Bantuan Keluarga Asnaf
Bantuan Keluarga Asnaf | Allahukhbar, berapa hari dah shida
tak update entri korang. Rasa tak mampu sebabnya sejak kebelakangan ni terlalu penat dengan biznes husben. Nak
update entri, nak blogwalking amatlah susah hanya dapat selang seli hari saja. Masa macam limited sangat, cepat masa berlalu tahu tahu dah
nak masuk esok. Bukan merungut cuma rasa tak cukup masa.
Harini shida sibuk beli barang untuk bersedekah kepada keluarga asnaf dalam kawasan tempat shida. Selepas bertanya kepada orang-orang masjid memang ada beberapa orang yang dalam golongan asnaf. Dalam kawasan tempat shida ni memang ada 3 4 kampung yang berdekatan taman shida ni.
Memang tak dinafikan sejak-sejak shida dan husben berpindah ke taiping ni kami sentiasa dimurahkan rezeki, segalanya dipermudahkan dari mula berpindah sehingga sekarang, syukur! Orang kata jika kita ada rezeki lebih tak salah kita berkongsi rezeki bersama dengan orang yang lebih memerlukan.
Kerajaan juga dah lancarkan Bakul Prihatin Negara kepada setiap keluarga rakyat malaysia yang terjejas. Jadi sekiranya anda adalah rakyat yang diseru, bolehlah memohon untuk menerima bakul prihatin ini. Bagaimana cara nak memohon? boleh baca sini > Bakul Prihatin Negara
Dalam belakang kereta ni ada 10 bag berisi barang keperluan rumah/dapur untuk 10 rumah golongan asnaf, Alhamdulillah petang tadi selesai buat penghantaran, Allahu memang mereka asnaf rasa sebak lihat kehidupan mereka. Moga Allah swt limpahkan rezeki untuk keluarga-keluarga ini, Amin!
Memang shida dan suami plan nak beri pada tarikh berdekatan dengan Raya Haji. Jadi mereka dapatlah barang dapur untuk dimasak waktu raya nanti. Barang yang shida beri pun memang barang keperluan utama seperti beras, gula, garam, bihun, kicap, sos cili, kopi, teh, tepung gandum dan minyak. Harapan kami ketika beraya mereka ada juadah untuk dimasak dan makan bersama keluarga.
Bersedekahlah kita walaupun kita susah, ayat ni selalu shida dan husben ingat. Sentiasa ingat bahawa kalau kita susah masih ada yang lagi susah dari kita. Ia juga amalan yang paling senang kita boleh lakukan pahala pun berganda! Amalan ini bukan suatu paksaan ianya boleh dijadikan apabila kita rasa mampu, ingat tau senyum juga bersedekah, mendoakan juga bersedekah, bersedekah paling mudah!
35 comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteRezeki dikongsi bersama
Betul tu wak..Alhamdulillah..terima kasih wak..
DeleteAlhamdulillah. Tahniah Shida dan husband membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...
ReplyDeleteAmin Yaarabbalamin..terima kasih fiza.
DeleteAlhamdulillah semoga murah rezeki Shida dan suami.
ReplyDeleteAmin..terima kasih.
DeleteAlhamdulillah kak shida sudi memberi bantuan kepada keluarga asnaf.
ReplyDeleteSemoga Allah melimpah ruahkan lagi rezeki kak shida dan husband lepas ni :)
Amin yaarabbalalamin terima kasih NA.
DeleteAlhamdulillah.. Semoga terus dimurahkan rezeki.. Amin..
ReplyDeleteAmin..Terima kasih fairus.
DeleteAlhamdulillah.. Semoga dpermudahkan dan dimurahkan rezeki Shida. Alhamdulillah syukur ...
ReplyDeleteAmin..terima kasih nieyna..
Deletealhamdulillah..
ReplyDeleteberkongsi rezeki..
semoga shida dimurahkan rezeki sllu.. =)
Amin..Alhamdulillah ezy..
DeleteAlhamdulillah, moga murah rezeki kak selalu dgn pakcik ye.
ReplyDeleteAmin..tq yanie..
DeleteAlhamdulilah.. moga murah rezeki selalu kak 💪
ReplyDeleteTerima Kasih Nadya..
DeleteDalam rezeki kita ada terselit rezeki untuk orang lain....kan?
ReplyDeleteBetul kak SA..Alhamdulillah
DeleteBanyak yg terkesan. Alangkah bagusnya kalau dpt membantu jugak
ReplyDeletebetul nina..walau sedikit..Inshaa Allah dpt beri org tsenyum..
DeleteAlhamdulillah, semoga kak shida sekeluarga dilimpahkan dan dimurahkan rezeki selalu
ReplyDeleteAmin..terima ksih afeez
Deletealhamdulillah tent sekali byk bantu diorang. dah le nak raya
ReplyDeleteBetul..xtau depa dpt mkn ke x klau xbantu..
DeleteMasya Allah tabarakallah.. Semoga Allah murahkan rezeki kak Shida dan suami, senantiasa diberi kesihatan dan dalam perlindungan Allah. Aamiin
ReplyDeleteAmin..Naia..terima kasih atas doanya..
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah tq rabia
Deleteterbaik shida & suami👍👍👍👍👍👍👍 moga sentiasa dilimpahi rezeki dan keberkatan
ReplyDeleteAmin tq anies
DeleteAlhamdulillah.. Semoga terus dimurahkan rezeki Shida sekeluarga.. Aamiin.. Aamiin..
ReplyDeleteTerima kasih sha atas doa 💕
DeleteBetul tu, ramai memerlukan bantuan, kita tolong ikut kemampuan kita jugak.. Betul tak.. Moga Allah limpahkan rezeki buat kita semua ..Amin...
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.