Comment Instagram Dah Okay
Comment Instagram Dah Okay | Shida sangat-sangat lega korang masalah semalam dah selesai yang shida hadapi hampir dua minggu. Kadang-kadang shida perhatikan rules socmed ni kadang-kadang tu semakin pelik pula. Yerlah tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba block kita sedangkan tak tahu apa permasalahannya.
Rasa bernasib baik shida update dalam entri semalam, ada juga blogger yang mengalami dan memberi pendapata kemungkinan permasalahan tersebut. Terima kasih shida ucapkan kepada Blogger Rabia kerana isu ini telah selesai semalam setelah rabia memberi arahan untuk membuang url blog pada bio.
Dalam dua tiga harini ada laa encik husben cuba untuk selesaikan, tapi tak berjaya itu yang shida cuba juga untuk update dan bertanya pada kawan-kawan blogger kot ada yang pernah alami masalah macam shida ni. Hairan juga sebab di bahagian edit profile juga meminta mengisi laman website tapi itu yang tak boleh letak sebenarnya.
Shida melihat bio kawan-kawan yang lain ada juga yang letak url blog tapi setakat ni takde masalah naik seperti shida. Hurmmm Takpelah maybe nak terkena kat shida kan kita redhooo jelah! Asalkan komen dah okay dan berjaya diselesaikan.
Lepas ni bolehlah berbalas-balas komen dengan baik, risau pula ada yang bertanya-tanya dalam komen tapi shida tak respon nanti ada yang kata sombong pula. Satu perkara yang merungsingkan shida telah selesai hahaa Fuh! harap takde masalah lain pula yang timbul.
11 comments
Alhamdulillah..bagus bloggers yg ada semangat "blogger hood"
ReplyDeletemmg susah kak kalau dah buat macam-macam tapi x jadi... nasiblah dh okayy
ReplyDeleteSaya pernah kena dahh..memang buang url blog kt profile...lepastu dahlah link ke fb, nak post link blog kt fb pun tak boleh woo..sedih behtols
ReplyDeletelaa... kesiannya... nasib baik dpt setel... kakmim makin malas nak bersocmed pulak sekarang.. mcm tu sendunya blog... mcm tu jugaklah sendunya IG... fb mmg dh lama sendu.. hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tak semua orang kena kan? Tengok kawan saya main iG laju je
ReplyDeleteAlhamdulillah berkat bertanya.
ReplyDeleteEntah tengok macam-macam masalah platform media sosial ini.
Alhamdulillah
ReplyDeleteTiba tiba pulak jadi macam tu kan. Fiza pun letak url kat bio. Kadang memang tak faham media sosial ni. macam rawak je jadi macam tu pada sesetengah pengguna. Mujurlah dah okay.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dah selesai dah ye Shida..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga takde masalah lagi lepas ni..
ReplyDeletealhamdulillah masalah dah selesai. thanks tu rabia. tak pernah lagi meninggalkan komen kat IG akak...
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.