Ragam Manusia Norma Baharu Part 2

by - 14:00:00

Ragam Manusia Norma Baharu Part 2 | Korang shida nak bercerita ni tentang ragam pakcik-pakcik yang suka melepak dan berkumpul tu yang pernah shida cerita dalam entri ini Ragam Manusia Norma Baharu korang klik untuk baca ya. Mungkin selepas baca entri yang lepas boleh lebih faham apa yang shida nak bebelkan sekarang ni.

Korang tahu tak pakcik-pakcik yang buat onar dekat pasar yang melepak berkumpul tak patuh SOP tu dorang dah kena jangkitan covid19 dan mereka adalah positive covid19. Seingat shida perkara ni kecoh selepas shida dan encik husben tutup niaga dua hari sebab ambil vaksin, kecoh sangat kat pasar.

Entah dari mana jangkitan tu muncul dan salah satu pakcik yang suka berkumpul dan kena jangkiant korang. Allahu, seram dengar masa kat pasar tadi dan nasib baiklah deretan gerai yang kena bukan bahagian deretan gerai niaga kami tapi kami perlu lebih berhati-hati.

Deretan kedai yang dorang melepak tu semua tutup gara-gara mereka yang terjangkit. Itulah akibatnya sebab tak patuh sop entah la nak cakap banyak-banyak pun benda dah jadi. Shida cuma berharap sangat janganlah ada lagi yang langgar sop. Bila kata jangan berkumpul tu janganlah, cuba lah ada sensitivy sikit dengan situasi.

Ada juga yang shida dengar beberapa kumpulan tu yang antivaksin, melepak menyebarkan berita palsu jangan pergi vaksin. Haihh lah! stress shida dengar pakcik-pakcik ni dah la shida kenal ada antaranya kawan ayah shida dan orang-orang masjid juga, sedih rasa.

Semoga depa semua ni dapatlah iktibar dari apa yang terjadi, selepas dengan kejadian tu tak nampak lagi yang melepak mungkin sebab gerai depa melepak tu tutup. Entah serik ke idak pakcik-pakcik ni aduhai. Hahahaa sorry korang terpaksa dengar shida membawang dan membebel huhuuu.


You May Also Like

35 comments

  1. Covid 19 is real
    Please ambik vaksin pakcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rabia..tp pakcik2 ni x makan saman huhuu, bila polis lalu tahu plak bangun terus belah..

      Delete
  2. otai-otai ni bukan boleh bagi nasihat... kang dimarahnya kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt uncle..kpe dorg xmcm uncle eh..duk rumah, main facebook ke buat blog ke kan ^_^

      Delete
  3. Allahu. Ya Allah. Kadang kita ni dalam dilema Shida, nak cakap orang tua, tak cakap kesannya berbahaya. Padahal semua sedia maklum akan hal ini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala PC..org tua..mana mahu dgr kita ckp ape..dorg je betul!

      Delete
  4. Aduhai manalah mereka dapat jangkitan.
    Moga mereka itu insaf lepas kena. Amin.

    ReplyDelete
  5. Moga Sembuh mereka semua.. Amin... Dan tersedarlah dari kata kata yg lalu...

    ReplyDelete
  6. Tak pasal2 kena covid. Lepas ni mesti serik. Harap jadi iktibar pada orang sekeliling.. semoga mereka cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. 😔Susah nak educate orang yang tak reti nak patuh SOP ni k.shida.Bagi jer diorang rasa sendiri macam mana kena jangkitan Covid-19 tu. Baru diorang tahu langit tu tinggi ke rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak la perubahan lepas mereka2 yg terjangkit tu kena..nampak behave skit.!

      Delete
  8. Sesetengah pakcik2 tak ambil peduli je bab2 covid ni . Kadang keluar pergi kedai dekat2 rumah puntak pakai mask . Sedangkan diorang lagi la berisiko dijangkiti covid19

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CCL..dorg lg berisiko tp buat mcm xde ape pula huhuuu

      Delete
  9. Musim kobit pun nak melepak kat kedai.
    Duduk rumahlah pak cik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nk print ulasan wak ni..tampal kat gerai2 depa tu haaa ^_^

      Delete
  10. Harap harap lepas ni, mereka semua serik la kan kak shida, harap harap patuh sop semuanya.

    ReplyDelete
  11. Saya paling geram kalau anti vaksin ni pergi hasut orang supaya tak ambik vaksin sekali uish rasa macam nak marah tak boleh pulak sebab anti vaksin yang saya kenal lebih tua daripada saya haih 😅

    ReplyDelete
  12. Semoga pakcik-pakcik tu semua tak hadapi covid-19 yang teruk.. Semoga mereka semua segera sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada paKcik yang shida kenai fairus..sorg dah stage 4..bini dia pun dah kena jgkit dah stage 3..dua2 duk icu,huhuu

      Delete
  13. keras kepala sungguh yek, lepastu yang antivaksin tu pun kuang ajaq betul kadang bolehla orang percaya je apa depa cerita... itu bahaya

    mujurla abah , emak adik-adik atok nenek kat kampung semua setel dah vaksin, kat kampung lagi cepat depa dapat ... memang pesan kat abah akak mana yang takmo vaksin jangan dekat sgt dengan orang tu... kalau apa-apa susah ke kita

    ReplyDelete
  14. Susah nak cakap Shida. Tak semua golongan ni makan nasihat. Semoga mereka sedar dan yang dijangkiti cepat sembuh. Aaminn...

    ReplyDelete
  15. allahu! itulah pakcik kecoh sgt.. berlagak xmo ikut sop.. baru tau skrg covid itu benarrrr.. semoga x merebaklah jangkitan kt area tu shida

    ReplyDelete
  16. adudu mama yg baca pun terasa stress huhu

    ReplyDelete
  17. selalu nampak orang berkumpul.. kite call balai je report hehe.

    ReplyDelete
  18. Moga mereka yang dijangkiti cepat sembuh... huhuhuu

    ReplyDelete
  19. Duh bertambah lagi korban terjangkit covid karena tak patuh SOP, kita pun dah bosan lihat orang abai begitu

    ReplyDelete
  20. walaupon dah divaksin kita masih tak boleh leka. SOP masih kene patuhi.. dan divaksin tak semestinya kita imun 100%

    ReplyDelete
  21. Aduhai..stress baca dengn sikap org sekeliling mcm ni kan kak..

    ReplyDelete
  22. Betul, golongan pakcik- pakcik ni la antara yang paling degil..sama macam Pak Zain, kena pantau dia betul2..diorang rasa covid ni bukan real kot..sebab tu degil

    ReplyDelete
  23. xtau laa nk kata org mcm ni. degil semacam!
    yg antivaxx tu lg laa pula...arghhh buat sesak otak je fikir perangai org mcm ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.