Kesan Dari Dos Pertama - Vaksin AstraZeneca

by - 22:43:00

Kesan Dari Dos Pertama - Vaksin AstraZeneca | Alhamdulillah harini dah masuk hari ke empat shida di vaksin. Seperti yang semua tahu shida menerima vaksin dari AstraZeneca. Inshaa Allah vaksin AstraZeneca selamat digunakan untuk badan kita. Bagi sesiapa diluar sana yang masih takut-takut nak ambil vaksin, shida sarankan ambillah vaksin ya! jangan berlengah lagi.

Vaksin perlu untuk kita lindungi diri kita, keluarga kita, komuniti dan ekonomi negara kita. Jika kita tak ambil vaksin kita tidak dapat melindungi semuanya. Kepentingan mengambil vaksin untuk merangsang sistem ketahanan semula jadi badan, mengurangkan risiko mendapat jangkitan dan melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Sebenarnya masa shida mendapat tahu shida menerima vaksin AstraZeneca ni shida sedikit cemas sebab rata-rata yang mendapat vaksin jenis ini akan menerima kesan sampingan yang kuat seperti demam yang lama, muntah dan ada yang terpaksa dibawa ke hospital kerana kesan yang terlalu kuat.

Tapi shida yakin lain badan lain kesannya. lagi pula shida mempunyai sejarah sakit Alahan yang teruk membuat shida semakin berdebar memikirkannya. Alhamdulillah semasa hari pertama shida hanya lenguh-lenguh badan dari tangan hingga ke belakang bahu.

Masuk hari ke dua sebelah pagi masa bangun dari tidur badan berasa sedikit panas tapi alhamdulillah selepas mandi panas badan dah kurang cuma lenguh-lenguh masih ada dan diikuti bengkak dibahagian lengan yang disuntik, pusing sana sini tak kena tangan rasa kejang.

Shida perasan lepas suntikan badan sedikit lemah dan rasa nak tidur je kerjanya korang! sabar jelah! masuk hari ke tiga alahan shida dan muncul, naik dari sebelah kaki hingga ke tangan. Alahan kalini betul-betul luar biasa takut juga tengok dia naik bengkak-bengkak. Biasa kalau bengkak macam tu shida just sapu roll on yang biasa shida guna, bagi hilang keradangan then okay dah.

Setakat ni macam tu jela kesannya sehingga hari ini, demam teruk takde cuma alahan itu sahaja. Shida dah boleh agak pasti alahan akan naik sebab vaksin ni.. Alhamdulillah so far terkawal dan tak perlu ke klinik dan sebagainya. Tak sabar nak tunggu bulan oktober untuk dos kedua, harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Amin!


You May Also Like

29 comments

  1. Semoga tiada kesan yang begitu serius

    ReplyDelete
  2. Sayapun dapet vaksin yg AZ juga, tapi baru dose pertamalah nih. Yg kedua 30 Agustus nanti. Memang beda2 ya kak efek sampingnya. Saya hanya demam sehari, sedikit batuk, dan lengan lebam juga sakit. Kayak habis dipukul membiru.

    Tapi suami dose pertama demam 3 hari. Nah dia sudah dose kedua kemarin, tap tak ada efek samping yang separah dose 1. Hanya sleepy aja .. moga saya pun tak parah efeknya dose kedua nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, lain badan lain kesan dia..Mybe suami tak tahan kot kan. Baguslah tak ada yg serius :)

      Delete
  3. rmai yg ckp AZ plaing kuat effectnya.. tp alhamdulillah shida ok.. arap terus sihat.. =)

    paling kurang effect sinovac la.. paling kuat pon menyucuk kat tmpt cucuk tu.. hihi..
    xkisah vaksin apa.. janji vaksin je kan.. xsabar nk kembali hidup normal mcm dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ezy..sihat dah :)
      dah start niaga pun! tq ezy!

      Delete
  4. Rata2 mmg ada dedor mcm nk dmm bg yg dpt az ni shida.. insya allah xde apa tu.. bdn cuma bg respon dgn vaksin je tu.. stay safe n take care ye

    ReplyDelete
  5. Semoga tiada kesan yang teruk dan baik-baik sahaja...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah x de kesan sampingan yg teruk. yalah... bdn kita terima benda baru kan... ia akn amik masa utk sesuaikan keadaan... harap shida baik2 je kt sana ya

    ReplyDelete
  7. Moga bebaik je sepanjang vaksin ada dalam badan ni... Amin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, saya pon amik AZ, tiada kesan sampingan yg teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..baguslah camtu afeez! moga sihat sentiasa :)

      Delete
    2. insyaAllah, harapnya begitulah

      Delete
  9. Risau ada alahan. Nasib baik tidak teruk.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tak ada kesan sampingan yang teruk teruk, moga moga kak shida sihat selalu. Dan semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah syukur kesannya tak teruk. Risau jugakan bila ada alahan ni. Semoga baik baik je Shida.

    ReplyDelete
  12. simptom shida lebih kurang mama.. takre care ye utk 2 minggu pertama ni kena jaga betul2 jaga sop

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah tiada kesan yang teruk ya kak shida.. apa pun, take care ya! Moga kak shida sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah yanie okay2 je kak..sengal dan bengkak kat tempat cucuk tu saja..lain2 xde..

    ReplyDelete
  15. wah kita sama la..AstraZeneca Clans, masa akak mula2 kena cuma sengal kat tempat cucuk tu tapi lepas tu akak demam teruk...lepas tu ok...eh...lepas tu demam lagi berkali2..now dah ok....cuma sejak vaksin ni perangai malas tu bukan main lagi...bila tiba rajin..rajin plak tu...pelik..lepas tu asyik nak tido je...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah takde side effect yang teruk. Semoga Shida sihat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.