Setelah Lima Hari Berlalu
Pejam celik pejam celik dah lima hari shida tak update blog dan hari ini Setelah Lima Hari Berlalu shida cuba dan push diri untuk update juga! Sebenarnya nak berehat lagi tapi cukuplah lima hari tak buka laptop. Bila lalu lalang kat ruang tamu ni duk intai la laptop kat bawah meja tu.
Lepas duk fikir dan bercakap dalam hati bilalah nak update blog, bila nak update itu ini perasaan tu hanya tuhan je tahu apa rasa dia! Harini dah 5 hari shida lengkap vaksin korang dan dah 5 hari shida pergi dine saja encik husben kata "sayang berehat dulu tak perlu masak, kita dine in sampai sayang rasa nak mula masak" huhuu thanks abang <3
Dia seorang yang sangat memahami shida, kadang-kadang cakap dengan dia letih tapi tak tahu letih apa. Sejak-sejak vaksin apa yang dia nampak shida letih lain macam sampai satu time mudah sangat mengantuk dan tidur, shida pun perasan je perkara ni.
Inshaa Allah shida sedang cuba nak berganjak nak melangkah dan melakukan aktiviti seperti biasa. Mungkin terlalu penat dan shida perlu ruang. Lega dapat rest sikit dalam 5 hari tak masak, tak bloging, hanya tumpu satu kerja rasa lebih baik sikit, korang.
Oh ya, sebelum terlupa shida dah pun pos kesemua hadiah untuk pemenang Giveaway by Shida Radzuan dan juga kepada Geng Kuat Komen Fasa 3 | Julai,Ogos, Sept 2021 Shida Radzuan Blog. Lega selesai semuanya dan kita tunggu untuk Geng Kuat Komen Fasa 4 iaitu pada Okt, Nov & Dis dan juga Blogger Pilihan 2021 nantikan ya!
Yang menggunakan kurier laju mungkin semalam mereka dan terima, harap suka lah dengan kotak misteri yang shida kirimkan tu. Macam-macam ada shida bagi untuk dorang guna pakai harap sukalah ya. Inshaa Allah jika ada rezeki shida akan lancarkan lagi giveaway mengejut macam tu hehee.
Okay korang jumpa next entri nanti ya,lupa pula kotak hitam tu bukan hadiah tau tapi projek untuk hidden hantaran adik ipar shida yang diamanahkan oleh mertua untuk buat. Inshaa Allah minggu depan baru start buat time shida cuti berniaga nanti shida share ya. Thanks korang 💋
19 comments
Hehe sangat memahami suami. Alhamdulillah akak pun dah dos ke-2 tunggu matang juga. Fikir hendak ke mana selepas itu.
ReplyDeleteSelamat berehat Shida. Lama itu tahan diri selamat 5 hari.
Tahniah kepada yang dapat anugerah kotak misteri.
ReplyDeleteSelamat beristeri rehat, kena cukupkan 14 hari tu.
sama lah kite kak.. saya pon dah lama tak hapdet apa2 dalam blog, blogwalking apetah lg. masa tu ade tapi malas tu yg tak tahan... hahahah
ReplyDeleteKak shida rehat cukup2 ya. Bertuah dapat suami yang memahami!
ReplyDeleteOh ya, nak update, alhamdulillah kotak misteri telah pun selamat sampai! Thanks ya kak shida!!
Takpe.. bari 5 hari... tapi jangan sampai semiggu... hehehe
ReplyDeletebestnyer dpt hadiah giveaway tuuuh.,. untunglarr., ;p
ReplyDeletelega kan dpt settlekan tugas
ReplyDeletesemoga selamat diterima
hadiah2 shida tu
Dalam banyak situasi pasangan yang saling mengerti itu satu nikmat.
ReplyDeletealhamdulillah.. dpt berehat dr memasak 5 ari.. melepaskan segala penat lelah yg ada..
ReplyDeletealhamdulillah jugak kotak misteri tu dh smpai.. suka sgt dpt hadiah dr shida.. =)
Hehehee... lama juga tu 5 hari.
ReplyDeleteSaya kalau sehari tak menulis, terus meleret hari kedua dan seterusnya dan pernah berbulan-bulan tak menulis. Dah berada dalam zon selesa. Nak mulakan balik tu yang susah. Sekarang kalau sehari dua tak tulis entri, dah terbayang perkara yang sama akan berulang kembali.
Tak apalah, boleh jew berehat sekejap, nanti boleh menulis balik.
Moga bebaik terus kak....
ReplyDeleteBukan blog je.. Kadang2 kat rumah pun bangun tidur menung takmo buat apa2. Mujur anak dah besar bolehlah sorang buat sikit. Kalau tak mau jadi kapal karam.
ReplyDeleteBanyakkan rehat tau
ReplyDeleteOkey nanti dah sampai hadiah
Rabia update di blog
Selamat berehat ye Shida.. Kadang-kadang memang badan tu memerlukan masa untuk berehat.. Sha dah terima sampul istimewa Shida.. Terima kasih ye..
ReplyDeletesemoga sihat dan selamat berehat ye
ReplyDeleteMOga sampai dengan selamat.
ReplyDeleteBerehat sekejap dr semua kerja.. dpt suami yg memahami pun dh alhamdulillah
ReplyDeleteSesekali berehat lama sikit kan Shida. Alang alang rehat vaksin, rehat masak sekali. Kalau letih tu memang tak sedar dah. Tahu tahu dah tertidur.
ReplyDeleteBaiklah Shida, nanti dah sampai fza inform eh. Terima kasih Shida :)
sama mcm mama la dulu mmg kuat tidur dan mangantuk selepas vaksin
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.