Tiga Belas Semuanya

by - 12:00:00

Dalam sedar tak sedar korang, shida dah mempunyai anak saudara Tiga Belas Semuanya, semua comel-comel belaka. Dari di mana mereka kecil sehinggalah dah besar semuanya mereka-mereka ini masih comel bagi shida. Memang tak boleh lupa melayan kerenah mereka dari mereka masih bayi sampailah dah besar panjang sekarang ni.

Cucu sulung mak dan ayah shida sekarang berusia 14 tahun ada dua orang, sorang anak kakak sulung sorang lagi anak kakak yang nombor dua, sorang lahir bulan feb sorang lagi bulan jun. Dalam tahun tu dapat dua orang anak saudara masa tu yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kami sekeluarga.

Korang tahu anak-anak saudara shida kebanyakannya bulan kelahiran dorang ni pada bulan september. Untuk bulan september sahaja shida dah pun meneriam dua orang anak buah selain TAIM lahir pada 9/8/21. Sekarang taim pun dah sebulan 15 hari. Comel sangat dia tapi taim dah balik ke rumah asalnya di Sepang.

Shahrul Aniq Eidlan (kiri) Muhammad Adeel Haq - Taim (kanan)

Harini kebetulan sangat taim balik ke rumah mak kerana adik ada temujanji vaksinasi tapi shida tak berkesempatan nak jumpa dia sebab kesibukan terlampau tak sempat singgah rumah mak. Shida masih ada dua berita gembira untuk korang pada 12/9/2021 adik shida telah selamat melahirkan baby boy, Alhamdulillah. 

Manakala pada 22/9/2021 pula adik ipar shida pun selamat melahirkan cucu pertama untuk mertua shida dan juga baby boy, Syukran! Shida sangat gembira dengan berita ini. Tahniah kepada Abun & Diyana atas kelahiran anak pertama mereka. See korang meriah rasanya, andai dapat berkumpul berjumpa seronoknya lahai!

Shida ada 5 orang anak saudara yang lahir pada bulan september termasuk Aniq dan anak adik ipar shida yang masih belum tahu lagi nama sebenarnya. So tahun depan kena ready lah untuk 5 hadiah sekali gus hahahaa. Ermm tahun depan masing-masing dan semakin membesar, harap mereka membesar dengan baik dalam pandemik covid19.

Gambar ni semasa Majlis Perkahwinan Shida pada tahun 2018

Masa ni anak-anak saudara shida pun masih kecil tengok lah yang shida ribakan tu si Maryam masih ingat tak cerita shida tentang maryam yang dah pindah dan kami merindui dia sangat-sangat. Sekarang dia pun dah tiga tahun. Kalau tunjuk gambar ni sah-sah dia tak kenal katanya tu adik dia si Aniq tu hahaa. Tak cukup forum dalam gambar ni, Nur tak ada anak abang shida (tengah tidur masa ni).

Ya Allah! ya tuhanku! semoga engkau lindungi permata-permata (anak-anak saudaraku) yang tidak ternilai harganya ini dari segala penyakit dan musibah. Berikanlah permata-permata ini kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Semoga juga mereka dapat melalui hari-hari membesar mereka dengan baik dan dipermudahkan urusan, Amin.

 

You May Also Like

21 comments

  1. Meriah anak buah ramai ramai ni. Bestnya ada anak buah baru Shida. Tak ada rezeki pulak nak berjumpa, kan.

    ReplyDelete
  2. Fiza pulak ada 11 orang. Bila dah balik bercuti riuh rumah. Rindunya... 2 tahun dah tak jumpa.

    ReplyDelete
  3. Ramai tu, 13. Saya baru 10. Semoga cepat Shida dapat jumpa semua anak-anak saudara. Rindu kan nak 'gaduh' dengan diorang

    ReplyDelete
  4. wahh meriah ank saudara rmai.. sy plak lbh 13org rsnya.. yg paling besar umo dkt 30tahun dh.. haha..
    eh 12/9 sama birthday dgn sy.. hihik

    ReplyDelete
  5. Ya Allah rindu anak-anak buah.
    Semoga semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  6. Tentu meriah bila dapat berkumpul adik beradik nanti

    ReplyDelete
  7. 13 orang tuu ramaii jugak tu hahaha, saya yang ada 8 orang anak sedara pun sakit kepala >.< Rinduuu nya, lama dah tak jumpa.

    ReplyDelete
  8. Meriahnya.. Berkumpul ramai ramai macam ni.. :)

    ReplyDelete
  9. anak saudara saya ada 12 orang semuanya. yang tua dah 20 lebih umurnya. tak ingat plak tarikh lahir mereka

    ReplyDelete
  10. kalau dapat berkumpul semua ni , mesti meriah

    ReplyDelete
  11. Akak baru ada 10. Tahun depan tambah 1. Hehe. Ramai juga anak buah Shida.

    ReplyDelete
  12. ms diorg kecik ni laa kite kena rapat. nnt dah bsr pnjg, dah lain perangainya. anak2 sedara sy ramai dah bsr. dah kawin pn ada. plg kecik baru 2 thn.

    ReplyDelete
  13. Meriahnya seronok juga bila keluarga besar sebab tak la sunyi sangat hee lagipun seronok melayan dieorang.

    ReplyDelete
  14. Mesti meriah apabila semua berkumpul sekali kan... kira bulan ni bulan keraian besarlah utk keluarga Shida.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah.. Meriahnya..
    seronok bila ramai-ramai ini..

    ReplyDelete
  16. aww comelnya baby.. tentu happening kalau semua 13 dpt berkumpul kan

    ReplyDelete
  17. Wah comel-comel semua! Mesti meriah bila semua berkumpul kan...

    ReplyDelete
  18. comel comel ank syurga ni kak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.