Pageview Blog Merundum
Sebenarnya dalam bulan september ni adalah bulan yang tak berapa menjadi dalam segala segi. Shida pun alami beberapa permasalahan di tempat niaga. Pening dengan sikap dan perangai pelanggan yang macam-macam, sabar lah shida pun.
Korang alami tak macam shida sekarang ni, ketika bulan lepas (september) shida alami penurunan pageview yang agak banyak. Walau hari-hari update dan blogwalking pageview macam tak update entri dan blogwalking teruk sangat korang.
Beberapa hari lepas ada nampak posting di facebook salah seorang blogger yang merungut tentang Pageview Blog Merundum, yes! sama seperti shida alami ketika itu. Lepas, ramai pula blogger yang komen menyatakan perkara yang sama.
Jadi hal ini bukan shida saja yang alami, ada juga beberapa blogger yang turut alami. Tak tahu kenapa jadi seperti ini, line internet juga tak berapa lancar juga ketika itu. Aduhai banyak betul masalahnya, sabar jelah! hari-hari shida merungut kenapalah jadi macam ni!
Dah masuk bulan baru ni, harapan shida semoga baik-baik sahaja. Harap boleh maintain update dan blogwalking. Shida cuba perbaiki mana yang perlu diperbaiki dan ubah. Oh ya! Harini shida cucuk vaksin ke dua dah. Esok baru update feeling dia macam mana ya doakan shida sihat!
32 comments
Ya, Fiza pun hadapi benda yang sama. Tapi bila upgrade template sama ke premium. so far nampak peningkatan. Harap² bertahanla...
ReplyDeleteBetul Shida, PV macam kurang sikit. Bertabah ye shida hadapi dugaan.
ReplyDeletePsst..shida, tengok sini tau https://www.syaznirahim.com/2021/10/topcommentatorseptember2021.html
pageview saya pun merudum, tapi Adsense naik, so takpelah. hehe. rasanya bulan lepas orang sibuk kot Shida. Banyak negeri dah boleh merentas daerah, jadi orang pergi jalan-jalan atau selesaikan urusan tertangguh. Kita husnudzon. Moga bulan ni kembali naik ye. Chaiyok!
ReplyDeleteSamalah kak. PV turun. Report Adsense pulak keluar merah2. Mungkin disebabkan PV tu kot.
ReplyDeletePerasan internet tidak berapa bagus. Mungkin faktor itu buat trafik kurang.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan.
Semoga berjaya naikkan PV untuk Oktober ni, Kak Shida.
ReplyDeleteYa sama kak. Sebelum ni walaupun kurang update blog, PV setiap hari ada je cecah 1k sbb entri lama tu banyak juga yg top orang selalu cari. Tp seminggu dua ni jatuh teruk. Sehari nak dapat 500 PV pun susah. Tak tahu kenapa :'(
ReplyDeleteSamalah masalah kita Shida. tak tahulah ape kena entah. Harapnya cepat lah okay. Takkan google tukar algorithm lagi. Tapi ada jugak yang blog lambat loading tiber
ReplyDeleteEh kak fiza samalah. Saya pun perasan ada beberapa blog termasuk saya jugak kot tetiba loadingnya bukan main lama
Deleteitulah tu, tak tahulah kenapa nadia. Kena refresh baru macam okay sikit.
DeletePernah tak ada orang komplen.... blog lama sangat loading... orang lari sebab tak larat tunggu... ada tak?
ReplyDeleteSemoga naik balik PV blog
ReplyDeleteYelah lately ji susah nak BW blog kengkawan. Lambat loading.
ReplyDeleteSemoga takdelah kesan sampingan post vaccine
Ada masalah nak bukak sesetengah blog asyik loading aje.
ReplyDeleteAda banyak blog yang terlibat.
Bila loading aje, memang tak sabar nak tunggu
hah kak! dah lama saaya tk singgah...dah jadi makin malas nk buat entri
ReplyDeletemoga masalah akak cepat selesai la ya...caiyok2!
Semoga pageview kembali cergas..
ReplyDeleteSemoga akak sihat. kalo rasa tak sedap badan, better makan panadol, kalo ada alahan teruk terus ke klinik ka hehe
ReplyDeleteItulah , kadang-kadang ada masa juga turun merundum . Semoga maintanance blog baik2 sahaja pada bulan oktober
ReplyDeleteSame here
ReplyDeleteSamalah..teruk sangat rasanya tapi sekarang ni tak sempat lagi nak tengok kenapa sebenarnya
ReplyDeletecik nor pun sama..down trus..huhu
ReplyDeleteSemoga pageview Shida kembali naik meroket..
ReplyDeleteSamalah pageview menurun, tapi adsense menaik tak faham juga sebenarnya
ReplyDeleteSemoga bulan Oktober 2021 lebih baik untuk kita semua. Semoga PV bulan Oktober juga lebih handsome
ReplyDeleteSama juga, tapi mungkin sebab Cik TK kurang update bulan lepas. Semoga pv kak shida lepas ni naik banyak-banyak
ReplyDeletetetap blogger fofuler... 😅
ReplyDeletesemoga baik2 semuanya..
ReplyDeletebersabar la kak, mungkin ade hikmat disebaliknye
ReplyDeletesabar ye kak, harap dah pulih..
ReplyDeletelaa ingatkan saya sorang je rupanya ramai lagi. Internet pun problem sekarang ni.
ReplyDeletesy pun merudum jg... org lain suntik ok je update blog. Sy lps suntik ke laut dalam perginya hahahah ni pun merangkak balik. Internet dah ok. Cuma kerajinan tu belum smpi 20%. Settle kn BW dulu. Update ikut masa
ReplyDeletepageview kat blogger kan.. mmg la mama pun kena juga pelik sungguh sebab kat GA makin naik
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.