Semoga Semangat Semula

by - 00:53:00

Semoga Semangat Semula | Alhamdulillah, hari ni shida dapat type satu entri baru lagi. Entah sejak-sejak ni susah pula nak curi masa update blog, blogwalking, Allahuakhbar kenapa ye? Shida sekarang dah lari fokus pula rasa, wish list masih belum tercapai lagi. 

Kemungkinan faktor usia, yerla kan tahun 2021 ni shida dah masuk 34 tahun korang, badan pun tak sehebat dulu. Kalau nak imbas dulu zaman bloging memang boleh all out walaupun masa tu bekerja juga. Income jangan kata boleh jana macam-macam jenis income. Sekarang ni? Allahuu,sedih!

Selagi nak fokus, selagi tu hilang tumpuan ke arah lain. Ermm maaf ye kawan-kawan sejak-sejak akhir ni kelaut je rasanya aduhai. Moga shida diberi semangat semula, yakin semula, macam turun sikit semangat shida sejak-sejak ni.

Nak kata tak sihat, sihat alhamdulillah, letih? Ya memang letih, sejak-sejak dah kerja pagi ni Allahu letih saja. Mudah mudahan shida dapat biasakan diri, boleh bahagi masa dengan baik. Korang apa cerita sekarang? apa khabar semuanya? sihat? Hope korang dalam keadaan baik-baik sahaja ya.

You May Also Like

26 comments

  1. Insyaallah sihat, samalah kadang2 susah juga nak curi masa untuk blog

    ReplyDelete
  2. susah juga bila semangat nak buat something tu tiba2 down. semoga dipermudahkan segala urusan kak shida dan kembali bersemangat untuk blogging :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sihat.
    Moga bersemangat semula.

    ReplyDelete
  4. Penat keja mcm shida.. Awal pagi dh kena niaga.. Balik nk kena uruskan rumah lagi.. Xpe pelan2.. Yg penting dpt rehat yg cukup k...

    ReplyDelete
  5. Takpe, dahulukan mana yang penting. Kesihatan pun haruslah dijaga.

    ReplyDelete
  6. Biasalah shida.. ups and down dlm blogging.. xpe take ur time.. lepas ni buat come back dgn semangat baru k

    ReplyDelete
  7. Harap2 semangat untuk mengentri blog akan pulih semula.

    ReplyDelete
  8. patutlah rabia cari jugak kak shida
    nak baca entry baru
    tgk2 bru ada entry hehehe

    ReplyDelete
  9. samalah kita kak shida. bulan ogos ni langsung takde entry baru lagi.
    otak ni asyik pikirkan kerja sepanjang masa.

    ReplyDelete
  10. semoga Shida dipermudahkan segala urusan ye
    insyaallah

    ReplyDelete
  11. Singgah sini .
    Perkara biasa lah tu . Kadang2 ketandusan idea juga nk update entri blog . Kadang2 ada juga yg kekangan masa

    ReplyDelete
  12. Lama sangat PKP agaknya kot tu yang mood ke laut. Semoga kembali bersemangat. Umur 30 an muda lagi la. Hehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah sihat. Terkejar kejar juga untuk update entri 1 hari..
    Semoga dipermudahkan segala urusan Shida..

    ReplyDelete
  14. semoga kembali bersemangat ya kak shida.
    samala, dh msuk 30an ni mcm cepat btol letih dia..

    ReplyDelete
  15. slow2 kak shida, insya-allah nanti okay balik. Kalau penat rest je tau. Take care :)

    ReplyDelete
  16. Bila penat tu memang tak leh bawak bincang dah kan. Nak rehat je. Semoga terus semangat Shida. Ada semangat inshaAllah pasti boleh tu. Sehari satu entry ke kan. Apapun jaga kesihatan Shida.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, hanya penat-penat sedikit je, kak..

    ReplyDelete
  18. Tak pe kak shida, utamakan yang penting dahulu. Kesihatan jangan lupa dijaga ya kak shida. Semoga baik baik sahaja :)

    ReplyDelete
  19. Takpe.. Take your time shida.. Bila penat kena rehat dan relaks..
    Semoga kembali bersemangat ye..

    ReplyDelete
  20. nama pun manusia ada kala kita tewas dgn keadaan ada kala kita lemah sbb tertentu. tp jgn putus semangat. insya allah yg baik2 utk shida sekeluarga

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah mama sihat walaupun beberapa hari lepas kurang sihat

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah sihat.. Moga kita sesama sihat selalu ye.. Amin... Kipidap kak! Jangn gibap kak! Hehehe

    ReplyDelete
  23. I feel you sis… kipidap..

    ReplyDelete
  24. Betul tu akak. Saya pun baru start balik aktifkan blog . Moga kita ada masa untuk menaip lepas ni 🙌🏻

    ReplyDelete
  25. Tak apa kak shida.. take your time.. utamakan yang penting dulu dan jangan lupa jaga kesihatan ya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.