Menu Lockdown #shidamasakje
Menu Lockdown #shidamasakje | Hai korang, apa khabar semuanya! harap semua berada dalam keadaan sihat dan selamat ya. Esok tinggal sehari saja lagi nak berhari raya haji. Dah ada menu raya ke nanti? Shida mungkin merendang jelah korang, sebab makan berdua ja so taklah nak over sangat masak, malam pula kita ke rumah mak shida.
Nasiblah kami semua adik beradik dekat-dekat saja kan, dapatlah ziarah menziarahi, dua orang kakak shida memang stay sini sorang kamunting sorang lagi taman seberang jadi mudahlah dalam daerah yang sama. Cuma abang shida dan adik shida di luar daerah dan negeri jadi lama lagi lah nak dapat jumpa dan berkumpul.
Seperti biasa, walaupun lockdown shida cuba juga untuk beri ruang diri ke dapur untuk memasak. Biasanya kalau masak tu sebab dah muak makan atau tapau kat luar. Selalu pun order menu yang sama saja, jadi ada masa tu lebih baik masaklah kot. Minggu ni dapatlah buat 3 4 menu masakan yang biasa-biasa saja bagi shida.
Menu pertama ni shida buat Bihun Sup Tulang buat bihun kuning resepi campak campak saja asal cukup boleh buat sup. Bahan-bahan lain tu shida ada sediakan cabai hitam, taugeh yang dicelur, bawang goreng serta daun sup bawang. Sekali sekala masak macam ni okay juga sebab dah muak makan nasi sebenarnya.
Menu ke dua shida masak simple saja, memandangkan husben beli petai shida buat Sambal Ikan Bilis Petai, Tempe Goreng dan Sayur Goreng Campur. Menu ni walau simple tapi menambah nasi korang hahaa lupa langsung diet ke apa ke hahaaa balun saja.
Menu ke tiga ni bukan menu hari ke 3 tau, menu yang tah keberapa hari hahaa. Shida masak Sambal Ayam dan Sup Bayam dua menu sahaja sambal pula mix dengan tomato cherry bila makan manis-manis masam bertambah sedap sambalnya korang.
Next menu Shida masak atas permintaan husben pula, Paprik Sayur, Sotong Goreng Tepung dan Telur Dadar kali ni telur dadar jadi bulat hahahaa. Korang perasan tak menu semua merah-merah shida dah buntu nak masak apa lagi tau!
Menu terakhir pula meriah banyak-banyak lauk, aduhai hahaaa. Shida masak Tomyam Ayam, Telur Bistik dan Sayur Goreng Campur baki sayur haritu masak je sekali. Bertambah kami makan time ni sebab makan lewat sikit shida lambat masak. Telur bistik ni tak jadi shida buat so lambak je lauk dia atas telur setel hahaa!
Begini lah korang, kalau tengok shida masak kalini lauk semua merah-merah. Sampai dah kering idea nak masak apa, sebab hari-hari nak masak. Lauk pun duk ulang-ulang menu yang sama. Korang macam mana, menu apa suka masak? Kot boleh jadi idea untuk shida masak pula 😁😁
38 comments
lauk utk raya xbeli lg ni.. xdpt feel raya tu tp baju raya dh ada.. haha..
ReplyDeletemeriah menu lockdown shida! sume nmpk sedappp
Shida baju ulang pkai baju raya baru ni..xde mood nk beli baju baru..masak pn ezy sbb husben req je..
DeleteHaah merah-merah memang minat sambal ya.
ReplyDeleteKadang-kadang buat siakap stim limau, kadang-kadang buat nasi beriani.
Masalahny si suami tu payah nau nk mkn ikn ssh nk buat menu ulang2 jela NA 😅
DeleteLauk campak campak asal kena dengan selera sudah Shida. hihi..memang jemu kadang tu tapau. Masak sendiri jimat lagi. Tapi itulah buntu juga nak masak apa hari hari. Fiza pun duk ulang menu sama je Shida. Tak ada idea jugak. huhu
ReplyDeleteShida terpaksa buat 2 menu sbb shida suka mkn sayur fiza..satu lauk satu sayur.
