Alhamdulillah Rezeki - Proton Exora Premium 1.6L Turbo (A)
Alhamdulillah Rezeki - Proton Exora Premium 1.6L Turbo (A) | Hari ini masih dalam mood berita baik lagi, berita yang menggembirakan. Sebenarnya plan nak tukar kereta baru ni dah lama kami laki bini berbincang mengenai ini. Masa belum kawen lagi dah bincang nak sebuah kereta sedan atau orang kata kereta besar untuk keluarga kami nanti.
Masa kami baru-baru kawen dah plan nak menyimpan sikit-sikit untuk kereta tersebut, kononnya bila dah ada anak nak tukar lah kereta, tapi aturan Allah swt lagi hebat dia bagi kami rezeki kereta dulu keluar sebelum ada anak, Allahuakhbar. Perjalanan proses membeli kereta pun di permudahkan segalanya, syukur.
Lama juga plan tahun ni baru dapat, kebetulan husben shida ramai kawan yang jadi agent-agent jual kereta dari yang biasa sampai yang luar biasa. Sembang punya sembang lebih kurang sebulan kami decide untuk ambil Proton Exora keluaran baru ni.
Ada beberapa kriteria yang husben suka tentang kereta exora ni, shida sebagai isteri atau orang perempuan ok angguk saja lah, mana lah tahu sangat bab-bab kereta ni. Asal husben kata ok shida on saja, asalkan shida senang bawa itu yang penting.
Dah seminggu lebih kereta ni kami dapat, lepas sign HP di bank selang beberapa hari member husben call kata kereta dah siap dah boleh datang collect. Sebenarnya terima kasih juga dekat member husben ni banyak tolong sehingga berjaya keluar kereta ini, Terima kasih Mr. Eddie!
Pilihan color kami ambil ruby red, warna dia cantik rasa limited sangat. Puas hati ruangan besar cukup selesa. Tapi tak la plan nak anak ramai sebab beli kereta besar kan. Moga lepas ni ada rezeki anak pula, rezeki lain-lain kami masih dalam mengusahakan. Next target nak beli rumah pula, moga semuanya dipermudahkan. Amin.
Ini adalah kereta kedua encik husben, yang pertama kereta produk proton juga iaitu proton waja. Lama sangat kereta ni dengan encik husben buat hal tu biasalah lagi-lagi dia dengar nak keluar kereta lain bertambah-tambah meragamnya, sabar jelah! Masa carwash dah boleh buka bawa dua-dua pergi mandi dan cuci luar dalam baru bersinar-sinar.
Sebenarnya shida rasa bersyurkur sebab Allah swt permudahkan banyak urusan shida dan husben sebenarnya. Dalam banyak-banyak urusan, urusan keluar kereta paling lancar, Alhamdulillah. Bila kereta dah keluar mula encik husben mereka "jom nak pi mana kalau dah boleh merentas?" hahahaa😂
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kereta Proton Exora Premium ini bolehla search kat youtube banyak review dari sana. Shida tak pandai sangat nak review kereta ni melainkan okay cantik, selesa haa itu saja! Ada banyak kelebihan kereta ni dan biasalah kereta mesti ada baik dan buruk itu normal yang penting sama macam kita "jaga diri kita", itu saja 😊 Baik kita jaga baiklah keadaan dia.
58 comments
hahahaha betul, bila kata nak beli kereta baru mesti kereta buat hal. pandai pulak dia merajuk. tahniah kak shida & husband
ReplyDeleteTerima kasih farhana.
Deletewah tahniah!!
ReplyDeletealhamdulilah dipermudahkan urusan pembelian kereta baru...
Lepas ni panjang langkah la shida ye heheh
pape pun seronok kan dapat kereta baru..
suka bau nya hahah
Hahaaa..sakit hidung..bu keta baru 😂😂
DeleteAlhamdulillah. Syukur dengan rezeki baharu.
ReplyDeleteAlhamdulillah..PC
DeleteAlhamdulillah dapat dengan selamat. Buat masa ini kereta itu tidak dapat jalan jauh-jauh.
ReplyDeleteHa.a ronda ronda stempat jela NA..
DeleteAlhamdulillah...seronok bila dapat kereta baru. Rezeki kereta datang dulu dari yang lain. Betul Shida, kita ni tak tahu pasal kereta sangat, angguk je la ikut pilihan suami. Ada MPV compact pun kita luas juga tu boleh jalan ramai ramai nanti.
