Masih Dibelenggu Ketidakselesaan
Sebenarnya beberapa hari yang lepas husben shida demam korang. Alhamdulillah tiga hari stay dekat rumah berehat dan berubat encik husben semakin kebah tanpa perlu ke hospital. Bukan taknak dapatkan rawatan yang lebih pakar, cuma abang ipar shida selalu pesan kalau demam biasa rawat sendiri dirumah sahaja.
Abang ipar shida ni M.A Hospital so dapatlah bantuan dari segi apa-apa keperluan seperti nasihat atau ubatan yang perlu dibeli sekiranya sakit demam kan. Sangat jarang kami sekeluarga pergi ke hospital sebenarnya kalau sakit-sakit kecuali sakit yang serius lah.
Dengan musim covid19 sekarang ni hopsital pun dah jadi satu tempat penyebaran pelbagai virus so hindarilah jika perlu. Bukan shida kata hopsital tak elok tapi kalau dapat rawat sendiri dari rumah lebih bagus dengan musim seperti sekarang kan.
Shida hanya rawat husben sendiri dari rumah, makan ubat on time, masak yang dia nak makan dan berselera, selalunya selera orang sakit ni kan pelik pelik sikit heheee. Kadang tu masak menu yang sama saja ikut tekak dia hehee layan jelah orang sakit hehee.
Masa encik husben demam teruk tu, kami pun terpaksa tidur asing takut berjangkit tapi itulah nama pun virus cepat benar tersebar selang selepas encik husben kebah sikit shida pun dah terjangkit tapi taklah teruk cuma shida selesema sahaja. Makan ubat on time shida pun Alhamdulillah sihat dah!
Buat juga covid test untuk husben dan shida juga, Alhamdulillah kemi dua-dua negetif. Selepas husben buat test, hari ke tiga shida buat juga bila rasa badan tak berapa sedap dan mula selsema pula. Terima kasih Ya Allah kerana melindungi kami dengan setiap hari berjumpa dengan ramai orang.
Entahlah sebenarnya Masih Dibelenggu Ketidakselesaan, terkejut juga bila encik husben demam tiba-tiba sebab dia orang paling susah nak sakit demam ni dan akhirnya tewas huhuu. Takpe sakit penghapus dosa orang kata, Allah tarik sedikit nikmat dunia dalam beberapa hari.
Walau apa pun shida masih bersyukur masih dipanjangkan usia dan masih sihat tubuh badan untuk terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Shida pun berharap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah swt.
21 comments
Semoga sentiasa sihat dan dipelihara kesihatan. Naniey pun baru baik dari selsema. Tetiba pula selsema..
ReplyDeletestay safe kak
ReplyDeleteHash risau waktu begini.
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah semakin sembuh.
Semoga kak shida dan suami sihat seperti sediakala, insyaallah…
ReplyDeleteSemoga shida n husband dah semakin sihat ya... jaga diri..!
ReplyDeletebetul Shida, kawan-kawan PC yang kerja setiap hari dihospital, mereka kata kalau boleh rawat di rumah bila kurang sihat, rawat di rumah kecuali memang betul-betul dah tak boleh tahan..tapi sebelum tu dapatkan dulu nasihat pegawai perubatan.. dapatkan ubat.
ReplyDeleteBetul Shida. Musim covid ni lagilah kalau boleh elakkan pergi hospital kalau sakit ringan. Kadang hospital pun tak nak terima pesakit yang hanya sakit biasa. Nak elakkan jangkitan covid. Alhamdulillah dah sihat dua dua.
ReplyDeleteSamalah kita Shida. Sebab adik MA, kita jarang ke hospital kalau sakit biasa². Rawat sendiri di rumah je.
ReplyDeleteTake care ye.
ReplyDeletesemoga Shida dan suami kembali sihat dan bertenaga macam biasa. betullah, musim pandemik takut nak gi hospital. rawat sendiri kalau setakat demam
ReplyDeleteSemoga sembuh, dijauhkan dari penyakit, dan kuat semangat kak!
ReplyDeletekalo sy pon demam mmg akn rawat kat umh je.. musim skrg mmg risau nk ke hospital..
ReplyDeletesy pon baru rs selesa.. mggu lps duk sakit tekak 2-3ari..
alhamdulillah demam biasa semoga kekal sihat ye. mama skrg kalau tak sihat pun ubat diri sendiri dulu, takut la nak ke klinik
ReplyDeleteSemoga terus sihat ye...nampak sedap masakan tu...memang kalau x sihat makan x lalu dan kena makan ikut selera jugak
ReplyDeleteSelagi tak teruk memang sanggup rehat dan makan ubat yang perlu je. Risau juga nak pergi hospital. Yang jenis jarang sakit sekali sakit tu risau betul kan Shida. Syukur dah semakin elok.
ReplyDeleteSemoga kita semua diberikan kesihatan yang baik. Aaminnn..
moga cepat sihat ya shida
ReplyDeleteAlhamdulillah shida dan husband dah semakin sembuh..
ReplyDeletesemoga diberikan kesihatan yanb baik.. Aamiin..
stay safe ye
ReplyDeleteorg yg jarang demam tetiba demam mmg akan jadi risau kan. semoga cepat sihat buat shida dan husben
ReplyDeleteSemoga sihat selalu.
ReplyDeleteSemoga sentiasa diberikan kesihatan
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.