Selamat Pengantin Baru Zahir dan Niena | Tahniah!

by - 22:54:00

Pengantin Baru ni dah sebulan usia perkahwinan mereka tau, Selamat Pengantin Baru Zahir dan Niena | Tahniah shida ucapkan kepada mereka berdua. Ohya! lupa shida nak memperkenalkan kepada korang ini adalah majlis kenduri adik ipar shida di Pineng. 

Korang ingat tak shida pernah tunjuk yang shida buat Hidden Hantaran untuk adik ipar shida tu, so untuk majlis yang ini lah shida buatkan. Alhamdulillah cantik kejadian hantaran bila bergabung bersama perhiasan dari pelamin semua.

Shida hanya dapat version gambar tepi-tepi je dari fotographer hahaaa. Okaylah boleh buat kenangan kan. Semasa majlis berlangsung antara keluarga sahaja yang hadir, orang luar pun cuma sahabat handia beberapa orang dari rakan pengantin. 

Masa tu negeri Pulau Pinang masih belum lagi diberi kebenaran untuk membuat majlis secara terbuka, makan-makan beradab pun dalam rumah walaupun sederhana meriah sangat! Masih terasa seperti kenduri suasananya, dengan pelaminnya, hiasan meja makan beradab dan dekorasi lain-lain cantik!

Lama sangat dah shida peram entri ni, so harini ambil kesempatan untuk publish dibuat kenang kengan bersama-sama keluarga mertua. Oh ya! shida lupa lagi hahaaa adik ipar shida adalah lelaki ya (Zahir) bersama pasangan pilihan hatinya Niena, sama cantik sama padan.

Gambar mempelai bersama mama dan abah (mertua shida). Shida doakan kepada kedua-duanya Selamat melayari bahtera berumahtangga, walaupun usia mereka masih muda tetapi shida yakin dengan sikap matang mereka akan dapat menjalani kehidupan lebih bahagia dan bertanggungjawab.

Selesai saja kenduri pada 5 November 2021 (Jumaat), keesokkannya shida dan husben terus gerak balik ke taiping tetapi biasalah kalau dah ke pineng mana boleh tak singgah Ikea Batu Kawan hahaaa. 

Borong beberapa barangan untuk hadiah giveaway nanti dan barang deco deco rumah. Tetapi sampai saja rumah di Taiping malam tu juga kami start dengan plan bercuti yang kami dah plan so mana kami pergi? Next entri lah heheee.

Inshaa Allah lagi beberapa hari shida akan lancarkan giveaway yang dijanjikan tu tapi tunggu tau shida masih mencari masa dan tarikh yang betul-betul sesuai untuk shida lancarkan, harap dapatlah sambutan yang baik dari korang semua kesayangan shida ni 💋

You May Also Like

10 comments

  1. Tahniah n slmt pengantin baru utk kedua mempelai...

    ReplyDelete
  2. Salam Shida. Meriah juga majlis walaupun kecil sahaja. Nampak berseri hantaran Shida buat tu. Wah, bestnya bercuti ke mana tu??

    ReplyDelete
  3. Cantik baju pengantin warna hitam.
    Oh rasa kalau buat peraduan kena ambil masa sebab bulan ini cuti sekolah, blog sepi sedikit sebab bercuti berjalan-jalan.

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Cantik hantaran yg kak shida buat tu. simple and elegent

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selesai sudah majlis. Lega kan Shida. Kena tema hantaran dan pelamin tu. Tahniah untuk adik ipar Shida dan isteri. Semoga berbahagia sampai syurga. Seronok tu dapat sambung cuti cuti :)

    ReplyDelete
  6. tahniah..selamat pengantin baru..:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga kekal bahagia sampai syurga Allah! Tahniahhhhhh kepada kedua dua mempelai.. Cantik sangat kak hantaran akak buat tuu .. I love it!! Hihi

    ReplyDelete
  8. cantiknya pengantin.. simple je baju nya tp menarik!
    selamat pengantin baru utk pasangan mempelai ni.. =)

    ReplyDelete
  9. Selamat Pengantin Baru Zahir dan Niena semoga kekal bahagia til jannah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah buat pasangan mempelai..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.