Habis Basah Baju
Gambar tak ada kaitan pun dengan entri 😂😁 cuma seronok tengok depa ni main hujan. Lately ni tempat shida setiap hari hujan, hujan pula di pagi hari bila tidur teramat lah sejuk sekali lantai sejuk korang. Macam mana cuaca ditempat korang?
Harini shida nak berceloteh sikit mengenai kerja dapur dirumah. Bagi rumah shida ni kerja-kerja rumah 100% shida yang buat, kemas dan kerjakan.Bukannya encik husben tak membantu cumanya dia tiada masa untuk membantu sama dalam menjalankan kerja-kerja di dalam rumah.
Tetapi walaupun begitu encik husben yang menguruskan kerja-kerja diluar rumah seperti memastikan kawasan luar rumah depan dan dapur dalam keadaan kemas dan juga membuang sampah setiap hari juga adalah kerja encik husben hahaaaa rasanya normal lah kan kerja tu.
Jika kerja di dapur memang shida yang control semua, bermula dari mengemas, mendeko serta memasak. Lagi pun dapur shida ni kecil dan memanjang jadi tak susah untuk kemas sendiri. Sejenis shida ni bila sesuatu bahagian memang dari awal shida yang control dan kemas memang tak suka orang lain yang sentuh.
Bab mencuci pinggan pula, haaaa yang ni baru terkait dengan tajuk entri
kita. Tak tahu lah shida kalau memasak dan mencuci semula selepas
memasak kan mesti Habis Basah Baju shida. Betul dari bujang lagi shida perasan perkara ni.
Kadang-kadang tu encik husben sampai pening tengok shida kalau duk dapur memasak dan mencuci mesti sampai lencun bajunya. Encik husben ada mencadangkan shida menggunakan apron ketika memasak tapi shida tak guna pun, tak reti dan rimas.
Shida dah biasa seperti itu, memasak dan mencuci selepas memasak sampai lencun baju ni, bukan sikit-sikit tau tapi hampir seluruh bahagian bawah baju hahahaa Korang kalau masuk dapur memasak mencuci seperti shida ke? Aduhai segan pulak dah macam bersukan pulak duduk kat dapur tu korang!
Jemput join giveaway yang masih berlangsung sehingga 2 Oktober 2021.
37 comments
mencuci pinggan ganas sgt kot, patut la smpi basah lencun baju. cube basuh slow2 and sopan gituh.. hehehe
ReplyDeleteKahkah xde maknanya nk sopan2...belasah aje hahhaaa..
DeleteXlah afeezz mmg begini cara saya..mungkin sinki rendah..dan air senang ken baju..tgn basah pn dh biasa lap pada baju..hhahaa aduhau
Jangan sampai lantai dapur pun basah lencun
ReplyDeleteKena pakai apron plastiklah nampaknya
Setakat ni wak..xdela dapur banjir..cuma baju je banjir hahaa
DeleteBiasa nya ramai tidak ada skill multi tasking di dalam melakukan dua pekerjaan di dalam satu masa hehe :P
ReplyDeleteHahaaa begitu ya..bg perempuan xperlu tu semua..hahaa hentam saja laaa labu..
DeleteKalau setakat basuh pinggan sikit takdelah sampai basah lencun. Shida bukak air laju ke?
ReplyDeleteBasuh sikit2 tak sal..kalau time memasak je..mybe sinki rendah..pastu shida jenis basuh mmg rapat dgn sinki..mgkin tu la puncanya..
Deleteoh..kalau sinki rendah memang basah lencun la. takpe, pas ni pakai apron ye. shopee banyak jual. hehehe
DeleteHehe . Pakai apron lah sebagai penyelamat baju lencun tu .hehe
ReplyDeleteCuba pkai tp sama jela apron juga yg basah..dh jns apron pn kain hahaa
Deletekalo mak xnk basah baju smpi lencun sila ambil bibik sbg psmbantu rumah ye.. hehehe
ReplyDeleteTak kata pulak xnk lencun hehehee wak ni..babap kang!
