Ragam Manusia Norma Baharu

by - 00:00:00

Ragam Manusia Norma Baharu | Kita ni dah masuk hujung-hujung akhir bulan Julai, tapi shida masih tak cukup entri dalam bulan ni, sedih betul rasa tak dapat nak lunaskan list out shida. Untuk PV blog alhamdulillah semakin baik dan baik dapat maintain setakat ini.

Sebenarnya shida bukan cerita tentang prestasi blog shida yang tak berapa nak ada prestasi hahaa. Tapi nak berceloteh tentang ragam manusia yang shida hari-hari pandang sampai sakit mata sakit hati dibuatnya. Eh jap! ni bukan entri nak mengumpat or membawang tapi sedikit hal tak puas hati je.

Isu blog shida tu next entri la shida sambung ye..Haaa tengok nak juga update selit pasal blog hahahaa. Aduhai cacar marba la pengisian entri ni sat pasal blog sat pasal orang, korang layan jelah ye!

Apa yang shida tak puas hati sangat tu? Sekarang kan shida bergiat aktif membantu encik husben berniaga setiap pagi kan. Sering shida perhatikan warga emas adalah dalam 70% yang turun ke pasar membeli keperluan harian mereka.

Tapi kan yang shida tak puas hati dan sedikit sedih mereka ni tak ikut SOP pun, ada yang mai pasar tak pakai mask, ada yang datang pasar melepak duduk berkumpul sembang-sembang dekat gerai yang menjual makanan sedangkan kita masih tak boleh dine in.

Pernah satu hari tu shida tegur seorang pakcik sebab yang pertama dia tak pakai mask, lepas tu potong giliran membeli. Sedangkan sop kami pun kami dah gantung dah sediakan, alih-alih kita yang dimarahnya. Disebabkan orang tua malas nak bertekak encik husben hanya diam saja.

Belum lagi melihat yang melepak-lepak dekat gerai, bukan sekejap sangat-sangat lama. Kadang-kadang tu shida selalu duk berharap polis buat rondaan tapi hampa. Sekarang kes makin naik, perak pun kes harian ratus-ratus semalam sahaja penambahan 406 kes. 

Banyak hal yang berlaku disekeliling kita, bukan tak peduli tapi susah bila permasalahan individu yang tak prihatin dengan keadaan. Banyak sangat lah yang shida nampak nak cerita pun meluat dan menambah sakit hati je, cakap dengan encik husben padan lah kes menambah-nambah.

Betul orang kata, rakyat malaysia ni dah mula rasa tak endah, walau kes harian belas ribu masih buat tak tahu. Pening shida tengok kes makin hari makin naik, tapi manusia tetap macam tu. Bawa anak keluar tak pakai mask shida tengok yang risau.

Apa nak dikata lagi, sekarang pun isu dah macam-macam shida baca, satu per satu keluar tapi negara kita ni tetap macam ni tak ada perubahan atau ke arah kebaikan. Semuanya musnah hancur lebur dan sampai satu tahap shida terpaksa buat satu keputusan untuk diri sendiri dan keluarga.

Berdoa dan terus berdoa agar negara kita kembali seperti dulu, corona virus ini terhapus dari muka bumi dan kita rakyat malaysia boleh hidup seperti biasa dan terus menjana ekonomi negara dengan lancar dan selamat, itu sahaja harapan shida. Maaflah terbebel pula 😂


You May Also Like

23 comments

  1. Betul Shida.. Memang rasa sakit hati pun. Lagi lagi bila tegur orang tua ni. Degil tak nak dengar cakap orang. Sebelum kes ribu2 ni pun mmg ada jenis mcm ni lepak dan keluar tak pakai mask macam tak de apa apa..

    ReplyDelete
  2. geram je kan tgk org x follow sop ni.. alhamdulillah kakmim belum jumpa lg yg x pakai mask masa berurusan jual beli... kalau ada seller yg x pakai mask mmg kakmim x belilah kedai org tu.. haha

    ReplyDelete
  3. Orang yang dah banyak makan garam ni ada kalanya memang sukar ditegur.. Kalau ditegur lagi melenting..