Deletesedap semua masakan kak..kdg2 tu tiru juga tau heheee
ReplyDeleteXpe tiru..x salah heheee. Sharing is caring yanie..
DeleteAda sup tulang! Sup tulang ni memang ada semacam magnet menarik untuk terus hirup kuah hingga titisan terakhir. Sedap!
ReplyDeletePerghhh ayat kak amie hahahaaa 🤣🤣
DeleteMeriahnya lauk pauk shida... boleh laa buat idea semnggu dua lepas raya ni. SAya pun tak ramai kat rumah. bertiga je. mungkin juga merendang dan hantar kat jiran2. tu je perancangan setakat ni.
ReplyDeleteShida pun teringin juga nk anta kat jiran tp kiri kanan jiran org tua..takut xmkn ape kite msk..huhuu
DeleteSedap sedap lauk akak nii 😋
ReplyDeleteHahaaa biasa2 je nad 😅
DeleteSup Tulang....sedapnyaaaa.......kalau ada mee ni..bleh buat mee sup tulang kan....confirm menghirup lepas tu..untuk Raya pakai baju raya yang x sempat pakai masa Raya puasa ari tu la...
ReplyDeleteMenghirup tu sudah pasti hehee
DeleteMeriah semua lauk lauk tu Shida. Memang rajin betul..
ReplyDeleteRaya ni tak tahu la nak pakai baju raya ke tak ni. Hehe..
Raya ritu..shida pkai je baju raya..baju raya lama xde yg baru hehee..
Deleteterliur tengok sotong goreng tepung tu
ReplyDeletemmg sedap sotong tu hehee..tq kai
Deletewow macam-macam shida masak..
ReplyDeleteni nak raya, dah plan x nak masak apa ? heheh
Menu raya biasa2 je kak ret hehee..merendang lerr ape lg hehee
DeleteCampak campak pun janji sedapppp kak shida hehehe.
ReplyDeleteSaya pun boring dah, sampai tak tahu nak makan nasi berlauk kan apo hahahaha.
Biasa saya buat masak lemak cili api ke ayam masak halia ke. Lauk biasa biasa je hehehe
AN kalau msk lemak cili api..masak halia..bkn biasa2 tu..power tu hahaaa
Deletekita raya sesorang wuaaa
ReplyDeletepastt sedapnya lauk..itu la bila da kerap masak xde idea dah nk masak ape an
Sedapnya.. Macam-macam lauk pauk ada..
ReplyDeletealhamdulillah sehat2 aje
ReplyDeletecik nor ingat nak buat rendang daging juga ni
anak2 raya masak nasi tomato ayam masak merah je lah
bila hari2 makan kt rumah, kering idea nak masak apa..kdg2 masak pasta, bihun..
ReplyDeletesup tulang..sedapnya..
Sedapnyaa
ReplyDeleteOk tu. Masak yang simple-simple lagi sedap, Shida. Nampak sedap belaka menu yang Shida masak. :)
ReplyDeleteRumah ni selalu masak asam pedas, takpun sambal. Mmg standard kot kita orang Melayu masak suka taruk cili so lauk semua merah.
ReplyDeleteMenggugat tau tgk menu2 shida semua berselera makan
ReplyDeleteSedap menu2 tu. lebih puas hati masak dan makan sendiri..
ReplyDeletepeh sedap2 menu lockdown shida
ReplyDeleteWah tampak sedap.. Saya tak bisa kalo sehari tak makan nasi, kak.. Nasi itu wajib ada di rumah.. hehehee
ReplyDeleterajinnya diaaaa... sy pn lauk ulang2 shida... bkn mls nk msk fancy2 tp sbb yg mkn tu sorg je jd ikan goreng dgn sayur pn dah memandai😆😆
ReplyDeleteSedapnya semua menu Shida tu..
ReplyDeletePenat-penat pun rajin Shida masak..
X masakkk. hahaha. mak masak.. mak tengok utube bila kekeringan idea.. sampaikan dah malas tu, guna pes jela.. pes belado, pes sambal tumis, masak rendang pun guna pes terus.. hahaa..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.