September Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console

by - 07:00:00

September Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console | Allahu dah dua hari shida tak update blog, ermm semalam shida letih ya amat sampai ketiduran punya lama dari lepas maghrib tidur sampailah ke paginya. Sedar-sedar bunyi alarm pukul 6 pagi.

Tanya encik husben kenapa tak kejut shida, katanya tengok shida tidur dalam keletihan kesian nak kejutkan katanya. Macam tu lah encik husben shida, kalau shida tidur dia tak pernah ganggu biar sahaja shida tidur. Pagi-pagi lagi perut dah lapar sebabnya shida tak makan nasi pun semalam.

Begini lah korang, kerja macam kami laki bini memang penat sungguh, sampai jer rumah dah flat rasa nak baring berehat sahaja. Shida kalau sehari tu banyak kerja buat memang tak boleh nak mengadap blog, letih sangat mata sehingga boleh tidur depan laptop huhu.

Alhamdulillah hari ni shida ada free time boleh update dan blogwalking beberapa blog yang sempat. Okaylah shida sebenarnya nak update sikit Blog Performance bagi bulan September yang lalu. Rasanya tiada peningkatan yang banyak bagi bulan september orang kata hanya cukup-cukup makan saja.


Jika nak compare dari bulan-bulan sebelumnya ini adalah statistik yang paling baik tetapi dari segi pageview memang jatuh teruk gara-gara masalah apa shida sendiri belum kenal pasti tetapi nampaknya ia berlarutan ke bulan ini juga, hurmm shida perlu lakukan sesuatu.

Sebenarnya nak kekal momentum bukan suatu perkara yang mudah lagi-lagi blogger separuh masa seperti shida. Nak kekal momentum blog kena kuat lagi dan kena banyak berkorban dari segi masa dan tenaga.

Alhamdulillah lega tengok carian di google masih mendapat tempat entri-entri shida ini. Ada saja yang dicari dalam google tu, kalau tengok keyword yang terkait kadang-kadang terfikir memang ada orang search carian seperti  Periuk Dessini Tak Ori, Periuk Dessini Tak Kualiti, Periuk Dessini Mudah Pecah dan macam-macam lagi.

Rasanya tiap-tiap bulan pun keluar carian yang sama mungkin inilah kekuatan blog shida sebenarnya. Setiap carian yang meningkatkan pageview shida setiap hari dan hari-hari berikutnya. Memang Periuk Dessini penyumbang terbesar trafik bagi blog shida.

Sebab tu lah templated blog juga memain peranan penting dalam trafik, korang boleh lihat devide dari mobile setiap bulan mengungguli carta. Sekarang zaman smartfone jadi tak hairan lah mobile juga salah satu peyumbang trafik untuk masa kini.

Gunalah templated yang mesra mobile agar carian dan bacaan menjadi lebih mudah dan lancar, silap-silap naik earn google adsense tu haaa heheee. So kalau korang nak tahu ape itu templated mesra mobile boleh la google ya,dah banyak templated-templated free version yang dikeluarkan.

Ok korang, setakat ini sahaja bebelan shida, nanti tunggu next entri shida nak update beberapa barang dari shopee yang shida beli dan ada beberapa hadiah yang shida terima dari rakan blogger. Thanks korang sudi baca bebelan shida dalam entri ini 💋

You May Also Like

19 comments

  1. samalah shida, bulan ni PV agak merudum juga, semalam, komen pun merudum. haih

    ReplyDelete
  2. take care Shida. selalu macam tu, keyword yang kita tak sangka orang cari tu jadi punca pageview meletup. entry kita buat beria, siap research SEO, orang tak baca pun. haha

    ReplyDelete
  3. Semoga dapat capai pv yang lebih tinggi bulan ni, kak.

    ReplyDelete
  4. Salut Kat akak masih rutin melihat laporan analitik dari google :D. Sayapun sebenarnya selalu dikirim, tapi jujur jaraaaaang nak lihat apalagi memikirkan angka2y turun -_- . So far selalu nuliiis saja, tapi tak pikir tentang achievement blog. Tak baik memang -_-

    ReplyDelete
  5. kalau buat utk blog sy ni mmg sakit mata tgk performance bln lepas...hahaha btw tahniah shida. keep on blogging

    ReplyDelete
  6. Wah.. Stat boleh tahan..*thumbs up

    ReplyDelete
  7. Kalau dah penat memang mudah tertidur. kadang tu sampai tak sedar berapa lama tidur. Set alarm pun tak dengar bunyi alarm.

    Tahniah Shida. Setuju tu template blog kena responsive sebab ramai yang guna smartphone sekarang.

    ReplyDelete
  8. terbaik la shida tahniah.. blog mama pv kat blogger merudum tapi kat GA elok aje dia makin menaik. pelik jugak ni

    ReplyDelete
  9. Pemilihan templates dan artikel gabungan penting kan Shida.

    ReplyDelete
  10. Wahh tahniah kak shida!! Thanks juga untuk tips tu. Memang mostly sekarang orang guna mobile. Jadi kena gunakan template yang sesuai. (Cik TK nak tukar template ni tapi tak tukar2 lagi... Huhu)

    ReplyDelete
  11. Trafik blog Shida memang kencang.
    Tidak sabar tunggu kemaskini barang beli dalam talian dan hadiah daripada bloggers.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Shida.. Teruskan berblog.. You can do it..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Mari sama-sama semangat untuk terus menulis, kak..

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah bulan oktober ni boleh dipertingkatkan prestasi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.