Selamat Hari Malaysia - 16 September 2021
Alhamdulillah, hari ini adalah hari dimana semua sektor mendapat pelepasan untuk bercuti bersempena Hari Malaysia - 16 September 2021. Kalau shida masih bekerja sekarang ni pun, hari ini shida juga turut bercuti, walau dapat sehari saja seronok dia macam dapat cuti seminggu dua hahaa. punya seronok dapat cuti kan.
Sempena cuti ini dapatlah korang yang bercuti hari ini bersantai, melepak bersama keluarga tercinta. Ke mana je korang cuti harini? Kalau dapat bawa family pergi jalan-jalan pun best juga kan kalau bukan kerana pendamik ni mesti penuh dah hot hot spot kawasan sekitar tempat korang kan.
Shida tak sabar nak tunggu bulan oktober nanti untuk vaksin dos kedua bagi #AZCLAN aduhai geram juga orang lain yang dapat pfizer dan sinovac sebab dah boleh bergerak jauh sikit hehee. Encik Husben pun dah pesan awal, lepas vaksin lengkap nak ajak balik kampung husben.
Dah lama kami tak balik kampung sejak raya puasa lagi, hanya berbekalkan video call saja dapat melepaskan rindu. Memang tak dinafikan shida agak rapat dengan keluarga mertua boleh dikatakan dengan seluruh keluarga memandangkan shida menantu sulung mereka.
Sabar-sabar masa itu akan tiba! berharap semua pun berada di dalam keadaan baik, sihat dan bahagia. Harapan shida juga bila dah masuk Fasa 3 semua pun beransur pulih tetapi Pusat Tuisyen tiada lagi dalam kamus shida. Selamat tinggal semuanya, sedih rasa sebab dapat bertahan sehingga ogos yang lalu.
Walau bagaimanapun kehidupan tetap harus diteruskan, berniaga mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Moga Allah swt memberi jalan yang baik, memperluaskan rezeki kami berdua dalam mengejar apa yang dihajati oleh kami. Doakan untuk shida ya korang! moga dibalaskan seribu kebaikkan kepada yang mendoakan kesejahteraan dan hajat kami, Amin 💕 Selamat Hari Malaysia!
30 comments
Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti Shida. Sejak pandemik ni rasa macam setiap masa cuti tapi penat tu mengalahkan bekerja. Cuti pun tak dapat kemana bila pandemik ni. Duduk rumah je lah nampaknya ni.
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia fiza 🎉
DeleteSelamat hari Malaysia...
ReplyDeleteSelamat hari Malaysia...
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia fairus 🎉
DeleteSelamat hari malaysia shida!!
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia kak ret 🎉
Deletesalam hari malaysia shida
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia kak mim 🎉
DeleteSelamat Hari Malaysia :)
ReplyDeleteSame too you fariha..��
DeleteYang penting.... CUUUUTTTIIIIII.... :D
ReplyDeleteYesssszaaa uncle
Deleteselamat hari Malaysia Shida. Semoga ada rezeki lain. Insha Allah. Sabar jelah jadi AZ clan. Sal dulu pun sama. Sebulan dua ni mana-mana pun ramai orang. kita rileks dulu
ReplyDeleteBetul tu kita relaxx dulu..bdk msk sekolah kita kluaq plak 🤣🤣
DeleteSelamat Hari Malaysia Shida.
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia PC 🎉
DeleteSelamat Hari Malaysia dan Selamat Bercuti kak :)
ReplyDeleteTerima kasih yanie
DeleteSelamat Hari Malaysia kak shida! ;)
ReplyDeletesame too you..AN happy holiday!
Deleteselamat hari malaysia shida..
ReplyDeletesemlm xde g mane pon sbb suami keje..
pg je amek angin kat pntai jap smbil breakfast..
tu pon angin xde.. panas membahang.. haha
Angin membahang yg tak bkenan tu hahahaaa
DeleteSelamat Hari Malaysia...
ReplyDeleteterima kasih afeezz :)
DeleteSelamat Hari Malaysia.
ReplyDeleteAmin. Semoga tercapai hasrat di hati.
Moga ada rezeki Shida untuk selesai urusan vaksin ke-2 dalam masa terdekat ni.
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia Shida..
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia
ReplyDeletecuti hari malaysia pergi mana?😊
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.