Tamat Sudah Kerjayaku | Selamat Tinggal PTMC

by - 11:00:00

Tamat Sudah Kerjayaku | Selamat Tinggal PTMC | Allahuu sebenarnya shida sedih nak berkongsi perkara ini dengan korang semua. Pekerjaan yang paling shida suka lakukan walaupun kadang-kadang letih, kadang-kadang fedup tapi shida suka buat. Bagi selalu membaca entri shida dari tahun lepas mungkin tahu serba sedikit tentang pekerjaan shida.

Okay shida cerita sekali lagi untuk yang baru mengikuti blog shida ini, selain menjadi seorang blogger shida juga ada pekerjaan lain iaitu shida bekerja dalam pentadbiran dan pengurusan pusat tuisyen kakak dan abang ipar shida. Sudah hampir 7 tahun kami beroperasi sejak 2015.

Sebelum itu lagi shida pun memang dah bekerja dalam bidang yang sama tapi bekerja dengan orang cina tapi  bukan sebarang cina tau majikan shida ni sangat-sangat baik dan shida beruntung bekerja dengan keluarga Ooi ini (2007 - 2014). Kalau korang nak tahu sehingga harini shida masih berhubung dengan mereka bertanya khabar dan bercerita perihal masing-masing.

Kerjaya shida di Pusat Tuisyen Menara Cemerlang (PTMC) telah pun tamat pada 1 Ogos 2021. Kami iaitu shida, kakak shida dan abang ipar sudah pun sepakat dan sebulat suara untuk "gulung tikar" kerana sudah tak mampu bertahan lagi untuk menanggung kos sara dan menampung setiap bulan bil-bil yang ada, senang kata kami sudah berhenti beroperasi lagi.

Pendapatan tiada, tapi jumlah yang keluar setiap bulan memang tak mampu nak ditanggung seperti sewa bangunan, sewa mesin fotostate, bil air dan elektrik dan lain-lain. Permohonan PSU dari perkeso pun bukan setiap bulan dapat, ada juga 2 3 bulan tak dapat,pastu dapat untuk sebulan itu pun tidak mencukup nak cover semua. 

Rasa sebak semalam buat pengumuman dalam group ptmc kami, semua guru-guru sedih dan memahami dengan situasi yang melanda. Itu lah perkara sedih yang shida nak berkongsi dengan korang semua sebenarnya. Lepas ni shida dah jadi pembantu encik husben shida sepenuh masa, kena kerja juga bosan duduk rumah saja, masa selebihnya tu shida hanya berbloging saja.

Korang boleh lihat betapa besar badai dan penangan corona virus dalam ekonomi kita. Liku-liku dan halangan kami tempuhi demi mempertahankan sebuah organisasi yang melibatkan banyak periuk nasi. 10 guru-guru kami 7 darinya adalah guru swasta, mereka terpaksa memulakan mencari pekerjaan baru bermula bulan ini, rasa bersalah pula dalam diri tapi apakan daya.

Tak lupa juga kepada designer tetap PTMC iaitu Azhafizah, dari mula kami beroperasi sehingga sekarang memang menggunakan sevis dari fiza sahaja dari logo, cover buku, flyers, sign-sign untuk aware covid19, bussines card dan banyak lagi sebenarnya. Terima kasih fiza, lepas ni pasti rindu kerjasama dengan PTMC.

Kalau korang nak tahu pengusaha-pengusaha termasuk pusat tuiyen kami dalam daerah LMS sudah 10 pusat berhenti operasi, semua tak tahan dan tak dapat menanggung kos yang tinggi. Apa boleh buat, nasib organisasi bagi Institusi Pendidikan Swasta (IPS) tiada terbela, habis begitu sahaja. Kemungkinan besar perniagaan sektor macam ni akan lebih berkurangan jika pendamik covid19 masih berleluasa.

Lepas ni, shida mesti akan rindukan semua, pelajar-pelajar shida, staf yang bekerja sebumbung, kerusi meja office huhuhu sedih! Penat lelah membangunkan selama 7 tahun berakhir dengan cara begini sangat-sangat sedih. Semoga semua rakan-rakan seperjuangan baik-baik sahaja. Ahh sedih pula rasa huhuu 😌


You May Also Like

22 comments

  1. sedihnya..lama tu beroperasi, 7 tahun...semoga covid-19 cepat berlalu pergi..

