Bila Kepenatan Menguasai Diri
Bila Kepenatan Menguasai Diri | Sebenarnya shida rasa kadang-kadang nak stop bloging tapi memandangkan banyak dah shida labur untuk come back jadi decide untuk teruskan juga. Ikutkan plan asal sebelum covid19 melanda lain tau tapi apakan daya aturan Allah swt sebaik-baik perancang.
Shida tak menyesal pun dengan keputusan yang shida buat sekarang ni cuma shida kena belajar hidup seperti sekarang walau mengambil masa yang lama, belajar tetap belajar. Masing-masing punya bahagian rezeki kan tak sama dan mungkin ini bahagian shida.
Eh shida bukan mengeluh cuma biasalah bila penat lebih menguasai diri shida jadi stress sebab susah sangat nak bahagi masa dengan baik tapi shida cuba. Ya betul ramai je yang menasihati shida sebelum ni "takpe shida berehat dulu ketepikan yang lain" tapi shida tak boleh buat macam tu sebab demi "sebuah impian" lama dah.
Takpe shida cuba abaikan dulu, perbetulkan dulu mana yang tak betul dan cuba untuk jadi yang lebih baik dan bijak dalam menguruskan masa. Betul korang letih shida ni lain macam, rasa macam tak pernah berhenti letih ni dari bujang dulu sampai sekarang ni.
Shida pernah tau, tengah menaip entri last last shida tertidur depan laptop, nasib encik husben tolong tutup semua dan biarkan shida tidur. Pernah juga shida tertidur dari sebelah petang lepas asar sampai terlajak terlepas maghrib encik husben terkejut dia ingat shida dah bangun rupanya masih elok tidur atas katil.
Macam tu lah penat shida korang, kadang-kadang terfikir sendiri ini belum ada anak lagi. Dah ada anak penat macam mana pula shida nak tempuh. Perkara paling best bila pergi bercuti, cuti dari segala benda yang shida duk buat hari-hari tapi hanya sementara saja.
Okaylah korang, shida asyik membebel sampai terluah pula dalam entri ni hahahaa dapat lah terbit satu entri malam ni kan. Okaylah shida stop dulu, esok cuba untuk plan nak update hadiah yang shida dah terima ni. Jumpa next entri gaiss daaa 💋
41 comments
Tak mengapa, Shida. Ambil masa dan pace sendiri.
ReplyDeleteAkak kagum dengan semangat Shida yang tidak menyesal dan tidak mengalah tu. Perlahan-lahan sort things out ya. Yang penting, jangan stress.
Terima kasih kak farrah 💕
DeleteItu lah kdg2 mmg stress kak huhuu..
Samalah macam wak penat bekerja rutin seharian
ReplyDeleteKadang2 pukul 9 malam dah tido langsung tak bukak lt
Sebulan dapat buat 6 -7 entri pun jadilah untuk suka2.
Setuju dgn wak..saya pun taknak terlalu push..nnt stress apa pn xleh buat.
Deleteits okay to not be okay :)
ReplyDeletetq om 😊
Deletetak apa shida, take time for your self
ReplyDeleteBaik, tqvm syaz 💕
DeleteSemangat, kak Shida.. Saya pun tengah penat ber-blog.. terkadang lelah dengan anak-anak buat suruh rasa ingin update blog, tetapi tak mau sampai blog kosong terlalu lama tak update.
ReplyDeleteSamalah..kalau lelah..byk kn beristirehat naia 😊
Deletesemoga tercapai impian Shida. Tapi kesihatan mental dan fizikal tetap adikan keutamaan ok
ReplyDeleteBaik Sal, tqvm atas nasihat tau..shida mcm nilah..xde org peringat mmg lupa habiss huhuu
DeleteAkak.ksgum Shida punya blog kekal dan sentiasa berwajah baru.
ReplyDeletePerlahan tapi teruskan (slow but steady) ok?
Ini pun kerana Geng Kuat Komen dan kawan2 blogger yg rajin berkunjung ke blog shida..tq Kak NA 💕
DeleteKak Amie kalau penat sangat memang terus tidur. Tak sempat makan tak apa, yang penting dapat lelapkan mata, kira berehatlah tu.
ReplyDeleteBetul tu kak amie..tp esoknya..kebulur mcm ape ye heheee 😁😁
DeleteSama macam Cik TK, kadang kalau dah penat tu memang terus tidur je (dalam tren pun boleh tetido, nasib baik tak terlajak stesen). Makan tu tak peduli dah, tidur lagi penting.
ReplyDeleteAmbil masa untuk berehat kak shida. Jangan paksa diri, jangan penatkan diri, tak baik untuk kesihatan.
Baik CIk Tk tqvm for ur concern.
Deletekalo dh penat sgt amek ms kejap utk berehat..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan shida.. =')
Baik, saya tgah cuba urus masa dgn baik sebenarnya. Tq ezy 💕
DeleteAssalamualaikum, datang singgah :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah.
Deleteke shida dah dalam kategori burnout ni? Nad pernah rasa mcm tu tau
ReplyDeleteKemungkinan..AD huhuu
Deletecik nur nk buka sekolah ni nanti masa terbatas sikit lah.
ReplyDeletenk jln2 blog kwn2.
penat blk umah kadang2 kol. 9 je dah tido he hee
Xpe cik nur..jalankn tggjwb yg penting dlu..😊
DeleteNampak penat sangat tu Shida, mungkin bukan penat fizikal je tapi emosi juga.
ReplyDeleteKena cari ruang untuk diri sekejap, buat sesuatu yang luar dari rutin.
Semoga Allah permudahkan urusan Shida ya.
Betul kak ujie, terima kasih sgt2 atas concern 💕
Deleteblogging ni wat slow and steady jer kak, jangan stress kan diri. harap akak tak tinggalkan blog ni..
ReplyDeleteBaik, terima kasih afeezz 😊😊
DeleteBurnt out namanya ni. Rehat, zikir,ngaji..insya Allah.
ReplyDeleteBaik, terima kasih ammi 💕
Deletetakpe.. pelan-pelan susun.. Rehatkan diri tu juga penting..
ReplyDeleteSuka Sha tengok Shida tak mengalah.. cuma kena lebihkan rehat..
Baik sha,Terima kasih atas nasihat tu 💕😊🥰
DeleteMoga baik baik je kak.
ReplyDeleteterima kasih yanie
DeleteMcm tu lah penatnya bila ada anak.. set alarm nk tidur 2 jam last2 sampai hubby balik kerja baru terjaga.
ReplyDeleteHuhuu..bertabahlah nina 😅
DeleteFaham sangat Shida. Kalau penat tu memang tak boleh nak hadap blog dah. Ketiduran tu jadi biasa bila penat. bab blogging ni kalau ada masa dan idea taip siap siap dan schedule je. Ada masa baru blogwalking :)
ReplyDeleteFiza seorg suri rumah mesti fhm situasi shida kan..huhuuu nk bloging pn payah nau..ni kn nk schedule entri Huhuu..ssh juga..
Deletejgn dipaksa diri shida.. kalau badan dah rasa penat kenalah rehat tau
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.