Mood Kelaut

by - 23:54:00

Tak tahu lah shida nak cakap macam mana dengan korang, lepas-lepas vaksin ni Mood Kelaut sungguh lah! dengan penatnya, stress pun ada. Selalunya shida okay je kalau berniaga tapi still boleh bahagikan masa dengan  bloging, update entri dan blogwalking.

Tapi sekarang ni masya allah! buka laptop je shida dah mengantok. Lepas tutup laptop terus tidur, tahu-tahu dah esok pagi. Dua tiga harini rasa nak jerit sebab asyik tak nyempat je nak update blog, badan penat sebenarnya.

Tengok lah sampai 3 hari tak update! Aduhai, gagal lagi lah nampaknya bulan ni, masih tak dapat nak usaha update sehari satu entri. Harini pun sebab dari tengahari sampai malam asyik hujan sahaja nak masak pun tak lalu sebab hujan je so cakap dengan encik husben tapau saja lah!

Jadi badan taklah berasa penat sangat, dapatlah update beberapa entri ada yang shida dah siap buat draft tinggal publish sahaja.Maaf korang! shida lewat sikit blogwalking ke rumah-rumah korang ya! shida pasti singgah cuma ambil masa sikit.

Bukan apa, shida memang dah pasang niat bila dah lulus adsense nak terus update blog sehingga dapat maintain trafik tapi nampaknya gagal lagi lah. Susahnya dalam hati ni bila tengok entri belas-belas je dalam sebulan, tak suka tak suka! 😒

Dalam kekalutan kerja seharian sebenarnya ade terselit berita kegembiraan, cuma waktunya tiba seiring dengan berita kesedihan. Pada tanggal 9 Ogos 2021 kita di khabarkan dengan pemergian arwah Siti Sarah pagi tu tetapi shida dalam masa yang sama shida menerima juga berita gembira. Adik shida (bella) selamat melahirkan baby boy secara normal pagi tu.

Alhamdulillah, mommy dan baby sihat walafiat, harini usianya sudah 11 hari. Nama diberi Muhammad Adeel Haq dan nama samarannya adalah Taim. Shida pun tak tahu macam mana boleh timbul taim, terus semua panggil dia taim. Selamat membesar dengan baik dan sihat taim dengan norma baharu.

Tahun ni shida dapat 3 anak buah baru, 2 dari keluarga shida (dua orang adik shida) dan satu lagi side encik husben shida (adik ipar). Inshaa Allah tahun depan akan dapat 2 lagi anak buah baru, Ya Allah gembiranya rasa dapat berkumpul dengan semua, tak sabar nak jumpa dengan semua! Rindu 😍


You May Also Like

23 comments

  1. Mood ke Laut China Selatan ke Laut Selat Melaka? Hihi

    ReplyDelete
  2. Tak pe Shida. Rest betul2. Belum recover sepenuhnya lagi kot effect vaksin.
    Tahniah. Comelnya Taim. Semoga membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  3. Sama lah... LeYa pun dah lama tak dapat menulis satu hari satu entry. Tak tau lah mana pergi semangat menulis yg dulu. Tapi akan terus diperbaiki sikap buruk leya ni. Nak berjaya memang byk halangan dan dugaan. Btw, tahniah...bertambah ahli keluarga baru

    ReplyDelete
  4. Tahniah dapat anak buah baru.
    Takpe ambil masa. Biasa ada hari rajin ada hari malas.

    ReplyDelete
  5. Wak buat entri blog kalau ada masa lapang aje.
    Kalau sibuk atau penat, abaikan aje.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya dapat anak buah baru!!! Meriah bila semua berkumpul nanti!

    ReplyDelete
  7. Mmg macam tu bila lps vaksin...mood makan tu yg tak tahan..mulut craving jer...kg's pun bertambah..hehehehehe

    ReplyDelete
  8. Masya Allah, comelnya adik Taim..

    Bila lelah berehat dulu, kak Shida, jangan memaksakan diri, jangan sampai sakit. Rindu juga tengok postingan kak Shida, tapi kesihatan tetap nomor 1. Saya pun lama baru sempat update blog dan BW. Sihat selalu kak ^_^

    ReplyDelete
  9. byk kan rehat..lepas vaksinasi, mmg cenggitu side effectnya..

    seronok dpt anak buah baru..

    ReplyDelete
  10. Tak apa shida, nanti dah datang mood nya boleh jalan2 ke blog kami 😊

    ReplyDelete
  11. Pelan-pelan Shida. Ada masa nanti boleh berblogging. Bawa-bawalah berehat dulu, mungkin Shida penat.

    ReplyDelete
  12. Jangan jauh sangat pergi mood tu Shida. Ayuh bangkit semula. Kesan vaksin ke camne tu? Alhamdulillah seronok dapat anak buah baru. Bertambah meriah family. Jauh pergi nama Taim tu dari nama asalnya. Comelnya Taim.

    ReplyDelete
  13. Kadang2 CCL pun terkena juga penyakit mood kelaut .

    ReplyDelete
  14. harap tak lama lah mood tu ke laut...

    ReplyDelete
  15. Saya punn mood kelaut jugak kadang kadang, tapi paksakan diri jugak bukak blog hehehe.
    Tahniah kak shida dapat anak sedara baru! Comel! Baru nak tanya dapat dari mana taim tu hahaha

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah
    Nanti2 free dah ok boleh blogwalking

    ReplyDelete
  17. Tahniah kak bertambah anak anak sedara kak..penuh la raya tahun depan heheee ^_^

    ReplyDelete
  18. Sam la macam akak baru- baru ni..padahal sebulan lepas dah amik dose 1, dose 2 bulan 9 nanti...penangan kerja dari rumah dan berkurung aje kot...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, dapat anak sedara baruuuu! Rinduuu bau baby... Nak melawat anak orang pun takut musim gini.. Hm

    ReplyDelete
  20. Jangan paksa diri Shida. If penat rehat je. Nanti datangla idea nak update apa

    ReplyDelete
  21. jauhnya nama dr nama asal😊comel je Taim👶👶

    ReplyDelete
  22. tentu seronok kalau sepupu2 kecil tu berkumpul kan semoga ada rezeki berkumpul nanti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.