Hello September!

by - 23:10:00

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk bulan baru Hello September! Semalam pula hari kemerdekaan negara kita, rata-rata ramai yang cuti dan mengambil peluang cuti ini untuk bersama keluarga tercinta.

Bersyukur kita masih diberi peluang berjumpa bersama keluarga terdekat kita. Bayangkan yang berjauhan, dari tahun lepas bermulanya wabak ini tak berpeluang lagi berjumpa keluarga, tidak berkesempatan kerana asyik PKP, PKPB, PKPD.

Shida sendiri pun masih belum berkesempatan berjumpa dengan keluarga mertua, rasanya last jumpa pun masa bulan puasa sebelum PKP dilaksanakam. Rindu pula kat semua! dah lama tak berjumpa dan berkumpul.

Keluarga belah encik husben pula dah bertambah ahli, adik ipar shida 3 orang dah berumahtangga. Ada yang tak sempat berkenalan pun ada sebab nikah time PKP kami pun tak dapat nak attend masa tu disebabkan PKP.

Bila dah masuk bulan baru ni harap adalah perubahan dari segi jumlah atau bilangan kes setiap hari. Sekarang ni dah hari-hari kes masih dalam 10 ke 20 ribu, takut tengoknya tambahan pula di negeri yang sememangnya top dalam kes covid19 ni, stay safe korang! covid is real!

Untuk blog kesayangan pula, shida masih memperbaiki mana yang patut. Harap shida boleh keep on writing dan dapat bahagikan masa dengan baik. Harap bulan ni dapat menulis banyak lagi entri berbanding total post bulan yang lepas, kena semangat lagi!

Shida berharap bulan september ini juga adalah bulan yang terbaik kepada semua kawan-kawan shida yang membaca entri ini. Moga dipermudahkan segala urusan korang dan juga dilimpah rezeki yang luas dari segala pelusuk rezeki dari Allah swt. Amin! Stay safe korang!


You May Also Like

19 comments

  1. Semoga September ni yang indah indah sahaja..

    ReplyDelete
  2. bln sept bln kelahiran sy.. hihi..
    semoga sept baik2 je.. =)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, stay safe Shida. Semoga makin semangat menulis di blog amin

    ReplyDelete
  4. Oejan celik dah masuk bulan september . Semoga bulan september akan ada keajaiban berlaku . Semoga kes terbaru angka harian covid19 akan menurun dgn mendadak

    ReplyDelete
  5. Semoga hari2 yang mendatang adalah lebih baik dari hari2 sebelumnya

    ReplyDelete
  6. Semoga ada sinar untuk Malaysia di bulan September dari segi politik, ekonomi dan kes Covid 19

    ReplyDelete
  7. hai kak shidaaa, moga bulan ni lebih baik dari sebelumnya! abg su pun nikah time pkp, awal bulan 8 haritu... tapi su x penah jumpa pun hahahha... mak pun x penah jumpa. nak merentas negeri tak boleh huhu

    ReplyDelete
  8. sekejapan aje ah masuk sept dah.. lagi 3 bulan dah nak abis tahun alahaii

    ReplyDelete
  9. Semoga bulan ni lagi baik daripada bulan bulan sebelum ni. Aamiin.

    ReplyDelete
  10. Semoga bulan September bertambah baik.

    Entri ni pun Fiza dah komen Shida sebelum ni. Tak tahu lah mana pergi komen komen tu. huhu..

    ReplyDelete
  11. lg 3 bln je dah nk abis 2021 cpt betul.ms berlalu

    ReplyDelete
  12. Moga September lebih cerah dan lebih indah buat kita semua!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.