    ReplyDelete
  4. Xpe shida. Kadang-kadang perlu luahkan apa yang kita rasa.

    Sekarang ini kita perlu fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Dok kat rumah bila tiada urusan penting di luar.

    Moga kes positif covid 19 di negara kita turun hari ini dan seterusnya

    ReplyDelete
  5. Kalau mampu tegur, tegur. Kalau tidak dengar, kita sudah buat tanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. Susah nak cakap Shida. Golongan ni agak susah nak ikut. Mungkin tak tahu perkembangan atau kurang pendedahan atau kurang peduli atau taknak ambil tahu dah. Mereka tak sedar dengan kedegilan mereka boleh menyusahkan semua orang. kita sama samalah doa supaya covid tu akan pupus. Semoga Allah makbulkan doa kita. Aaaminn...

    ReplyDelete
  7. ya allah bilalah nak ada kesedaran tu.. dgn keadaan sekarang ni pls laa takut mama baca

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang memang penat dengan orang sekeliling kan..semoga kita dijauhkan dari sebarang penyakit, Aamin..stay safe!

    ReplyDelete
  9. betul tu nak menegur org2 tua ni kadang susah jgk..
    Degil... tapi klu x ditegur nnt, ramai plak yang terkena bahana...
    serba salah kan dibuatnya!!

    Semoga apa jua urusan shida dipermudahkan k... jaga diri

    ReplyDelete
  10. Semakin merisaukan dengan perangai manusia Shida.

    ReplyDelete
  11. emmm kan
    manusia ni kadang2 camtu lah
    nak tegur pun serba salah

    ReplyDelete
  12. susah nak tegur golongan veteran ni, memanglah kan tak biasa, rimas, tapi kena bersabar, kena biasakan jg..

    ReplyDelete
  13. berani nya yang buat gitu, kalau kat sini memang jwbnya dah kene tahan polis kot... sini polis merata buat repot je sampai lah jawabnya...

    kadang geram jugak bila ada orang yang tak kisah pasal sop tu kan

    ReplyDelete
  14. Susah nak ditegur tu kadang. Pernah jumpa customer pakai mask kat dagu. Jadi bila tegur, dia betulkan. Tapi beberapa minit lepas tu dia turunkan ke bawah hidung pulak. Haihhhh...

    Kadang nak tegur orang ni susah, lagi2 bila orang tu lebih berumur dari kita.

    ReplyDelete
  15. Indonesia pun sama sahaja kak, orang-orang dah mulai bosan, penat dengan covid nih, mereke kate conspiracy pulak. Geram lihat mereke tak guna mask dan asyik berkerumun, bila sakit pun tak peduli tetap berkumpul. Akhirnya kes pun bertambah pula, lelah sangat kami yang patuh SOP tengok laku mereka tuh

    ReplyDelete
  16. Susahkan Shida. Balik-balik kalau kes naik yang ditunjuk kerjaan semua tak betul. Padahal punca tu dari manusia tu sendiri.

    ReplyDelete
  17. Bila kes naik salahkan kerajaan padahal sendiri yang tak nak folloe SOP.Ape ke payah beno nak pakai mask, adoyai😑

    ReplyDelete
  18. kenapa lgsg xpeduli..geram je rasa, x sensitip lgsg dgn keadaan.

    ReplyDelete
  19. Susah nak tegur golongan berusia ni kak shida, sebab mereka rasa mereka je betul huhuhu. Dekat area rumah saya pun bersepah duk lepak kat pantai.

    ReplyDelete
  20. Bila makin ramai yang buat tak tahu mengenai kenaikan kes dan SOP..
    sedig tengok golongan yang tak nak patuh SOP ini..

    ReplyDelete
  21. dah teruk sgt keadaan skrg nape la diorg masih xde kesedaran uwaa

    ReplyDelete
  22. Ada yang mungkin tak rasa pape sebab macam tak terkena kot..atau dah bosan..kalau kena pada dorang pun..hadap jela..mungkin mcmtu anggapan dorang... Semoga kita dapat hidup sebaiknya dalam musim gini.. Amin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.