Menu Lockdown #shidamasakje
Menu Lockdown #shidamasakje | Salam lockdown korang, kita masih dalam fasa lockdown ya. Tak tahu lah bila nak hidup lebih selesa sikit dari lockdown ni. Sejak-sejak lockdown ni shida rasa dah ramai yang hilang pekerjaan, banyak juga sektor-sektor yang masih ditutup, termasuk lah tempat kerja shida ni.
Bila dah lockdown duduk dirumah maka kena masak memasak, tak berasap dapur susah juga sebab nak makan tapau diluar pun dah tak syok macam sebelum-sebelum ni, betul kan korang? setuju tak? Jika betul-betul perlu tapau baru tapau, macam shida walau pun pagi bekerja, tengahari balik mesti akan masak jika ada masa dan ruang.
Kadang tu dah letih sangat, sampai tak tahu nak masak apa barulah beralih ke menu tunjuk-tunjuk pula. So sepanjang lockdown ni shida ada je masak-masak bukan apa kadang-kadang order kat luar pun sampai tak tahu juga nak makan sampaikan order benda yang sama setiap hari, jemu betoi rasa 😂
Menu ni jarang-jarang shida buat tapi sekali buat menyengat hahaaa^^ menu permintaan dari encik husben shida Kuetiau Bandung Daging bersama rencah-rencah seperti bawang goreng, limau potong dan daun sup bawang, makan begini pun kenyang korang!
Menu seterusnya menu simple-simple juga tapi bila ada sambal belacan dengan sup sayur masam-masam ni terus berselera makan sampai menambah aduhaii 😂 Shida buat Sup Sayur, Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan. Sup tu shida buat masam-masam perah limau nipis dua biji.
Menu seterusnya juga masih berkuah dan lauk ayam, tak boleh nak buat apa encik husben tak makan ikan korang so menunya duk ulang-ulang gitu ja. Shida masak Sup Ubi dan karet, Ayam bakar Ala-ala Dominos. Resepi ni ambil dekat facebook nanti shida share resepi ya. Sedap kuah ayam bakar ni, shida bakar guna Air fryer sahaja.
Ini pula menu membangkit selera hahaa, tapi bukan selera shida tapi selera encik husben. Menu terakhir shida masak sebelum masuk bulan Julai. Tak banyak shida masak korang sebab tak nyempat saja, balik dah letih. Shida masak Sambal Sotong Petai, Sayur Campur Goreng dan Cendawan Goreng Celup Tepung guna tepung bestari pedas. Time makan menu ni shida makan Sambal Bilis Pedas Blogger Fairus!
Jadi ini sajalah menu shida masak, tak banyak kan tapi pun dah rasa berperang hari-hari dekat dapur tu ada je nak dibuat, mengemas lah, cuci-cuci lah, sapu-apu, belum susun atur lagi haaa. Memang lama lah duk kat dapur tu korang!
Ada ke yang masak sama menu dengan shida, apa menu korang masak time lockdown ni? Ok jugalah shida dapat masak menu-menu ni dari tak masak langsungkan. Nasiblah encik husben ni memahami keadaan wifey dia, jadi tak larat tapau je lah senang! makan berdua sahaja masak ke beli ke lebih kurang je kan. Okay korang nanti shida update lagi menu-menu seterusnya ya!
36 comments
uishhh sedapnyaaa
ReplyDeletemahunya bertambah tambah makan mcm ni
rabia tak pernah rasa lagi cendawan goreng tepung tu
pasti menambah rabia heheee
DeleteLauk ringkas dan 3 lauk pun sudah bagus. Asal jangan membazir.
ReplyDeletesatu atau dua pun ckp dah NA sebab kami jenis mkn skali mkn je..
DeleteSakit hati merana tengok sambal sotong petai..halah halahhh...ngences. biasa kalau PC tak makan dengan lauk lain, sambal sotong tu makan dengan nasi panas dengan kicap sekali. waduh.
ReplyDeletememang sedap buh kicap PC hehee..shida pn kekadang mkn dgn kicap hehee :)
Deleteperghh menyengat menu2 shida tu...
ReplyDeletesemua pun best2 belaka.. mmg untung laaa hasben shida hehehe
kenyang perut :p
Hahahaa..ala kakret biasa2 je..kakret pun boleh masak emnu cmtu kan hehee :)
Deletesedap2nya..masak sendiri puas hati...ikut citarasa sendiri..kalau beli, kuantiti ciput je, mahal je lebih..
ReplyDeletebetul setuju dgn nohas..sbb tu kdg2 order menu sama sbb menu lain xkena dgn harga..huhuuu
DeleteSedap lauk-pauknya.
ReplyDeleteterima kasih fairus.
Deletemenu bestt
ReplyDeletesup sayur
shida suka sayur mama :)
DeleteAlahai.. sedap-sedap semua menunya..
ReplyDeleteSha pun bila dah tak tahu nak masak apa memang tunjuk dekat kedai jelah.. Tapi selalunya menu yang sama jugalah.. hehehe
kan yg sama tu bukan apa..hat tu je rasa yakin nk mkn sebab dah pernah rasa heheee ^^
Deletenampak sedap semua menu2 tuh... especially kuey teow bandung daging tu
ReplyDeletekuetiaw bandung win la fasa kalini..ramai sungguh minat dgn ktw bandung dgg ni hehee ^_^
DeleteSedap sedap menu shida masak. Fza masak simple simple je Shida. Kurang selera makan, stress mungkin. Kadang jemu masak sendiri pun ye jugak.
ReplyDeleteshida pun sama fiza juga..lg2 lockdown ni..ini pun gagah juga sbb husben req..kalau ikut sendiri..xnak msak lgsg huhuuu (penat sebenarnya)
DeletePhewww.. nampak menyelerakan lahhhh.. Amazing! Masak la jugak kan . xdela tapau memanjang . hehe . .. Keep it up!
ReplyDeleteikut juga nona..kalau dah malas hurmmm tunjuk2 jer ^_^
Deletebetul tu..kadang-kadang nak order menu apa pun dah tak tahu...huhu..menu best ni :P
ReplyDeletekan huhuu sabar jelah!
DeleteSedap2 lauk akk ni..paling minat keuy teaw bandung daging ni. Macam nak buat pulak.hehe
ReplyDeleteok nnt kak shida share resepi ye,blh nadyaa buat pulak :)
DeleteTu dia.. Dalam pada tak sempat pun sempat panggang ayam. Saya kalau letih buat sambal sardin je. Hehe. Shida memang isteri solehah
ReplyDeleteAmin..Terima kasih sal :)
Deleteawak puji lebih2 nih heheee
Tgk gambar kt ig semuanya sedap2 behe
ReplyDeletetulah nina..msk kat ig dlu..baru update kat blog hahaa ^_^
DeleteSemua,menu nampak memyelerakan .
ReplyDeleteTerima kasih CCL :)
DeleteYa Allah, terus jadi lapar! Semua menu Shida nampak tempting :)
ReplyDeleteSemua nampak sedap ni kak shida!!! Untung husben akak hari-hari makan best!
ReplyDeleteKami pulak kat rumah biasanya Cik TK atau mama yang masak. Hari-hari masak sampai kadang dah tak tau nak masak apa -_-''
sedapnya kak!
ReplyDeletesemua sedap ! PKP ni memang banyak masak ..
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.