Berhati-hati Menggunakan Media Sosial

by - 12:00:00

Semalam kecoh juga pasal satu family ni yang antivaksin dan dia buat eksperimen sosial pula. Berhati-hati Menggunakan Media Sosial lagi tempat dimana orang boleh melihat dan membacanya tak memasal kena ambil tindakan di atas perbuatan diri sendiri. 

Lately ni shida perhatikan pengguna facebook ni banyak yang tidak menjaga adab bila bersosial di laman media. Jangan kerana diatas desakan nak menunjuk-nunjuk diri tu antivaksin dah lupa semua adab dan cara nak bersosial dengan berhemah. Bukan sahaja di laman sosial malah berada dikawasan dimana tempat untuk bersosial seperti gerai-gerai, kedai atau dimana sahaja.

Kalau nak antivaksin silakan antivaksin berseorangan jangan nak buat geng pula. Lihatlah padahnya diri sendiri yang tanggung ya. Kadang-kadang shida sendiri tak faham dengan sikap orang seperti ini. Sekiranya antivaksin sila duduk diam-diam sahaja tak perlu nak berbangga.

Kita semua dah tahu SOP patut kita ikut di mana sahaja kita berada, tak kira lah kita suka atau tidak kerana sop ini untuk kita membendung penularan wabak covid19 yang melanda seluruh negara. Shida yakin ada segelintir yang tidak percaya akan situasi negara.

Sebab itulah wujudnya kelompok antivaksin ini, covid is real! Mungkin ada masih belum percaya sebab belum terkena pada diri ataupun keluarga, belum terlihat dengan mata kepala sendiri virus covid ini. Kadang-kadang shida terfikir kenapa ada golongan seperti ini.

Dikawasan shida pun ada juga orang-orang yang antivaksin ini, sampai dah terkena pun masih berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Harini sorang pakcik yang shida maksudkan tu semalam dah keluar wad bebas covid tapi hari ni dah keluar ke pasar cari geng lepak.

Kenapalah tak duduk rumah saja berehat tunggu lah betul-betul dah rest keluar lah nak kemana-mana. Ini tak megah bercerita dirinya yang kebal katanya. Pening shida dengar aduhai, bila nak sedar semua pakcik-pakcik ini 😒

"Lama lagi shida nak tunggu untuk dos ke dua 13/10/2021 sebulan lebih lagi huhuu" 
 

Shida sendiri pun risau kerana hari-hari berdepan dengan orang ramai. Shida pun turut terdedah dengan risiko jangkitan virus ini cuma shida selalu berdoa dan berharap agar kami semua penjaja yang mencari rezeki dilindungi Allah swt, semoga baik baik saja. Amin!

You May Also Like

19 comments

  1. Betul2 kadang tak paham dgn perangai manosia mcm ni.. Selfish.. Kot iye pun rs diri tu kebal, x perlu la nak bg virus kat org yg kurg kebal.. Harap2 rakyat msia ni sedar2 laa bila kes2 mcm anti vaksin ni kena tangkap terang2

    ReplyDelete
  2. Macam macam ragam golongan ni. Bangga pulak tu. Tak faham betul. Kan dah mendapat kena tangkap. Media sosial ni tak semua benda kita boleh share. Jaga jaga ada yang perati.

    ReplyDelete
  3. Sakit hati pula baca ni. Angkuh sungguh.. tak nak vaksin duk diam diam. Tak kena tak pe. Kalau kena baru nak menyesal. Berapa ramai yang tak percaya Covid ni dan tak nak vaksin lepas kena covid baru nak menyesal. Minta dijauhkan la...

    ReplyDelete
  4. Dah buat salah berbangga pula di media sosial.. Adoyai..

    ReplyDelete
  5. Itulah, saya pun berfikiran yang sama seperti rakan-rakan yang lain.. Memang tak faham sesetengah manusia, yang kini lebih suka berbangga-bangga dengan apa yang mereka telah lakukan, tak kisah lah benda tue baik ke buruk ke..Yang penting, apa yang kongsikan akan mendapat perhatian.. And yes... dia dapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat tapi tue la sakit pun dapat jugak..(dah kena tahan dan disoal siasat oleh polis) adoiii.. kan sakit tue..

    ReplyDelete
  6. Akak geram dia dok sebut Allah bagi mudah. Eh, benda salah janganlah nak kaitkan dengan Allah.

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada pihak polis, katanya pesalah ni telah ditangkap.. padan lah ngan muke diaorg..

    ReplyDelete
  8. Eh ingatkan insaf lepas kena.
    Apapun saya doa dari jauh moga mereka diberi petunjuk.

    ReplyDelete
  9. mcm2 perangai manusia ni..

    semoga kita dijauhkan drp species mcm ni..

    ReplyDelete
  10. Betul tu .. Upload & tulis tanpa fikir panjang kan dah makan diri ..

    ReplyDelete
  11. Macam macam kerenah dan ragam time Covid ni.. hmm.. cucuk jela..saya pun x percaya vaksin at first, tapi tengok ramai selamat je.. sy cucuk jugaklah.. demia negara dan diri sendiri sebenarnya

    ReplyDelete
  12. Gunakan media sosial sebaiknya.. tak semua benda kena tayang... Lelagi aib sendiri.. Lol... Dah viral, gelabah pulak kang

    ReplyDelete
  13. sampai sekarang mama tak faham dgn antivaksin ni. kenapa nak antivaksin? diorg ada knowledege tak.. cukup ke ilmu diorg ni

    ReplyDelete
  14. Bukan main buat experiment. Ingat experiment macam sekolah dulu ke hmmm. Bangga pulak tuu buat salah macam tuu. Memang tak habis fikir dengan golongan mereka ni.

    ReplyDelete
  15. Akak memang cukup meluat dgn golonagn yg sikit2 nk up kt medsos apa yg dibuat...dari bdk2 remaja smp yg dh bergelar atok nenek..eiii geram iahh

    ReplyDelete
  16. duh macam apa pula orang2 ini.. Semoga Allah melindungi kak Shida dan suami..

    ReplyDelete
  17. Buat salah satu hal. Bangga dan tayang tu satu hal lagi. Janganlah selfish. Sabarlah Shida, gap jauh tu kena redho la if dapat AZ. Kang kalau tolak kata memilih pulak

    ReplyDelete
  18. macam2 hal lah diorang ni..xnak vaksin duk diam2 kat rumah jer

    ReplyDelete
  19. halah.. halah.. kemain lagi dia punya social experiment konon.. menyusahkan orang je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.