Deletesama, selalu kalau plan nak masak, akan pakai baju yang dah buruk sikit, lepas selesai masak semua, terus mandi dan salin baju ;)
ReplyDeleteBetul tu syaz..sama dgn shida..masak pkai baju yg buruk2 je haha
Deletesama la kita sis
ReplyDeleteHahhaaa..kita serupa 😂
Deleteuncle kalau tolong aunty basuh pinggan... memang satu dapur uncle basah kan... Buan apa... lepas tu dia dah tak mintak tolong uncle basuh pinggan lagi... heehhehehehe
ReplyDeleteUncle itu dsengajakan..xkira tu..saya harap aunty baca komen uncle 🤣🤣
DeleteSekali basah dengan peluh juga kan Shida.
ReplyDeletePeluh tu lain cita lah..mmg habis bhgian bahu baju duk lap 🤣🤣
DeleteSamalah baju sama badan sampai bertahi lalat bawah depan baju. Hehe apa boleh buat kena basuh pinggan mangkuk.
ReplyDeleteKalau kerap pkai baju yg sma..YA kak NA mmg smpai begitu lah..😂😂
Deletekena cari apron yg waterproof atau adjust pili supaya air tak merecik...
ReplyDeletekalau cuaca sejuk, bertambah sejuk badan..
Tengok orang lain buat live masak masak kat dapur elok je pakai apron, baju tak kotor. Naniey kalau masak kena kunyit la, cili la kat baju. Apron memang tak pernah pakai.
ReplyDeletesama la kite klo basuh pinggan sampai basah baju..ehh ade GA ke..ala nk join..harap sempat la
ReplyDeleteSaya pun sanggup berbasah baju drpd pakai apron 🤣
ReplyDeleteAmmi pun sama..letaklah kain penghadang antara sinki dan kita berdiri tu... Tetap basah.
ReplyDeleteLagi satu mungkin sbb paip kat sinki ammi tinggi. Husband ammi tinggi jadi kalau dulu paip tu rendah dia kata sakit belakang dia kalau tiba giliran dia yg memasak
kadang jadik macam tu jugak Shida. Mungkin sinki rendah dan rapat sangat dengan sinki kot. Tapi kalau masak yang kena berlamaan kat sinki memang rajin pakai apron. Samalah kita, kerja suami kemas luar.
ReplyDeleteHahahah ini akak boleg relate sebab akak pun sama begitu. Kadang-kadang ambil wudhu pun boleh sampai lencun. Selain daripada faktor seperti singki rendah, air laju ... akak suspek tangan akak pendek laaa....
ReplyDeleteHahaha hati² masuk angin, kak Shida
ReplyDeleteair paip laju sangat kot itu yang sampai ke baju basah. cuba pakai apron half yang ikat kat pinggang tu maybe selesa sikit..hehe
ReplyDeleteSamalah kita kak shida, memang lencun baju dekat bahagian perut tuuuuu kalau basuh pinggan. Kakak abang selalu tanya, adik basuh pinggan ke mandi kat sink HAHAHAHA. Even ambik air wudhuk dekat sink pun, memang lencun >.<
ReplyDeletekalau bsh pinggan x sgt tp kalu membilas baju, ya. so nk elak lencun, sy pakai tuala. lps tu mandi trs. kalau mengemas, lencun dgn peluh je
ReplyDeleteHahaha sama kak. kita geng. ika fikir ika sorang je jadi macamtu. kdg mcm mandi hahahahaha. husband selalu tanya berapa kali sehari mandi haha
ReplyDeleteyanie ppun sama kak..camtulah..saya pun
ReplyDeleteSamalah kita Shida.. hehehe.. Dah cuba macam-macam cara, tetaplah basah juga.. hahaha..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.