Terima Kasih Blogger Wak (Warisan Petani)
Alhamdulillah rezeki akhir bulan julai korang! betul lah orang kata jika dah tertulis rezeki tu tak kemana,rezeki tak pernah salah alamat. Syukur! Terima Kasih Blogger Wak (Warisan Petani) atas kiriman buah tangan kepada shida.
Sebenarnya tak sangka pun yang wak nak beri shida buah tangan ini, petang tu terima whatsapp dari wak meminta alamat rumah shida. Terpinga-pinga juga sebenarnya dan confuse dengan permintaan wak ni, yerlah tak ada angin tak ada ribut minta alamat rumah.
Jadi shida pun berilah apa yang diminta, cuma fikir mungkin nak kirim-kirim apa-apa kot kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Pada 31 Julai 2021 yang lepas, shida dah terima kiriman tu dengan kotak yang besar serba hitam kotak tu, tertulis nama Mazlan so shida dah tahu itu nama wak hehee sorry wak terbagi tahu pula nama betul wak 😁😁
Tengok lah besar kotaknya korang! Apa isi dalamnya? Isi dalam tu adalah Buah Pulasan korang! Allahu tak sangka wak kirim shida buah pulasan tu. Sebenarnya wak kata dia terpanggil untuk beri pada shida sebabnya shida tak pernah makan buah pulasan ni. Jadi wak nak berkongsi rezeki bersama dengan shida.
Allahu bila buka ada buah pulasan ni terkedu shida tau. Alhamdulillah dapat makan buah pulasan ni, betul-betul persis rambutan. Kiriman masih elok dalam kotak tu. Pertama kali dalam hidup dapat makan buah pulasan ni, jarang-jarang dah ada buah ni sekarang, shida masih terharu tau.
Banyak sangat kiriman wak ni, jadi shida berkongsi juga rezeki ini dengan 4 orang terdekat shida iaitu bagi pada mak satu bag, kakngah shida satu bag, kaklong shida satu bag dan kawan encik husben shida satu bag.
Alhamdulillah semua suka makan dan pelik-pelik bila makan lagi-lagi anak buah shida hahaaa 😂 semua kata persis rambutan, nama dia pulasan sebab cara buka dia pulas sahaja, senang makan!
Untuk shida nahh, siap pulas buh lam balang gini lepas tu buh dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap, juicy terbaik buah pulasan kiriman wak ni. Shida sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada atas kiriman Buah Pulasan ini. Kalau wak tak kirim tak dapat la shida makan sampai bila-bila 😄
Masih ada ke yang tak kenal wak? yang popular dengan tanaman dan kebunnya. Jemputlah singgah ke blog wak berkenalan dengan Wak Si Warisan Petani yang rajin berbudi pada tanah. Semoga wak sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik, Amin!
28 comments
Alhamdulillah rezeki kak shida
ReplyDeleteBaiknya wak tu
Sedapnya buah pulasan😋.Alhamdulillah rezeki akak tu.
ReplyDeleteDapat juga Shida dan rasa pulasan. Ya macam rambutan tapi luaran lagi kejap.
ReplyDeleteSenang keje pulas sekaligus banyak-banyak, sedap makan sejuk-sejuk..
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki kak shida.
ReplyDeletesyu pon bru tau psl kebun wak. bestnye ada kebun sendiri.
Alhamduillah, rezeki akak dapat buah tangan dari Wak. :)
ReplyDeletewahhh bestnya
ReplyDeletepulasan
Sedapnya buah pulasan.. Lama tak makan buah pulasan ni. Makan sejuk sejuk memang sedap..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Seronoknya dapat buah pulasan dari wak. Mesti sedap tu dapat merasa hasil tanaman ladang wak. Buah pulasan jenis buah susah nak dapat juga. Semoga murah rezeki wak. Aaminn...
ReplyDeleteSedap kan shida, moga murah rezeki wak ��
ReplyDeletealhamdulillah rezeki, lepas ni akak nak bagitau kat wak jugak la yang akak tak pernah rasa buah pulasan kot la wak nk pos kan ke hehehehe...
ReplyDeletealhamdulillah , rezeki daspa buah pulasan dari wak . fresh dari dusun wak ke
ReplyDeletewah alhamdulilah, rezeki makan pulasan!!!
ReplyDeleteterus rasa cam ngidam plak ahahah
Alhamdulillah rezeki..
ReplyDeletewahhhh bestnyaaa! Rezeki terpijak sungguh. Tak tahu pulak wak boleh kurier, macam nak order lah dengan wak sebab dia tanam sendiri. Tengok buah dia semua cantik2
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki Allah. Moga tanaman Wak terus menghasilkan buah setiap musim.
ReplyDeleteAlhamdulillah Shida.. Murah rezeki awak dan Wak Warisan Petani... Semoga rezeki kalian dilimpahi rahmat Allah..
ReplyDeleteWaahhh seronoknya dapat buah fresh dari wak. REzeki
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada rezeki Shida merasa makan buah pulasan. Memang sedap makan pulasan yang dah didinginkan. Laju je masuk mulut kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dulu waktu kecil pernah makan buah ini, sekarang tak pernah lihat lagi
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki akak. Baiknya wak. Semoga berterusan murah rezeki wak dan keluarga. Jemput makan! Lahh macam kita pulak yang bagi kikiki
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kak shida, selamat menikmati buah pulasan tu! ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki tu Shida.. sha pun suka kupas siap-siap dan bubuh dalam peti ais.. makan sejuk-sejuk memang ohsem..
ReplyDeletewahhh banyaknyaaaa puas mkn sama-sama ;-)
ReplyDeletesedapnyaa..lama xmkn..kak
ReplyDeletewow terbayang pokok pulasan wak.. tahniah shida
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniahhh . this one is my favourite too.. hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki kak shida.. dapat juga merasa pulasan... Hari tu masa kami dapat pulasan dari jiran pun kami pulas semua simpan dalam peti sejuk. Sangat best rasanya!
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.