Vaksinasi Dos Pertama Mak & Ayah

by - 16:41:00

Vaksinasi Dos Pertama Mak & Ayah | Alhamdulillah, shida berasa lega sedikit kerana akhirnya mak dan ayah setuju untuk di vaksin. Bukan apa sebelum ni mak ayah tak setuju untuk ambil vaksin. lama juga shida dan adik beradik yang lain pujuk dorang. 

Rasanya hampir 4 bulan juga dan akhirnya setelah di pujuk-pujuk dan beri nasihat meraka akur. Terus shida daftar guna mydaftar dan juga rujuk pada hospital. Mujur lah shida ada abang ipar kerja dalam hospital maka lagi memudahkan kerja. Dalam 2 minggu dah dapat notis untuk cucuk vaksin.

Mak ayah ni terlalu terikut-terikt dengan sebaran berita-berita palsu ni, langsung dorang tak nak ambil. Masa awal-awal pujuk memang bertegang jela kami adik beradik dengan mak ayah, bukan senang nak percayakan dan pujuk dorang ni.

Kita perlu ambil vaksin untuk melindungi diri dan keluarga kita. Anak-anak bawah umur tidak boleh di vaksin maka kita yang terima vaksin ini dapat melindungi anak-anak secara menyeluruh. Ayuh pada mereka yang belum mendaftar tu pergilah daftar vaksinasi anda. 

Vaksinasi adalah salah satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan untuk keluarga dan masyarakat. Inshaa Allah kita teruskan berdoa agar semua ini cepat berakhir dan pulih seperti sedia kala. Kadang-kadang tu melihat kes kematian yang semakin meningkat rasa sedih sangat.

Tahniah kepada Mak dan Ayah, shida berbangga dengan mak dan ayah akhirnya turun vaksin menjalankan tanggungjawab bersama. Mak seorang penghidap kanser tahap 3 dan ayah penghidap kencing manis. Alhamdulillah sudah 3 hari dua-dua masih okay dan bertenaga cuma kuat tido selepas cucuk mungkin faktor usia dan keletihan.

Untuk shida pula, masih menunggu giliran dan tunggu. Harap bolehlah dapat cepat sebabnya shida ni berniaga berdepan dengan orang luar yang ramai yang tak patuh sop huhuuu. Bila tegur pakai mask buat ded jer kita pula yang risau sebab kebanyakan yang ingkar adalah golongan orang tua.

Walau bagaimana pun kita semua teruskan berdoa dan terus berdoa semoga wabak ini diangkat dari muka bumi dan terhapus dan kita semua dapat menjalani hidup seperti sedia kala dan menjana semula ekonomi sendiri dan negara.


You May Also Like

21 comments

  1. Alhamdulillah mak ayah Shida dah cucuk vaksin dah. Semoga baik baik je. Itulah pasalnya Shida, dengar kawan kawan cakap terus dorang taknak cucuk vaksin kan.

    Semoga Shida cepat dapat cucuk vaksin gak. Aaaminnn...

    ReplyDelete
  2. Akhirnya berjaya pujuk.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah.. Betul2 org tua ni mudah terpengaruh dgn isu2 yg kurg menyenangkan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Lega kan bila mak ayah dah settle.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Apabila mak ayah sudah divaksin, anak-anak pun dapat tarik nafas lega.

    ReplyDelete
  6. Yeyy...alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah setel dah satu dos, tinggal satu dos aje lagi. Semoga mak ayah kak shida sihat sihat aje, takde kesan sampingan yang teruk teruk. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. Alhamduillah. Semoga semua sihat sentiasa.. :)
    stay safe kak shida.. :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. =)
    bkn sng nk pujuk.. tp akhirnya dorg nk jgk vaksin..
    kita kalo blh nk sruh sume org vaksin.. hihi..
    nk lindungi sume org.. =')

    ReplyDelete
  11. Tahniah pakcik dan makcik! Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dah selesai..
    Sha doakan semoga lepas ini giliran Shida pula terima vaksin.. aamiin..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Ayah saya tak kena dipujuk, susah sangat tuh kak, kerna ramai berite hoax. Syukur kakak dan adik saya mau divaksin. Meski ayah dah pernah covid sekali, tetap cemas kerna sudah setahun lewat. Sehat terus pakcik dan makcik

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, lega bila parents dah vaksin. Selesai satu perkara.
    Jaga diri baik-baik ya, Shida. Insya-Allah, tak lama lagi dapatlah tarikh temujanji untuk vaksin tu.

    ReplyDelete
  15. Haha sama macam mak ayah Cik TK ni... Lama ajak, akhirnya mereka nak terima vaksin.

    ReplyDelete
  16. Tahniah kedua dua mak dan ayah akak.. Berjaya menerima vaksin akhirnya.. Parents Nona also done.. hehe.. Moga baik baik keadaan kita semua sampai keadaan stabil.. Amin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.