Kecederaan Ibu Jari Kaki
Kecederaan Ibu Jari Kaki | Dah seminggu kejadian ni berlaku korang, bermula pada raya pertama, waktu nak ke rumah mak sebelah petang tu. Nak tarik pagar rumah entah macam mana terlaju tersodok ibu jari kaki ni. Sakit tu jangan cakap lah memang kebas terus ibu jari.
Sekali tengok darah dah penuh mengelilingi kuku, rupanya separuh kuku dah terangakat. Pedih ya amat-amat korang tak tau nak kata macam mana. Nak pi rumah mak makan-makan pun takdak selera korang! terus makan sikit je sebab mengerang sakit lebih parah.
Cuci luka sapu dulu dengan minyak gamat, adik shida nak letak krim ape tah shida tak bagi risau terlampau sakit tak boleh tahan-tahan cuma sapu-sapu minyak gamat bagi stop darag keluar je. Hari ke berapa tah lupa dah,baru shida pi farmasi beli ubat ubat yang perlu.
Ini pun atas paksaan encik husben, shida ni orangnya tak berapa suka ubat-ubatan hahhaaa apatah lagi pergi hospital lagi lah tak kan pergi korang. So ubat-ubat ni pun encik husben yang pilih dan beli untuk shida, tunjuk juga luka kuku tu kat pembantu farmasi "pening dia tengok katanya" hahahaaa.
So beberapa hari tak update tak blogwalking ni shida banyakkan berehat je, sebab ibu jari ni kebas-kebas denyut jadi apa kerja pun tak boleh buat tau. Bila sakit tu shida tidur itu sahaja pengubat dia! denyut-denyut sakit dia boleh sampai ke kepala tau.
Harap sangat luka ni cepat sembuh sebab susah nak berjalan korang, nak ke sana ke sini susah sangat terbatas sebab ibu jari ni kebas macam dia tak dak kat situ hahahaaa tak tau nak explain camne tapi serius sakit sangat sampai sekarang masih kebas!
25 comments
Allahuakbar...sakitnya...
ReplyDeleteIbu jari kaki kena jaga lebih sikit tu...
Isk nampak teruk juga keadaan Shida terangkan.
ReplyDeleteHarap sembuh nanti.
Allahu..sakitnya tu. Dengan keluar darah dan bengkak. Semoga kaki Shida cepat sembuh. Aaminnn...
ReplyDeleteaduuuhhhhhh sampai ke sini terasa sakit..
ReplyDeleteseriau baca bab kuku terangkat..
semoga cepat sembuh shida! jgn lupa sapu ubt sllu.. biar cpt baik.. =)
Semoga cepat sembuh.. teringat kisah pakcik Cida, kuku kaki terkopek dek kena tongkat motor. seriau tengok nya
ReplyDeleteGWS kak..aduhai ngeri baca..nasib kak x tunjuk gambar ibu jari kak, kalau x buat teringat je ni..huhuu buh ubat kak!
ReplyDeleteAdoi sakitnya, jgn sampai kena cabut kuku sudah,, huhu..
ReplyDeletealmaak shida, k ret baca part yg pertama tu dah rasa ngilu...
ReplyDeleteSemoga kaki shida cepat sembuh k...
take care tu..
Semoga cepat sembuh Shida. Baca entri ni pun terasa sakit kuku terangkat macam tu. Aduhh..
ReplyDeleteAda tapi tak berasakan Shida. Itulah kebas. Allahu. Semoga cepat sembuh ya.
ReplyDeleteNgilunyaaaa kita baca kak shida >.<
ReplyDeleteBoleh bayang sakit tuuu, siap terangkat kuku lagi, ngeri.
Moga moga cepat sembuh kak shida! :)
Adoyai.. sakitnya shida.. kena ubat betul2 kuku tu.. kalau ms berpantang ps bersalin ibu jari ni lah kena jaga betul2.. semoga cepat sembuh ye
ReplyDeleteYa Allah sakitnyaaa
ReplyDeleteTake care kak
Aduh.. ngilu mendengarnya..
ReplyDeleteSemoga diberi kesembuhan ye Shida..
Tapi kalau tak okay juga dua tiga hari ini, better pergi klinik..
Aduhai, ngilu kak.. saya pernah sakit di ibu jari kaki tuh, tapi hanya bengkak je, tak sampai kuku terangkat dan berdarah. Semoga lekas sembuh, kak Shida.
ReplyDeleteYa Allah. Shida, akak yang baca entri ni pula yang over rasa sakit. Semoga sekarang kecederaam di ibu jari kaki Shida dah semakin pulih. Jaga diri ya.
ReplyDeleteSemoga ibu jari tu segera pulih seperti sedia kala..
ReplyDeleteallahu.. dah sihat tak skrg ni? mama sebenanrynya macam shida gak kurang suka ubat hihi.. apapun syafakillah ye
ReplyDeleteAllahu..semoga cepat baik..
ReplyDeleteTak leh nak bayangkan sakitnya tu rasanya kak shida... Moga cepat sembuh ya kak..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuhnya
ReplyDeleteSaya pun terasa-rasa sakit ibu jari kaki sebab pernah cedera!
ReplyDeleteAllah..terus kak SA terasa sakitnya tu disini....hati- hati dan cepat sembuh tau
ReplyDeleteallah.. sakit tuh.. semoga diberi kesembuhan..
ReplyDeleteFaham.. alangkah tersepit jari sikit kat pintu pun dah menjerit, siap denyut.. tapi sekejap aje.. jadi faham sanhat denyut camana.. moga tak terjadi lagi ye... Amin
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.