hampir-hampir ingin berhenti menulis. Apa khabar kawan-kawan semua? Maaf korang lama sungguh shida menyepi. Harap ada yang masih ingat Shida Radzuan, kenal lagi ke korang? heheee.
Harini terasa ingin mencoret sesuatu pada blog sebab lama sangat tinggal. Selama hampir sebulan ni shida menyepi terlalu banyak perkara yang terjadi dan shida ambil ia sebagai satu dugaan di mana Allah menegur kita, menyapa kita, menarik nikmat gembira seketika.
Mungkin ada yang tahu dan tak tahu. Shida baru lepas sembuh dan dalam fasa semakin sihat. Tanggal tak dapat dilupakan 28 dis 2021 yang lalu shida disahkan positive covid19 dan telah berkuarentin selama 10 hari masuk wad 3 hari. Ini lah berita yang kurang gembira untuk semua.
Sempena hari jadi pada 5 January 2022 yang lalu sambut sorang-sorang dalam ward hahahaa. Setiap masa encik husben bertanyakan khabar pesannya semoga semakin baik dan banyakkan bersabar. Ada lagi berita baik korang, sebelum shida disahkan positive shida dah pun terima berita baik ini berita yang dinantikan selama ini.
Akhirnya, pada tahun ini shida bakal menjadi seorang ibu Alhamdulillah panjat syukur pada Illahi. Menerima khabar ini pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3 pada 14 dis 2021. Sekarang shida dah preg. 8 week dah korang. Tak tahu lah berita gembira dan sedih datang serentak kita jadi terkelu tak tahu nak kata apa.
Apa-apa pun shida totally gembira dan sentiasa menjaga kesihatan diri dan kandungan ini. Korang doakan lah ye untuk shida. Maaf lama buat korang tertanya-tanya, ramai yang tahu mengenai shida masa shida update pada facebook tempoh hari. Terima kasih semuanya yang mendoakan.
23 comments
tahniah kak shida, semoga dipermudahkan segala urusan :)
ReplyDeleteHappy Birthday!!
tahniah kak
ReplyDeleteFirstly, Happy Belated Birthday dan Happy New Year.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh.
Dan tahniah ye.
Ovh rupanya ada berita sedih. Tidak sangka pula.
ReplyDeleteApapun tahniah dan alhamdulillah berjaya harungi penyakit covid.
Selamat tahun baru, selamat hari lahir dan selamat kembali menulis. Semoga sihat selalu.
ReplyDeleteselamat tahun baru..
ReplyDeleteselamat hari lahir shida!
alhamdulillah.. mom to be.. semoga baik2 je utk shida..
jg kandungan leklok.. jgn buat keje berat2 ok.. =)
Selamat tahun baru Shida.. Selamat hari lahir diucapkan pada awak dan selamat kembali dalam arena menulis nie.. Semoga awak terus kuat dalam menghadapi cabaran hidup dan sentiasa jaga kesihatan awak dan semoga kandungan awak membesar dengan baik...
ReplyDeleteselamat tahun baru shida..:)
ReplyDeleteTahniah shida...semoga anak yg lahir secumel shida...jaga diri yea...serta kandungan...
ReplyDeleteHappy new year.!!.keep on writing dan serta blogging
ReplyDeleteDalam kesedihan ada kegembiraan. Semoga Shida dan baby baik baik je. Take Care Shida.
ReplyDeleteHappy belated birthday. Wish sekali lagi walaupun dah wish masa birthday haritu :)
Selamat Tahun Baru 2022. Awal tahun baru dapat berita gembira dah untuk 2022 ni. Alhamdulillah..seronok dengar. Menanti giliran Fiza pulak. Harap ada rezeki juga :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2022 dan selamat hari lahir kak shida
ReplyDeletelama betul tak nampak akak
tahniah akak
Ada sedih, ada gembira. Patutlah lama Shida menyepi.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah buat Shida & suami. Tumpang seronok dengar.
Happy belated birthday Shida 💐
Jangan berhenti berblog, sekurang-kurangnya menulis untuk kenangan & rujukan sendiri.
Setamat tahun baru and Happy belated birthday sis Shida.
ReplyDeleteAllah.. Ujian sungguh ye shida..
ReplyDeleteAlhamdulillah shida dah selamat.. Tahniah juga ye..
semoga shida diberkan kesihatan yang baik.. Aamiin..
Happy belated birthday shida..
Semoga ada yg lebih baik menanti, happy belated befday ❤️
ReplyDeleteSelepas hujan ribut Allah turunkan pelangi.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah!
Happy belated birthday! Tahniah bakal jadi ibu.
ReplyDeletetahniah shida! jaga kesihatan baik2 ya... patut laa lama senyap je... thats ok. janji shida dan baby sihat
ReplyDeleteHappy belated birthday ya! Tahniah untuk anak yang bakal lahir semoga lahir dengan sihat walafiyat.
ReplyDeletetahniah kak Shida, semoga selalu sihat sampai hari kelahiran baby
ReplyDeletealhamdulillah... happy belated birthday shida... semoga dipermudahkan urusan shida bersalin nnt... kad raya dr shida br sampai semalam... thanks tau! selamat hari raya
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.