Selesai Cucuk Dos Kedua Vaksinasi AstraZeneca
Alhamdulillah, Shida dan encik husben Selesai Cucuk Dos Kedua Vaksinasi AstraZeneca. Hari ini adalah hari ke empat shida setakat ini masih sihat walafiat korang cuma semalam alergik shida naik so badan kaki habis merah-merah selama hampir sehari. Itu yang shida tak dapat nak beraksi dalam blog.
Terima kasih Blogger SalbiahM bertanyakan khabar shida masa 2 oktober yang lalu. Okay sal shida sihat takde efek yang teruk-teruk cuma alergik shida saja yang naik. Pengalaman cucuk untuk dos ke dua sedikit berbeza dari yang pertama.
Untuk cucuk kedua ni kami Pandu Lalu (drive thru) sahaja, jadi tak perlu nak beratur panjang dan menunggu giliran hanya duduk dalam kereta dan terus ke tempat vaksinasi. Rasanya cara pandu lalu lagi cepat, mudah dan selesa.
Korang tau masa nak cucuk tu shida rasa sakit bila jarum ditekan pada bahu tak tahu kenapa. Tapi masa dos pertama tak sakit pun, mungkin shida terlalu gemuruh kot sampai rasa jarum tu berjalan masuk dalam tubuh sendiri hahahaa.
Selepas selesai dua-dua dicucuk kami diberi berehat selama 5 minit takut ada efek pantas pening atau muntah. Alhamdulillah husben okay cuma shida selepas berasa sakit tu terus pening sikit dan bahu rasa kebas dan sedikit keras.
Tamat 5 minit kami bergerak keluar dan say bye bye to Adtec sebab takkan masuk dah dalam tu hahaaa kami done vaccine! Awal lagi time habis cucuk tu kami ronda-ronda taiping cari makanlah memandang time pagi hanya minum air sahaja.
Memandangkan memang gantung periuk 3 hari jadi pada hari pertama vaksin husben ajak tapau makan di Restoran Sejati. Kat situ banyak pilihan lauk pauk yang disediakan, siap tapau kami berkelah dekat taman tasik, syok sangat sebab angin berderu je duduk bawah pokok-pokok rendang ni.
Pertama kali berkelah dengan encik husben tanpa sengaja nasib lah time tu tak panas redup je dan yang paling best kat situ semua datang lepak dan makan hahaha jadi tak lah segan sangat bukan kami je yang datang lepak dan makan 😂😂
Selesai semuanya balik mandi dan shida sapu minyak habbatusauda mak shida yang bagi, hilang sakit dan lenguh-lenguh masa cucuk tadi. Sehingga ke harini shida sihat walafiat dan cuma alami alergik sahaja.
Inilah pengalaman dan kenangan yang akan selalu kami berdua ingat, cucuk vaksin, pergi berkelah dan cuti lama-lama sempena vaksin hahahaa sampai gambar pun tak sempat nak ambil korang nak buat kenangan disebabkan pandu lalu. Semoga baik-baik sahaja selepas ini, kita sama-sama Amin kan ya korang 😊
19 comments
alhamdulillah. complete sudah vaksin :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah selesai. Syukur tak ada kesan yang serius. Boleh beraktiviti seperti biasa.
ReplyDeleteEh akak cucuk pertama sakit.
ReplyDeleteNasib baik tiada apa-apa sangat.
Alhamduillah, pengalaman orang berbeza kak, macam Naim makan panadol juga sebab macam lenguh2 badan. huhu
ReplyDeletealhamdulillah . semoga dijauhi wabak covid19
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah kak!
ReplyDeleteSalam ziarah, kita ikut mojariti untuk vaksin ya
ReplyDeleteSemoga sihat sentiasa. Lepas ni confident sikit nak keluar rumah.
ReplyDeletesy pon ms 2nd dose terasa jarum lekat kat bahu..
ReplyDeletemenyucuk2 smpai xleh tido.. haha
Alhamdulillah settle sudah 2 dose vaksin. Tunggu matang 14 hari je lah ye. Sempat lagi berpiknik tu. kenangan untuk disimpan. Fiza pualk, yang first sakit. Second macam tak rasa apa sangat pun.
ReplyDeletehehe. saya curious nak tahu geng AZ lain side effect macamana. saya pun rasa yang kedua lebih sakit masa dicucuk berbanding yang pertama. selamat bercuti dan berehat
ReplyDeletealhamdulillah, selesai satu perkara. tapi jangan lupa SOP. masih kene patuh
ReplyDeletealhamdulilla, semoga kita sentiasa dilindungi
ReplyDeleteWah.. pandu lalu je..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dah selesai..
semoga kita semua sentiasa dilindungi.. Aamiin..
alhamdulillah dah selesai. Selamat berkurung sementara lengkap vaksin. Take care kak shida :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, lega sudah kak ^_^
ReplyDeleteAaamiiin , semoga sehaaat semua untuk kita semua yaa kak. Sayapun suntik AZ untuk vaksin. Vaksin pertama cukup teruk badan dibikin. Meriang, pilek, lengan sakit dan biru macam dipukul, dan ngantuk sangaaaat. Tapi vaksin kedua, rasa tak ada efek apa2 hahahaha. Tapi yang penting dah selesai 2 dosis :D. Ingin sangat herd immunity ini tercapai biar bisa traveling lagi :).
ReplyDeletebukan makanan je ada pandu lalu cucuk vaksin pun ada jg. kelass ko maria heheheh
ReplyDeletelega dah lepas ni bleh melancong jommmmm
alhamdulillah selesai dah ye. AZ lama sikit nak tunggu dos kedua. harap alegy shida dah baik
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.