Temporarily Suspended - Google AdSense
Temporarily Suspended - Google AdSense | Baru seminggu bersama google adsense. Hai korang! ini lah dia berita sedih yang shida nak share dengan korang sampaikan shida rasa down sejak dua menjak ni. Berusaha dengan gigih shida nak lulus adsense penantian beberapa tahun korang.
Punca katanya disebabkan multi clicking, mungkin ada di antara sahabat-sahabat shida, pembaca blog atau rakan blogger yang kerap kali klik iklan dalam blog ni. Sebenarnya mungkin berniat baik ingin membantu dan sebagainya tetapi GA mengangap ia satu kesalahan bila kerap kali klik iklan dari akses yang sama.
Shida sempat seminggu je berseronok dengan GA bila terima email dari GA yang account suspended terus hancur lebur dibuatnya. Meruntun jiwa dan raga korang! kena suspended selama 30 hari dan dia akan aktif semula selepas tamat 30 hari suspended berakhir.
Geram juga rasa, tapi takpe anggap jelah ujian untuk shida lebih berwaspada dan memperbaiki segala kelemahan yang ada. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada shida, ada juga beberapa blogger yang alami perkara yang sama seperti Blogger Mamapp untungnya mama dah cashout terlebih dahulu.
Bila korang dah lulus adsense jangan duk fikir ada ke orang klik iklan yang bersepah dalam blog tu tapi apa yang perlu korang buat adalah membina satu content atau artikel yang membawa trafik ganas ke blog korang. Kalau boleh entri atau artikel yang dibina khas dari korang bukan copy paste baru lah lebih cemerlang 😎
Shida masih berkabung ni hahaaa malas nak ulas panjang-panjang, sebab shida pun masih newbie dengan GA tapi dah seketul kena atas dahi..aduhai 😒 So marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang terjadi, mana yang baru-baru dengan GA jaga-jaga depa duk perati je tu hahaaaa.
Geram pun ada, time ada iklan GA kemain susah nak kaut trafik tinggi harian, time tak ada iklan senang je trafik masuk aduhai. Tah la sampai tak faham shida pun, carry on je macam biasa malas serabut kepala yang memang dah serabut ni. Memang misteri cara GA menilai setiap permohonan tau, so korang mana yang berjaya tu Tahniah!
Paling best kan, beberapa hari yang lepas shida nampak PRchecker.info shida dah naik berganda, ramai juga beberapa blogger yang guna prchecker ni naik rank lagi. Selain alexa, prchecker juga antara medium yang digunakan untuk meletakkan blog kita ke tahap yang mana. diberi per 10 dan blog shida dari 2/10 sekarang dan masuk 5/10. Alhamdulillah, satu perkara yang menggembirakan buat shida dan blog ini.
Walau bagaimanapun shida kena pastikan blog sentiasa dalam keadaan baik dan stabil. Sentiasa alert dengan apa-apa link spam yang mengganggu perjalanan blog ke ke tahap yang lebih baik. Kalau korang boleh shida pun boleh! kena lebih usaha lagi.
Shida tak sabar nak iklan GA muncul semula ni, bukan apa rasa gembira yang tak puas lagi shida rasa sebelum ni telah dirampas hahahaa. Ok lah korang doa-doakan lah ye untuk shida dan blog lebih maju jaya. Shida pun doakan yang sama untuk korang semua yang membaca entri shida ini 💋
59 comments
Alahai lama juga kena suspended tu.. sabar ya kak shida. Jangan patah semangat ya!
ReplyDeleteBaik, terima kasih cik TK 😊
Deletesusah juga ya dgn GA ni..serba serbi kena patuh sop hehee
ReplyDeleteBetul tu..yanie
Deletesemoga dipermudahkan selepas ni urusan google adsense.
ReplyDeleteAmin terima kasih cik kaella
DeleteAlhamdulillah yang penting trafik mantap
ReplyDeleteAlaa biasa2 je syaz 😁😁
DeleteAla...sedihnya.Tak tahu pulak kalau multi-clicking tu boleh buatkan GA kena suspend.Info baru ni.Sabar tau K.Shida.
ReplyDeleteOkay syu. Tqsm 💕
Deletealahai sedihnya kan
ReplyDeletetakpa cuba lg shida
Alhamdulillah dah okay dh mama 😊
DeleteKalau saya pun down jugak kak shida sebab yelah kita kan dah usaha untukkk lulus GA, alih alih kena suspend. Apa apa pun moga moga GA kak shida cepat cepat kembali dan dah tak suspend lagi dah :)
ReplyDeleteHarap sgtlah xjd pape lg lepas ni..huhu
DeleteAduhai..seorang lagi kena suspended..sabar okey...harap cepat la tempoh tu berlalu..kadang orang nak tgok iklan tu..sebab tu dia klik kan...cuma tu la..benda x leh nak jangka
ReplyDeleteKdg kn kak SA..tertido tahu2 dah tertekan iklan 🤣🤣
Deletesemoga Allah gantikan yang lebih baik..jgn bersedih ya Shida..
