Menu Lockdown #shidamasakje

by - 11:00:00

Alhamdulillah, aktiviti memasak Menu Lockdown #shidamasakje masih berjalan dengan baik. Laa ni shida boleh dikatakan hari-hari masak, kiranya dalam seminggu shida tak masak kalau encik husben ajak keluar petang tu. Kalau dak masak lah hari-hari sampai naik jem kepala fikir.

Kebiasaan lah kalau masak mesti tanya encik husben apa dia nak makan, kadang-kadang je shida suggest dia nak follow selalunya ikut lah dia nak makan apa kita masakkan saja. Menu seperti biasa mesti kena ada dua satu lauk satu sayur memang wajib!

Selama hampir tiga tahun perkahwinan kami ni shida dah tahu apa lauk kegemaran encik husben. Shida tengok encik husben suka lauk yang berkuah macam dua menu ni memang kegemaran sangatlah iaitu masak kari dan masa lemak ciliapi, dua menu ni ada memang bertambah makannya.

Macam shida pula, kalau korang yang memang follow shida dari awal shida ni peminat sambal so kadang-kadang rasuah juga laki sendiri minta masak sambal hahaa kadang-kadang dia ikut je cuma kalau tak dapat racun memang dia taknak makan sambal 😂

Menu time ni shida masak Sambal Ikan Masin + Sayur Campur + Tempe Goreng. Sambal Ikan Masin ni shida yang teringin nak makan, mulanya encik husben kata okay je makan janji masak garing sikit tapi tetap tak boleh telan sebab tu buat tempe goreng juga.


Menu seterusnya Ayam Masak 3BG (tiga budak gemuk) dan Sayur Campur juga, shida dah encik husben memang suka sayur campur seperti ini jadi tak hairan lah sayur ni hari-hari shida masak.


Kan shida dah kata, menu sambal lagi kalini aksi membodek berjaya 😁 Menu kalini shida buat Sambal Telur Goreng dan Kacang Botol Tumis Sos Tiram. Lama shida tak makan kacang botol, ini pun mak bagi shida sebab dia tahu shida suka makan kacang botol ni.


Menu ni jarang-jarang muncul, kalau ada orang request baru shida buatkan. Kan shida kata encik husben suka makan kari, sekali sekala dia akan minta shida buatkan Mee Kari Kuah Pekat bagi dia so terhasil lah mee kari dan tak makan nasi lah pada haritu.

Ikan masin dah, ayam dah, telur pun dah, now giliran sotong pula hahaa, begitu la shida rotate menu setiap hari kena kira dulu 😁😂. Time ni shida masak Sotong Masak Lemak Cili Api + Sayur Campur + Ikan Goreng dan Sambal Tempoyak untuk shida hehee.


Last last hahaa, kang ada kata terliur tengoknya haaa aduhai sorry la korang shida kena update juga buat rujukan untuk hampa semua haaa 😂 Menu last ni shida masa Ayam Goreng Sambal Viral + Sayur Bayam Tumis

Shida tertengok satu tiktok dia masak ayam versi ni hanya guna bawang merah kecil dan cili kering (shida derhaka juga pada resepi) sebab idea asal bagi shida tak berapa kena tekak pastu oter ikut versi sendiri hahaa (abaikan minyak membulat tu 😅) nak menumis sambal memang tak boleh kedekut minyak ye!

So inilah antara menu menu yang shida masak, ermm tak lah melazatkan tapi kenyang bila makan Alhamdulillah. Tak berapa pandai sangat variasi menu macam-macam sebab encik husben ada saja yang dia makan dan tak makan. Jadi inilah dia menu #shidamasakje.

You May Also Like

26 comments

  1. Tengahari tengok lauk terus jadi lapar. Hehe...

    Fiza pun kalau masak mesti Tanya encik suami dulu nak makan apa.

    ReplyDelete
  2. Kacang botol tumis tu baru beberapa hari PC masak juga. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. kari dan masak lemak cili api pon fevret saya, tapi masak sambal pon saya suke jugak. hari2 masak ni masalahnye sampai satu masa nanti tak tau nak masak apa.. saya yang tak selalu masak pon mcm tu gak

    ReplyDelete
  4. Syukur sangat tu hari hari masak Shida. kadang fiza pun masak sendiri tak lalu nak makan. Sekarang pun masak lauk simple simple je. Ada sambal ready stok, gorengkan ikan atau ayam dan sayur makan ulam je.

    ReplyDelete
  5. Masha Allah terliur. saya pun suka masakan bersambal. boleh bertambah nasi. betul kak kalau masak sambal tak boleh kedekut minyak. tp ada yg terlebih sihat tu jimat je minyaknya. kering nak telan haha

    ReplyDelete
  6. mmg meriah je menu shida! sume nmpk menggoda.. hihi

    ReplyDelete
  7. tu dia...ammi BW tetengah malam terus lapar.
    betullah..buat sambal minyak kene banyak..baru cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  8. rajinnya dia, akak kalau bdr rajinla masak tu pun kadang je ada sayur, selalu sejenis lauk je heheheh...
    tapi selalunya kalau akak kerja bila rajin baru masak menu simple je sejenis, kalau malas suruh dia bungkus je ehehehe

    ReplyDelete
  9. pagi-pagi baca ni memang terliur lah. lagi-lagi tengok Ayam TBG tu.

    ReplyDelete
  10. wah..macam2 resepi ni..rajin masak..suka lah en suami kan

    ReplyDelete
  11. Kalau ada sambal memang bertambah makan. Kalau makan kari pun kena letak sambal sedikit bagi pedas.

    ReplyDelete
  12. Sedapppnyaaaa menu bersambal!!! Favouriteee!

    ReplyDelete
  13. tgk mi kari shida rs nk cari je lunch nnt😊

    ReplyDelete
  14. Lauk simple tapi nampak sedap lagi-lagi makan dengan keluarga. mau menambah hehe

    ReplyDelete
  15. Mi kari kuah pekat tu sedapnya !!

    ReplyDelete
  16. Terliur akak tengok lauk-pauk yang Shida sediakan. Tiba-tiba rasa macam nak makan ayam tiga budak gemuk dan mi kari pula hari ni hehehe

    ReplyDelete
  17. sedap sedap belaka menu yang Shida kongsikan..

    ReplyDelete
  18. sedap oo makan dgn nasi panas menu kering2 macam ni mama suka

    ReplyDelete
  19. Wah semua nampak sedap ni kak shida!!

    ReplyDelete
  20. sedap lauk2 tu .. lenkalimkalau masak sila pos ke shah alam sikit ye hihii

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.