ReplyDeleteBetul fiza..beli konon kot anak ramai tp nmpak gaya xtahu la ade rezki ke x 😂
DeleteAlhamdulillah kak
ReplyDeleteCantikk kereta
Terima kasih rabia
Deletewah bestnya dapat kereta baru. alhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih.
DeleteAlhamdulillah.Tahniah kak shida & husband dapat kereta baru.Ada kereta besar senang. Boleh angkut barang banyak.He2
ReplyDeleteBetul tu hehee..byk skit kemudahan dia..hehee
DeleteWaa tahniah... i like red!
ReplyDeleteAntara warna menarik perhatian kami juga..
DeleteAlhamdulillah... Tahniah kakshida! Lepasni boleh la shopping lebih sikit, ruang banyak tu :p
ReplyDeleteSebenarnk target beli kat ikea nnt hahaaa
Deletealhamdulillah
ReplyDeletedpt capai impian
cantik kalernya
Terima kasih mama sara
Deletealhamdulillah. rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah atas kereta baru kak shida ^_^
ReplyDeletemesti seronok lagi nak naik sekarang sebab ada bau kedai lagi. saya suka betul hidu barang baru ni.
Kak xleh lama2 sakit hidung hahahaa..awai dah standby perfume 😁😁
DeleteAlhamdulillah rezeki kak shida dan husband dapat kereta exora.
ReplyDeleteNanti dah boleh rentas negeri, syok lah pergi jalan jalan kan hahaha :D
Plannya begitu lah..Inshaa Allah jika xde aral..
DeleteA;hamdulillah dapat kereta baru.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih.
DeleteAlhamdulillah... Saya punya kereta pun dah lama.. lebih 10 tahun.hutang pun dah habis. Pakailah dulu selagi dia boleh berjalan. Hehe
ReplyDeleteKereta satu lagi pn dha habis bayar..disebabkn keperluan mmg kena tmbah satu lg kereta..terima kasih fairus.
DeleteAlhamdulillah Allah permudahkan urusan Shida dan suami. Tahniah sudah dapat kereta baru :)
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih naniey
DeleteMasya Allah.. Alhamdulillah.. tahniah kak, semoga akan ada lagi rezeki-rezeki lain setelah ini..
ReplyDeleteAlhsmdulillah Naia 😊😊
DeleteAlhamdulillah…tahniah Shida & suami!
ReplyDeleteCantik kaler merah.
Alahamdulillah terima kasih kak ju..
DeleteAlhamdulillah..urusan mudah..cantik kaler merah..
ReplyDeletebeli kereta time ni, bagus jg..takde sales tax..
Alhamdulillah...nohas
Deletetahniah sbb dpt pakai kereta baharu. abam kie guna proton preve ni sejak 2012. skrg proton x kuar model ni lagi. so sad. huhuhuhu...
ReplyDeletePreve..lawa juga 😊😊
DeleteWah! Kalau uncle pun pilih kaler ni....
ReplyDeleteKan uncle..nice 👍👍
Deletealhamdulillah, seronok dapat kereta baru
ReplyDeleteAlhamdulillah..afeez
DeleteAlhamdulillah. Tahniah untuk kereta baru. Cantik warnanya :)
ReplyDeleteterima kasih kak farrah..
DeleteTahniah kak..cantik kereta..besarr heheee
ReplyDeleteTerima kasih yanie
DeleteNadya suka color kete akak ni. Color fav nadya nii. Alhamdulilah rezeki kak. Rezeki anak mungkin lepas ni akan ada.. inshaallah 😍
ReplyDeleteAllhamdulillah..nadya..tq atas doa tu 😊
DeleteKalau rasa nk beli kereta baru memang tak boleh berckp. Nanti yg lama buat hal hahaha. Ada rezeki lebih apa salahnya
ReplyDeleteSungguh nina..merasa dh dia mula nk meragam huhuu
Deletewoh bestnya.. yg jeni premium ni ada mode auto drive kan
ReplyDeleteBetul mama..ada mode auto drive dgn ada voice with ava..
DeleteAlhamdulillah👍👍👍👍
ReplyDeletewarna merah tu sm dgn merah proton X50 ya?
Alhamdulillah.. Tahniah Shida..
ReplyDeleteSha pun minat Exora model ini dan warna ini.. hehehe..
Alhamdulillah, bestnya ada kereta baruuuu...Syokk jalan jalan... Moga Nona pun dapatlah beli kereta baru nanti.. Amin.. hehe
ReplyDeletecantiknya warna ruby red tu. tahniah shida ada kete baru
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.