Welcome August

by - 21:48:00

Welcome August | Alhamdulillah kita dah masuk hari ke dua untuk bulan ogos, shida seperti biasa sibuk seperti biasa. Terpaksa berbagi bagi masa untuk kerja dan bloging, kalau tak update tu faham-faham lah korang, shida memang tak sempat tapi shida cuba sedaya upaya sebab memang nak update hari-hari kalau boleh, ini antara wish list shida untuk tahun 2021.

Shida hari ke dua baru sempat menaip atau buat coretan baru bagi bulan baru. Bulan Julai pun shida terbabas untuk penuhi wish list shida. So shida sambung atau carry foward wish list shida ke bulan ini, harapa sangat dapat adakan entri melebihi 31 entri Inshaa Allah.

Harapan shida untuk bulan baru ni banyak sebab shida dah mula dengan perkara baru. Harap berjalan dengan lancar segala perancangan shida untuk tahun ini. Walaupun selalu delay delay tetapi shida tak putus asa, terus berusaha sehingga dapat.

Ohya, tentang kuku ibu jari kaki shida dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah dah kering luka-luka yang ada, ibu jari dah tak rasa kebas, semua elok dan baik baik sahaja, lega shida. Now boleh berjalan dan menapak dengan sempurna, takde lah nak berjalan perlahan lahan atau risaukan apa-apa.

Kes harian untuk hari ini 2 Ogos 2021 adalah 15K masih tinggi kesnya, tapi dalam masa yang sama ada pula yang buat perhimpunan bagai. Kenapa lah pentingkan diri sangat, nak berpolitik pun tunggu lah masalah utama kita nak tangani ni surut dulu. Jangan la disebabkan itu kes terus mendadak naik dan kita menghadapi masalah yang besar nanti. 

Kes yang ada pun shida dah pening sehingga hilang punca rezeki tau. Kadang-kadang sakit hati juga dengan orang-orang yang pentingkan diri macam ni. Kesian tau, ramai dah yang hilang pekerjaan, hilang keluarga, hilang segalanya disebabkan orang yang macam ni.

Shida sentiasa mendoakan moga di bulan ogos bulan kemerdekaan kita ini, kita dapat mencapai sesuatu yang kita semua selalu impikan, mendoakan untuk bebas dari corona virus ini. Moga segala yang kita usahakan dipermudahkan dan berjalan dengan baik kerana Allah swt. Amin!


You May Also Like

20 comments

  1. Selamat datang bulan kemerdekaan...

    ReplyDelete
  2. Sekejap je masa berjalan kan pejam celik2 dah masuk bulan baru

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kuku ibu jari kak dah sembuh!

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan kak shida :)

    ReplyDelete
  5. Bulan kemerdekaan negara. Semoga ada khabar gembira

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah sembuh...
    Tu la kes masih tinggi. Macam ambil masa untuk turun ke 10k dan ke bawah.
    Tak faham juga masih ramai yang pentingkan diri juga yang tak ikut SOP.

    ReplyDelete
  7. Aamin. Semoga urusan kak dipermudahkan semuanya. :) moga tahun depan dapat kita hidup norma baharu

    ReplyDelete
  8. Semoga bulan Ogos lebih baik dan Shida capai target Shida. Alhamdulillah kaki Shida dah okay dah. Itulah pasalnya. Orang sibuk lawan COVID mereka pulak berhimpun tanpa rasa bersalah. adudududu...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ibu jari kaki sudah sembuh.
    Amin. Moga usaha Shida berhadil. Insya Allah.

    ReplyDelete
  10. Amiin..selamat datang bulan Ogos..

    Alhamdulillah dah sembuh luka ibu jari..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kuku dah sembuh ye kak, semoga bulan ini lebih baik dari bulan lalu untuk kita semua. Aamiin

    ReplyDelete
  12. semoga dipermudahkan urusan kak shida. Take care :)

    ReplyDelete
  13. Moga Ogos indah dan manis buat kita semua. Jaga diri baik-baik, Shida!

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dah sembuh ibu jari kaki kak shida.
    Pejam celik pejam celik dah masuk bulan lapan kannn. Semoga segala urusan kak shida dan keluarga dipermudahkan! :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Dah masuk bulan Ogos..
    semoga semua rakyat Malaysia terus patuh SOP dan dapat turunkan kes Covid19..

    ReplyDelete
  16. risau tgk kes smpi 20k dan bil. kematian yg tggi setiap hari

    ReplyDelete
  17. cepat aje tahun ni berlalu kan

    ReplyDelete
  18. Moga tercapai apa yang dihajati pada bulan Ogos ni.. Amin... Bos saya cakap, kita memang akan hidup dengan virus ni... wahduh..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah kuku ibu jari kaki kak shida dah ok. Hehe sekejap je dah ogos. Laju sangat tahun 2021 ni.. huhuhuuuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.