    ReplyDelete
  2. Allahu..Shida. Tak percaya dengar cerita ni Shida. Sedih juga dengar. Semua perniagaan terkesan betul dengan pandemik ni. Jika itu keputusan lebih baik, terpaksa juga merelakan walaupun sayang. Lepas ni takde dah nak design untuk PTMC. Lepas pandemik ada rezeki bangkit semula Shida. Semoga terus kuat dan dilimpahi rezeki berpanjangan..Aaminnn...

    Terima kasih Shida sudi bekerjasama untuk PTMC selama ni.

    ReplyDelete
  3. Turut sedih kak, semoga ada ganti rezeki yang lebih baik. Semua terkena imbas daripada covid, semoga Allah mudahkan semuanya. Aamiin

    ReplyDelete
  4. Semoga shida dan yg lain akan terus berusaha lagi insyallah semoga ada rezeki yg lbh besar lagi utk kalian semua

    ReplyDelete
  5. InnalillahiwainnailahirajiunMoga dapat bangkit semula. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.. sedihnya 😭
    Mungkin boleh usahakan untuk buat tutor online 1 to 1 dengan pelajar. Saya juga tengah cari cikgu yg boleh ajar english untuk anak saya umur 6 tahun ni.. tak dapat2 lagi

    ReplyDelete
  7. Allahu. Sayu rasa hati. Bukan singkat. 7 tahun. In sya Allah tidak mustahil satu masa nanti boleh bangunkan semula.

    ReplyDelete
  8. Allahu... Sedihnya. 7 tahun jangka masa yg agak lama. Ramai yang terpaksa gulung tikar sbb tak dpt nak tanggung kos sdgkan pendapatan masuk tiada.

    ReplyDelete
  9. Allah…sayu baca berita ni. Semoga Allah luaskan cabang rezeki lain pula untuk Shida dan semua yang terlibat. Pandemik ni ibarat tsunami, sekali membadai kesannya sangat teruk.

    ReplyDelete
  10. Bertabahlah.. saya turut merakamkan rasa simpati. Moga segeralah pandemik ini berakhir.

    ReplyDelete
  11. Sedihnya..tapi itu lah yang sebaiknya, bukan sikit nak tanggung kos overhead.

    ReplyDelete
  12. allahu sedihnya baca berita macam ni. Semoga rezeki 10 orang guru dengan kak shida di pintu yang lain pula. Be strong kak shida sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. Sedihnya.. tetapi itulah hakikat yang kita kena terima, kan? Covid memang beri kesan besar dalam kehidupan kita. Moga Shida dan team terus kuat. Insya-Allah, satu jalan tutup, akan terbuka sepuluh jalan lagi. Mana tahu selepas ini boleh pertimbangkan untuk buka kelas tuisyen secara online. Selain itu, boleh juga anjurkan kelas-kelas lain seperti kelas membaca, kelas bimbingin one-to-one untuk murid lemah atau kelas public speaking.

    Apa pun, akak doakan mudah-mudahan urusan kalian semua dipermudah dan Allah angkat segala kesulitan yang dialami.

    ReplyDelete
  14. Pahit tapi kena telan. Semoga tabah ya kak. Disebalik hujan pasti muncul pelangi yang mewarnai. Kami doakan selepas selesai pendamik ni business ni dapat disambung semula.

    Semoga dipermudakan segala urusan akak, family kakak kak shida dan para guru2 tusyen.

    ReplyDelete
  15. Ya allah, sedih saya baca kisah kak shida ni. Tapi apakan daya kan, kesan covid19 memang bagi kesan buruk kepada ekonomi semua orang. Semoga ada rezeki lain untuk kak shida dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kak shida dan keluarga.

    ReplyDelete
  16. Allah.. Berita yang sangat menyedihkan.. Covid19 ini memang banyak buat perniagaan tutup.. sha doakan semoga ada rezeki yang lebih baik buat Shida dan semua staf PTMC..

    ReplyDelete
  17. Allahu....beratnya cabaran yg dilalui shida sekeluarga ni...sy faham mmg byk pihak yg terkesan akibat pandemik ni.
    mudah-mudahan ada nikmat Allah yg lbh bsr menanti shida dan keluarga selepas berakhirnya covid ni. aminnnn

    ReplyDelete
  18. perpisahan mmg menyedihkan apapun mama doakan semoga majujaya utk shida ye

    ReplyDelete
  19. Terkesan sangat musim sekarang ni.. tapi terpaksa jugak.. Moga kita bertahan untuk meneruskan kehidupan pula.. fight covid agar jauh dari kita... Aminnnn

    ReplyDelete
  20. Be strong ya kak shida dan semua yang terkesan. Moga ada rezeki yang lebih baik nanti untuk semua.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.