Menu Lockdown #shidamasakje

by - 11:00:00

Lagi sekali nak update Menu Lockdown #shidamasakje korang, hope tak lah bosan ya. Sebabnya time jarang update tu shida rajin memasak hahaa. Yerlah bila tak masak adalah masa nak update entri baru, jika balik dari niaga terus masak maka shida akan keletihan dah selepas itu.

Faham-faham lah situasi orang dah berumur begini lah! mana boleh buat keje lebih sikit pasti cepat penat. Walau bagaimanapun shida cuba dan cuba update seperti biasa. Kalau tak update 1 2 hari tu tandanya dah over penat dah tu hahaaa.

Betul kata sal kena enjoy ja, penat berehat jika dah okay sambung menulis. Okay shida cuba cara macam tu slowly moly. Badan dapat rehat sepenuhnya baru shida boleh lebih fokus dan menulis dengan tenang tanpa tekanan, okay ini terapi untuk diri sendiri.

Jom-jom tengok apa yang shida masak dalam minggu ini, seperti biasa mungkin akan ada yang perasan shida pernah masak sebelum-sebelum ini. YES! memang shia rajin duk ulang ulang masakan shdia sebabnya dah kering idea. Menu-menu pun lebih kepada ikut selera encik husben saja.

Kari Daging dan ubi kentang masak menggunakan pressure cooker + Sayur Ulaman Bendi rebus dan Salad + pembuka selera sebenar adalah Sambal Tempoyak + Sambal Belacan, fuh! licin makan hahaaa.

Menu seterusnya shida masak Sambal Udang Petai, ini adalah lauk kegemaran encik husben makan dengan nasi panas panas memang kena dua pinggan nasi korang 😅 satu lagi menu kegemaran shida Pakchoy masak Lemak Putih bersama Suhun, ermm sedap!

Ini menu serba gelap orang panggil hahaaa, tapi kombinasi yang menarik sebenarnya. Shida masak Sotong Masak Kicap dan Kangkung Goreng Belacan superb pedas pastu mengelauh pedas kat encik husben hahaaa.

Okay last last menu ni beberapa hari yang lepas shida pernah masak juga tapi encik husben kata kena repeat sebab sedap shida masak hahaaa. So yang berulang ini adalah menu Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api bersama Ayam Goreng menggunakan tepung bestari (spicy). Ayam pula guna semua peha, makan sampai puas shida kata kat encik husben. 

Setelah penat berniaga dari awal pagi hingga ke tengahari sememangnya menggunakan tenaga yang banyak, bila makan time lunch macam terasa kelaparan sangat. Biasa waktu pagi pun kami hanya makan kuih sahaja untuk alas perut.

Kadang-kadang tu nak makan pun tak sempat dari pagi sampai jam 11 pagi orang ramai sangat kat pasar, kadang-kadang sempat minum sahaja. Mujurlah ada bawa air masak dan air panas so bolehlah alas perut dulu sebelum makan berat.

Sebegitu lah korang sedikit situasi shida ketika berniaga, memang amat sibuk time pagi. Sebab tu lah balik rumah dah flat, penat sangat! Okaylah shida nak blogwalking ke blog korang dulu, thanks korang sudi baca sampai habis 💋

You May Also Like

20 comments

  1. meriah masakan kak shida...

    ReplyDelete
  2. Makan waktu lapar sangat memang nikmat. Hehe takpe makan puas-puas sebab guna tenaga banyak.

    ReplyDelete
  3. Pucuk paku masak lemak dengan ayam goreng tu memang gabungan mantap.

    ReplyDelete
  4. Pucuk paku masak lemak dengan ayam goreng tu memang gabungan mantap.

    ReplyDelete
  5. kangkung belacan tu mengancam

    ReplyDelete
  6. Walaupun menunya ringkas tapi mengenyangkan.. Semoga awak terus kekal sihat walaupun letih dengan kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  7. Memang letih berniaga ni kan Shida. Pernah dulu tolong mak abah berniaga kat kedai. Kalau ada masa tu memang rehat dan tidur lah untuk recharge energy. Sedap sedap lauk Shida masak. Pucuk paku fresh susah nak jumpa. Dapat makan tu sedapnya lah.

    ReplyDelete
  8. kangkung belacan tu menarik nbyaaaa... pebret kita tu :D

    ReplyDelete
  9. berpenat2 skrg.. bersenang2 kemudian.. hihik.. gittew..

    meriah menu shida! mcm2 adaaaaa..

    ReplyDelete
  10. Meriahnya menu. Yang penting semua tu pedas lawannya.

    tak apa kak shida, penat2 sekarang, kemudian nanti boleh rehat. :) Jaga diri tau

    ReplyDelete
  11. Hebat2 lauknya, simple tapi inilah lauk2 yang membangkitkan selera

    ReplyDelete
  12. Enaknya sambal udang petai...Nak cariklahhhh harini.. huhu . masaknya tak ...tapi carik nak. hahahahah

    ReplyDelete
  13. semua lauk sedap2 cuma kangkiung goreng belacan tu walau sedap boleh membuatkan mama garu idung hihi

    ReplyDelete
  14. pucuk paku....hu3.Dapnyer!!Ada pulak sambal belacan sikit.Memang terangkat.

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaa lauk pucuk paku! Favorite lauk after masak lemak cili api hehehehe

    ReplyDelete
  16. tampak sedap, saya belum pernah cuba sambal tempoyak tuh kak. Dulu adiknya mama pernah bawakan sebab kekasihnya dulu orang Malaysia, ia bawa tempoyak tapi saya dulu masih kecil dan tak dapat cuba itu tempoyak.

    ReplyDelete
  17. Eh nama saya disebut. Amboi Shida takdelah tua mana. Haha. Tapi betul lah, mana sama dengan umur 20an dulu. Masak lemak pucuk paku tu pos sini sikit

    ReplyDelete
  18. sedap semua menu kak masak ni

    ReplyDelete
  19. Aduh!! sedap belaka menu yang dikongsikan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.