Hidden Hantaran Trend Masa Kini

by - 10:00:00

Sudah dua hari shida gagal lagi update, setakat entri hari ini baru ada 18 entri, padahal dah masuk 26 haribulan dah. Aduhai, takpelah santai-santai saja lah kalini. Taknak push sangat nanti shida mulalah rasa serba salah dan stress saja lagi susah ada perasaan macam tu.

Ohya! korang ingat tak pada entri sebelum ni yang shida telah di amanahkan oleh mertua untuk membuat hantaran perkahwinan adik ipar shida. Hidden Hantaran Trend Masa Kini adalah pilihan adik ipar dan shida cuba untuk melaksanakannya.

Bagus sebenarnya idea untuk balut ke semua hantaran yang ada bukan apa bila open hantaran mulalah banyak makcik bawang rangers yang mula membawang pasal hantaran itu hantaran ini. Apa yang kita letak pun tak jadi masalah nanti.

Kalau shida pun suka juga hantaran macam ni, simple dan nampak lebih kemas. Shida percaya rata-rata semua pun setuju jika hantaran seperti ini menjadi pilihan bakal pengantin sekarang. Selain menjimatkan boleh mengurangkan kos-kos membeli barang untuk dijadikan hantaran.


Okay ini adalah dulang hantaran kayu yang shida balut kelilingnya menggunakan renda berwarna putih. Dulang kayu ni pun shida recycle menggunakan dulang side encik husben guna time kami kahwen tahun 2018. Tempat lapik rumput dengan polistren masih elok dan kita guna sahaja, just beli renda.

Untuk hidden hantaran adik ipar shida request untuk menggunakan kain batik sahaja. Memandangkan mertua memang banyak kain batik baru dan kebetulan pula warna dan corak hampir sama, jadi bolehlah diguna pakai. Kalau tak nak kena beli pula kain kosong jenis satin tapi pasti kos jadi lebih tinggi, kain satin kan mahal.


Inilah dia hasilnya korang, bunga-bunga pun shida recycle juga mana yang ada dan nasiblah cukup untuk 5 dulang hidden hantaran ni. Macam mana korang okay tak? Dalam kotak ni memasing memang dah terisi barang hantaran. Dalam tu shida deko juga sikit-sikit taklah terlalu heavy sebab dia duk dalam kotak kan.

Untuk box pula yang paling sesuai mengikut dulang hantaran korang tu. Macam dulang kayu shida guna ni bersaiz 29x29 cm dan kotak yang shida guna bersaiz 25x25 cm dengan ketinggian kotak 10cm jadi memang cun lah. Nak cantik hantaran tu saiz kotak kena sama je semua baru elok dan kemas.

Isian dalam 5 kotak ini ada sepasang dress, 5 helai tudung/shawl, set body mist victoria secret, 4 pasang sock dan handsock dan small handbag polo. Jadi kalau korang nak juga letak barang takmau kosong je kotak tu jadinya kena pilih barang-barang yang sesuai dan ngam masuk dalam kotak tersebut serta tak terlalu berat.

Mulanya bunga warna turqoise tu shida nak replaced dengan warna light pink tapi kira bunga-bunganya dah tak cukup so guna juga warna light turqoise ni combined pula dengan warna bunga cream ni cantik juga hasilnya.

Zaman dulu pun sebenarnya dah gunakan jenis hidden hantaran ni cuma baru sekarang trend ni muncul balik tetapi dengan sentuhan dan dekorasi lebih menarik dan cantik. Jika shida diberi peluang shida nak juga buat hidden hantaran ni untuk majlis shida hehee.

 

You May Also Like

25 comments

  1. nak booking kak shida untuk buatkan hantaran kawen saya nanti

    ReplyDelete
  2. Kreatofnya, Kak Shida. Simple tapi cantik.

    ReplyDelete
  3. memang trend sekarang, hantaran mcm ni. adik ayu kawin ari tu buat hantaran mcm ni. janji kotak semua sama besar plus bunga2 semua..berseri je. kannn

    ReplyDelete
  4. kenapalah dulu dulu takde idea macam ni... zaman MY pakai kotak transparent tu. Tapi oklah kira... nampak barang, tapi tak nampak jenama sebab keliling kotak tu pernuh riben dan renda

    ReplyDelete
  5. Cantik Shida buat hidden hantaran guna kain batik dan bunga recycle je. Jimat banyak dah ni. Dulu kalau trending nak jugak buat macam ni.

    ReplyDelete
  6. Anak buah ammi nikah ujung bulan 9 haritu pun konsep hidden hantaran gini. Dua2 belah hidden dengan batik.

    Kakak ipar ammi tak setuju.. Dia kata buruk. Tp dah anaknya beria nak

    ReplyDelete
  7. Cantikkk hantarannn
    Doakan sy ya kak kahwin cepat dan dpt jodoh dgn org dan keluarga yg baik baik 🤲🏻 Aamiin

    ReplyDelete
  8. lawanyaaaa. kenapa la koi kawen dlu tak terfikir idea ni. Haha dah lepas dah. kalo tak boleh minta kak shida buatkan. hehe

    ReplyDelete
  9. haritu ingat nak buat hantaran gini la haha hmmm

    ReplyDelete
  10. Cantik balutan dengan kain batik. Macam kotak Pandora.

    ReplyDelete
  11. Nice oneee..memang bagus hantaran camni, takda yang tengok tengok mahal ker murah hadiah dalam tu...Elak dalam tu kosong jee..acah acah pon bolehh..HAHAHAHAHAHA..

    Nanti kawen, nak buat gini la...

    ReplyDelete
  12. sukanya dgn hidden hantaran camni..
    kenapa la ms sy kawen tu trend ni xde.. haha..

    cantik dan kemas!

    ReplyDelete
  13. cantik jugak style mcm ni sbb nmpk kemas je.. mudah org nk bawak kalau yg perlu travel jauh

    ReplyDelete
  14. kreatif n lawa hantaran gituu 😅

    ReplyDelete
  15. sekarang trend hantaran sorok2, suprise gitu

    ReplyDelete
  16. tgh cari idea hantaran ni utk anak sedara.. tak tau la nak buat camne

    ReplyDelete
  17. cantik dan kemas. Kreatif betul Shida.. :)

    ReplyDelete
  18. Cantik benar hasilnya, Shida! Berkenan akak tengok. Lagi-lagi bila pakai kain batik begitu... nampak lebih eksklusif dan tradisional.

    ReplyDelete
  19. last week mama try gak buat utk anak sedara tapi tak berapa nak hidden jugak haha

    ReplyDelete
  20. kalau dulu ade cmni yanie pn dah plih buat mcm ni kak...

    ReplyDelete
  21. Menarik juga macam ini.. Lebih eksklusif untuk penerima.. Lebih privacy..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.