ReplyDeleteBaik, terima kasih nohas.
DeleteMoga cepat lah ok adsense tu kan. Takyah klik pon takpe la kan.datang singgah blog dan baca celoteh dah cukulp.
ReplyDeleteSungguh mar..sepatutnya begitulah..
DeleteOk lepas ini Shida kena hati-hati.
ReplyDeleteMemantau betul Google AdSense.
Betul amat tegas..GA ni..
DeleteAlamakkkk.. macam sedih kalau gini .. aduhaiii... Risau gak ek.. Sy pun x pernah cashout lagi... risau gak kalau gini jadiknya..
ReplyDeleteJaga2 jer jgn smpai langgar rules dia..
DeleteJangan sedih2..30 hari pejam celik kejap je tu..itu lah viewers tak tau tak boleh klik iklan banyak-banyak..
ReplyDeleteBetul yaya..dh keluar dh iklannya..
Deletebusyra pernah sekali jadi mcm ni.. xpe, nnti okay.. mmg betul sbb klik brkali2..
ReplyDeleteTerima kasih busyra.
DeleteAllah swt uji kemudian Allah rawat dengan nikmat dibahagian yang lain. Sabar ya Shida. In sya Allah selepas ini rezeki GA berlipat ganda..mana tahukan. Rezeki. Aamiin.
ReplyDeleteTerima kasih PC
DeleteAlahai.. Semoga GA tarik baliklah suspended tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah dh tarik blk..iklan pn ade dah..
DeleteLaaaa k ret br tau klu klik byk kali iklan bole kena block.. Igtkan bagus klu klik byk kali..
ReplyDeleteBoleh kak ret..depa dpt detect tau.
DeleteLaaaa... pulak.
ReplyDeleteTp dah ok dah..uncle hehee
DeleteRabia baru tahu ni
ReplyDeleteTq for share kak
Sama2 rabia 😊
DeleteTerima kasih berbagi info...
ReplyDeleteSama2 sahabat
DeleteBlog saya tak ada iklan dah.. GA pun dah hilang sejak saya tukar domain.. Tak tahulah kenapa, teknikal sangat.. Malas dah nak layan.
ReplyDeleteCuba la lagi mohon..
Deletesabarla shida..
ReplyDeletelama jgk tu kena suspended..
sy lg la xtau sgt psl GA ni.. hihi..
Xpe xpe ilmu baru utk ezy
DeleteAllahu..GA Adsense ni sensitif. Tak faham jugak kadang tu. Bahaya jugak tu ada yang rajin klik banyak kali tu. Ke sebab iklan dekat dengan teks atau link. Semoga cepat iklan GA shida muncul semula.
ReplyDeleteAda juga berita lain yang menggembirakan. Tahniah Shida banyak improvement tu.
Alhamdulillah fiza..semua berjalan dgn baik..fiza tq
DeleteSabar ya, Shida. Jangan patah semangat tau! Teruskan berblogging.
ReplyDeleteBaik kak farrah chaiyokk 💪
DeleteDuh, semangat kak.. saya tak pernah berani klik-klik iklan dalam blog orang karena takut kena banned. Semoga ada ganti rezeki lepas nih, kak.. GA saya pun masih tipis-tipis saja dan belum bisa ditarik sama sekali.. HAhaha karena saya fikir itu bonus saja karena rajin menulis jadi saya terlampau santai. Semoga GA kak Shidah lekas pulih, dan Allah ganti dengan rezeki yang berkah melimpah di bulan ini. Aamiin
ReplyDeleteMoga sama2 kita dapat menjana income dgn GA..
DeleteSemoga GA Shida akan kembali. Memang tak faham formula apa yang diorang guna. Huhu
ReplyDeleteKan..urmm ikut jela..apa depa nk..
DeleteSemoga dipermudahkan segalanya dan dapat semua GA Shida..
ReplyDeleteAmin..terima kasih naniey
DeletePayah juga GA ni... Su apply dari bulan 3 haritu sampailah sekarang takde khabar berita :'(
ReplyDeleteDia ade habaq x nak kriteria apa2..
DeleteStrict juga GA ni ya. klau ada org klik, kita xbleh nak buat ape..
ReplyDeleteGiliran saya pula yang kena.... down rasa....
ReplyDeletedulu GA x strict sgt laa ni sensitip betul...
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.