Selamat Hari Kemerdekaan 2021
Selamat Hari Kemerdekaan 2021 | Alhamdulillah kita berkesempatan lagi menyambut hari bersejarah negara kita yang sudah mengharungi 64 tahun sebagai negara merdeka. Semoga hari kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberi manfaat lebih baik terutama dari segi pemulihan negara dan memelihara perpaduan antara kaum.
Sebagai rakyat malaysia, marilah kita mengambil peluang menghayati makna sebenar erti kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar lakaran sejarah semata-mata. Oleh itu seharusnya kita mengambil ruang ini untuk menghayati sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri kita.
Biasanya pada tarikh ini 31 Ogos 2021 adalah cuti umum, rata-rata pun akan bercuti pada hari ini dan bolehlah meluangkan masa dan manfaatkan hari ini bersama keluarga. Ada menu merdeka ke korang? atau tapau sahaja? 😁 Shida sendiri pun masih berniaga hari ini dan tiada istilah cuti untuk hari ini.
Dikesempatan ini juga shida ingin mengambil peluang mengucapkan kepada semua kawan-kawan yang membaca entri ini Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 64 dan Selamat Bercuti di rumah. Nak bercuti pun masih tidak dibenarkan, tak mengapalah berehat sahaja dirumah. Semoga situasi kita #baiksemula #kitajagakita
Sekejap saja masa berlalu, esok nak masuk bulan baru September 2021, apa harapan untuk bulan baru untuk shida? seperti biasa semoga sihat selalu untuk menjalankan amanah yang diberi. Dapat membahagi masa dengan baik antara tanggungjawab dan hobi dan tak lupa juga untuk kawan-kawan yang membaca juga, Amin!
21 comments
Merdeka! Selamat Hari Kebangsaan ke - 64 untuk Malaysia!
ReplyDeleteMoga moga bulan September akan jadi lagi baik daripada bulan sebelum sebelum ini. Aamiin.
Selamat Hari Kemerdekaan 2021 Shida. Duduk dirumah rehat dirumah sahaja. Tak sangka bulan September dah.
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kebangsaan.. Merdeka!
ReplyDeleteMensyukuri apa yang ada dan hargainya.
ReplyDeletesalam kemerdekaan dari Naim..
ReplyDeleteSelamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-64..
ReplyDeleteSalam MERDEKA Shida!
ReplyDeleteSalam kemerdekaan
ReplyDeleteSalam Merdeka :D
ReplyDeleteSalam merdeka shida!
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan… merdeka!
ReplyDeleteSalam kemerdekaan Shida. Kali ke-64. Allahu. Semoga negara kita segera bebas dari apa yang sedang terjadi sekarang.
ReplyDeleteMerdeka merdeka merdeka
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka Shida.
ReplyDeleteSemoga Malaysia terus kekal merdeka. Aminnn...
Cepat masa berlalu, dah masuk September dah kan.
Selamat menyambut hari kemerdekaan buat Shida juga
ReplyDeleteselamat hari merdeka shida! =)
ReplyDeleteWalaupun dah lambat sehari, saya tetap nak wish "Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke - 64!"
ReplyDeleteSelamat hari kebangsaan Shida! Duduk rumah aje. Belum merdeka lagi sebab tak cukup 14 hari lepas second dose
ReplyDeletesalam merdeka kak shida!
ReplyDeleteAkak terlambat nak cakap Happy Merdeka Day, tapi datang awal untuk wish Selamat Hari Malaysia :D
ReplyDeleteWalaupun esok dah 16 sept, tapi Sha nk ucap juga Selamat Hari Merdeka Shida..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.