Tarikh Dos Kedua Vaksin AstraZeneca Diawalkan
Tarikh Dos Kedua Vaksin AstraZeneca Diawalkan | Haaa betul korang, dua hari lepas shida dapat notifikasi dari MySejahtera untuk semakan temujanji untuk dos kedua. Sebenarnya selepas dari cucuk vaksin pertama, shida dah kurang semak status vaksin dalam apps MySejahtera shida.
Selepas cucuk vaksin shida sendiri dah dimaklum tarikh untuk vaksinasi kedua yang tertera pada kad yang diberi semasa dos pertama. Semasa menerima sms dari MySejahtera shida terus buka apps, rasa macam nak buka dan check.
Agak keliru pula sebab tarikh dah berubah dan diawalkan 11 hari dari tarikh sebelumnya. Kalau nak ikutkan dari kad yang dapat semasa dos pertama pada 13 Oktober 2021 tetapi tarikh baru yang shida terima dalam apps MySejahtera ialah 2 Oktober 2021. Shida dan encik husben sama tarikh baru juga jadi dua-dua keliru lalu kami call PPV centre.
Selepas call dan buat semakan, kami diarah mengikut tarikh di dalam MySejahtera yang telah dikemaskini. Selang beberapa jam kami terlihat posting dari Facebook Zon Taiping tentang hebahan yang diwar warkan berkenaan perubaha tarikh vaksin dos ke dua bagi Vaksin AZ di Adtec. Maka terjawab sudah kekeliruan yang melanda kami.
Akhirnya, dapatlah shida divaksin lebih awal, pertengahan oktober nanti shida dah pun lengkap dos Alhamdulillah. Tak sabar rasanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk vaksinasi dos kedua shida tak silap minggu depan.
Harap ia berjalan dengan baik dan dipermudahkan, semoga shida dan suami sihat tubuh badan sebelum divaksinasi untuk dos kedua, Amin. Ohya korang sebelum tu Giveaway by Shida Radzuan masih berjalan sehingga 2 Okt 2021 iaitu tarikh shida divaksin jadi shida mengalu-alu rakan blogger untuk join ya! Thanks korang 😍
26 comments
Semoga dipermudahkan segala urusan pengambilan vaksin dan moga sihat selalu.
ReplyDeleteTerima kasih fairus 😊
DeleteSemoga dimudahkan vaksin kedua, kak Shida. Sihat selalu ☺
ReplyDeleteTerima kasih Naia 😁
DeleteAlhamdulillah tarikhnya dipercepatkan. semoga dipermudahkan urusan, kak shida :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan kakak
ReplyDeleteOrg Kementerian Kesihatan baca blog shida la tu.. Tu yg dia kasi date sama dgn tarikh akhir GA haha
ReplyDeleteSekarang dah diawalkan pulak kan untuk AZ vaksin. Apa apapun semoga Allah permudahkan segala urusan vaksinasi Shida dan husband. Aaaminn...
ReplyDeleteHarap ia berjalan dengan baik dan dipermudahkan!
ReplyDeletediawalkan alhamdulillah. semoga dipermudahkan ye shida
ReplyDeletefamily (kakak) kat taiping pun dah lengkap 2 dos
lama juga tempoh utk dos kedua ni ye. semoga dipermudahkan urusan :)
ReplyDeletesemoga semuanya baik baik aje...dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Masa dengar berita ni semalam terus teringat Shida. KJ nak cepat-cepat tu capai target 90%.
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga moga dipermudahkan segala urusan kak shida :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga Shida dan husband sihat sebelum menerima vaksin.. :)
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan kalian..Amin..Best tuu nak dapat second dose..hehe
ReplyDeletealhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan. lepas vaksinasi jangan plak lupe SOP ye
ReplyDeletealhamdulillah , semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteBanyak hari dipercepatkan. Alhamdulillah. Haah kan mesti keliru sebab dah diberi tarikh pada kad temujanji.
ReplyDeletemudah-mudahan segalanya dipermudahkan utk shida👍
ReplyDeleteHarap semuanya berjalan dengan lancar :) InshaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah, akhirnya dapat juga tarikh utk 2nd dose. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga dipermudahkan semua urusan Shida.. Aamiin..
ReplyDeleteAZ biasanya dos kedua tunggu 9 minggu. mujur juga diawalkan takperlu tertunggu2 kan
ReplyDeleteLama juga ya nak tunggu dos kedua
ReplyDeletesemoga dipermudahkan kak
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.