Alhamdulillah Dos Pertama Dengan Vaksin AstraZeneca
Alhamdulillah Dos Pertama Dengan Vaksin AstraZeneca | Syukur! sehingga harini shida masih tak percaya yang shida dan encik husben dah pun divaksin untuk dos pertama. Kelmarin pukul 2 pagi 10/8/2021 shida terima sms untuk menyemak temujanji vaksin di apps MySejahtera.
Yang peliknya shida boleh tersedar sms tersebut dan baca pulak tu hahaaa sebab terkejut dan tak sangka boleh dapat. Mata pun duk terkebil-kebil lihat dalam gelap gelita dan yang paling lawaknya sempat pula shida capai hanset encik husben dan semak. Rupanya husben juga dapat sms sama seperti shida.
Awal pagi 5.30 lebih kurang celik mata sahaja terus kejut encik husben dan beritahu tentang temujanji vaksinasi ini, kesian encik husben terkebil-kebil dengar pagi-pagi bini dia dah membebel-bebel hahaa punya excited lah!
Selepas confirm temujanji dan tempat vaksinasi pun tak jauh dari rumah lebih kurang 15 minit sahaja. Yang lagi best kan korang husben dan adik bongsu shida dapat tarikh yang sama dengan shida cuma masa sahaja berlainan.
Kalau ikutkan shida dan husben juga masa berlainan tapi kami pi ja bertiga pukul 11.30 pagi terus dapat line, tempat vaksinasi kami di Adtec Taiping. Alhamdulillah tak tunggu lama sangat masa dekat stesen 2 selang beberapa minit dah kena masuk ke stesen seterusnya.
Semasa isi borang terperasan jenis vaksin yang kami dapat ialah AstraZeneca, okay je jenis vaksin ini asalkan dapat proses imun yang tinggi dalam badan kita. Mudah-mudahan semua proses berjalan dengan baik dan tiada kemudaratan.
Semasa sesi sembang-sembang bersama doktor di stesen 4 banyak yang dia tanya shida disebabkan sejarah kesihatan shida yang alergik tu. Walaupun ia dah lama berlalu, tapi alahan masih ada cuma shida dah tak bergantung pada ubat, cuma tahan cara sendiri sahaja.
Jadi doktor dah label sticker oren pada surat shida untuk bertujuan shida direhatkan selama setengah jam selepas vaksin untuk lihat reaksi alergik shida. Alhamdulillah selama setengah jam tu tiada reaksi yang pelik-pelik shida hadapi cuma lenguh tangan sahaja, Alhamdulillah.
Dengan ini shida adalah AstraZeneca Clan! Setakat harini shida hanya alami lenguh lengan sehingga belakang leher sahaja. Harap takde lah keluar alahan yang teruk-teruk risau pula, mudah-mudahan baik-baik sahaja.
Next untuk dos kedua shida, husben dan adik bongsu shida pada 13 Oktober 2021, lama lagi so bolehlah bertenang dan berehat dahulu. Ada yang kata penangan untuk dos ke2 ni lebih kuat, betul ke korang?
done untuk dos pertama vaksinasi |
30 comments
alhamdulillah
ReplyDeletekakak cik nor kat Tqiping pun baru dpt date
lama menunggu nk dptnya
alhamdulillah... camne side effect AZ shida? ada x?
ReplyDeleteTahniah Shida, dah dapat 1st dose dah. Finallyyyyy mesti lega kan dah dapat vaksin :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah kak shida. dah setel 1 dos. tinggal lg 1.
ReplyDeletesyu masa dos kedua dlu truk jgk la, demam sehari dua. vaksin syu pfizer hari tu.
tp tu la, dia ikut org jgk. ada yg ok je dos kedua.
Yay.. Kita sama. AZ ni side effect kuat sikit berbanding vaksin lain. Tapi tak best sebab gap lama.
ReplyDeleteAda teman sama-sama suntik rasa semangat kan.
ReplyDeleteSelamat menunggu yang ke-2.
Tahniah Shida...
ReplyDeletek ret nak share pengalaman vaksin ni mcm x membantu sgt sebab both vaksin k ret xde kesan pape setakat lengun tangan sikit je la....
teringat laki akak dapat vaksin az ni 1st dose dia punya demam sampai seminggu dik, utk 2nd dose nnanti tak tau lah... risau ah
ReplyDeletetahniah.. ada demam2 tak shida. ramai kawan mama ambil az demam
ReplyDeleteAlhamdulillah, setel dah satu dos. Tinggal satu dos je lagi.
ReplyDeleteSemoga tak ada kesan sampingan yang teruk kak shida. Stay safe.
Syukur sangat-sangat. Second dose on the way.
ReplyDeletealhamdulillah kak
ReplyDeletetahniah
take care
Awal pagi dapat message, lepas beberapa jam terus pergi. Dasyat tu. Tak sempat nak ready apa. Syukur lah dapat sekali dengan husband dan adik. Senang pergi sekali. Sekarang ni dorang tak kisah pukul brp pun boleh pergi sekali. Alhamdulillah dah dapat vaksin. Semoga baik baik je semuanya. Aaminn...
ReplyDeleteSalam, alhamdulillah dah selesai satu dos. Tahniah. Cepat juga prosesnya..
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah shida! setel dos 1..
ReplyDeletekemain eh org vaksin ni hntr sms pagi2 buta kat shida.. haha..
tp sume org akn excited kalo dpt tarikh vaksin.. hihik..
Alhamdulillah ramai rakan blogger dah settle vaksin. Naniey belum lagi ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah. 2nd dose pula. Mcmm mana AZ so far kak?
ReplyDeleteNampak adtect tu terus. Ehhhh kak shida orang Tepeng ke? baru tahu hehehe dekat saja lah kita ni berjiran daerah gituuu
alhamdulillah..tahniah utk dose pertama
ReplyDeleteabe kie pun gi cucuk dos 1 pd 11/8 tu. dpt sinovac je. x kisah la.
ReplyDeletealhamdulillah.. tentu rasa lega dah vaksin kan...
ReplyDeletealhamdulillah selesai sudah
ReplyDeleteYes AZ! Kita geng!
ReplyDeleteAlhamdulillah! Tahniah yer! Best kan dah dicucuk vaksin, rasa safe sikit... hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah
ReplyDeletealhamdulillah... bla dah dpt vaksin ni boleh laa tarik nafas lega sikit😊...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah divaksin. Dos kedua bila?
ReplyDeletetahniah shida
ReplyDeleteUish pagi2 buta dapat mesej.. sebelum ni mama Cik TK pulak dapat mesej 3 jam sebelum. Meaning appoinment jam 5pm, jam 2pm hari yang sama baru dapat mesej inform pasal appoinment. Terus kalut. Nasib baik dekat je lokasinya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga covid menjauhhhh...
ReplyDeleteYanie selesai 2 dos kak :)
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.