Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google
Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google | Shida yakin korang semua yang aktif dalam blog mesti alami masalah yang sama kan? Bila nak komen blog kawan-kawan mana yang kaki komen tu mesti struggle gila jika keluar recaptcha macam ni. Mulanya dia keluar dulu I'm not a robot, bila dah lama-lama dia minta teka-teka gambar pula, dah teka betul pun masih salah, memang stress!
Yang paling stress kan bila kita dah teka gambar yang betul contoh dia kata trafic light tapi maish salah, salah dan salah akhir nya terus tutup malas komen. Lagi satu pernah tak korang alamai situasi yang ini : di mana bila korang komen kan, dah type panjang-panjang bila nak publish dia hilang.
Shida kalau kena part ini memang stress gila, mana taknya penat type panjang-panjang lepas tu hilang. Masa tu memang menguji kesabaran sungguh, korang! Dari ada mood langsung hilang mood nak blogwalking. Punya refresh banyak kali pun kejadiannya tetap sama.
Mengapa reCAPTCHA dari google dibina?
Dari apa yang shida baca, recaptcha melindungi laman web atau blog kita dari penipuan dan penyalahgunaan. Recaptcha menggunakan mesin analisis risiko lanjutan dan cabaran adaptif untuk mengelakkan perisian berniat jahatmelakukan aktiviti yang menyalahgunakan laman web atau blog kita.
Selain itu, pengguna yang sah akan dapat masuk ke dalam laman web atau blog kita, membuat pembelian (sekiranya blog shop), melihat halaman atau membuat akaun dan pengguna palsu akan disekat oleh google. Recaptcha telah berada lebih sedekad di barisan depan "mitigasi bot" dan secara aktif melindungi data untuk rangkaian lebih dari 4 juta laman web.
Dengan pengesanan penipuan tanpa gesekan yang menghentikan bot dan serangan automatik lain sambil meluluskan pengguna yang sah. Biasanya antara kes-kes penggunaan dalam mengesan spam atau penyalahgunaan dalam laman web atau blog seperti :
- Scraping : Kecurian kandungan untuk pengalihan pendapatan iklan atau pengunaan yang kompetitif.
- Transaksi Penipuan : Pembelian barang atau hadiah dengan menggunakan kad kredit yang dicuri.
- Pengambilalihan Akaun : Pemadatan bukti untuk mengesahkan akaun yang dicuri.
- Akaun Sintetik : Pembuatan akaun baru untuk nilai promosi atau penyalahgunaan masa depan.
- Flase Posts : Menyiarkan pautan berbahaya atau penyebaran maklumat yang salah.
- Money Laundering : Bot menjana pendapatan klik iklan di laman web penipuan.
Jadi dengan penjelasan di atas kita kena jugalah akur dengan sistem yang dibuat untuk keselamatan laman web atau blog kita. Shida akui juga memang shida suka komen banyak-banyak dalam blog yang shida singgah sebab taknak terlepas apa-apa info atau cerita yang dikongsikan lagi-lagi blog dalam BLOGLISTED! shida ni. Jadi komen terlalu banyak dan kerap juga ia dikesan sama seperti multi clicking so tak hairanlah kalau keluar si robot dan si recaptcha ni setiap kali nak komen dalam blog.
Walau bagaimanapun shida tetap terjah dan komen walaupun terkena juga si robot dan si recaptcha. Takpe korang shida bukan spam link bukan-bukan tau tapi shida spam komen untuk memeriahkan blog korang dengan kehadiran komen-komen dari shida ni. Kalau dapat korang dapat komen dari shida mesti korang suka kan, cuma pergerakan jadi perlahan disebabkan hal ini sabar jelah!
57 comments
kadang rasa pening juga dengan robot dan recaptcha ni Shida. Lagi sedih dah klik betul ni, eh muncul lagi pic yang baharu kadang tiga empat kali.
ReplyDeleteSemua hadapi perkara yg sama pc huhuu. Akur jerlah!
DeleteI feel u sis… mmg tak suke bende2 mcm ni. Yg komen hilang x publish tu lg stress… hilang mood nak komen
ReplyDeleteHilang mood hahaa sama..i feel u bro 🤣🤣
DeleteSelalu jugak kena yang taip beria, klik publish..eh hilang!
ReplyDeleteBiasa cuba 2x je, pastu dah..tinggal jelah.
Harap2 jgn diblog saya kak ujie heheee di blog saya kena stay smpai boleh tau!
DeleteKalau klik I'm not robot tu okay lagi bagi Syu. Tapi kalau yang kena klik lampu isyarat poko semua tu paling Syu tak suka😂. BTW kak, Syu nak jemput akak join bersegmen dengan Syu untuk pencarian bloglist 👉🏼https://syuderis.blogspot.com/2021/06/segmen-pencarian-bloglist-syu-deris.html
ReplyDeleteHarap akak sudilah😉.
Done join syu..tq invite 💕
DeleteStress sgt ada benda alah ni
ReplyDeleteKan rabia..huhuu
DeleteAduhhh.. betullah. Saya pun kena.. Susah betul.
ReplyDeleteNampak dah geng kuat komen ni heheee
Deletebetul tu
ReplyDeleteblog akak kalau nak komen kena tak cam ni
Dia takde kaitan blog kita kak..melainkn mmg kit setting mcm tu..biasa yg kena ni yg rajin komen je kak 😊
DeleteSelaluuuuuuuuuuu terjadi! Bila dah banyak sangat komen di blog dalam satu masa, dia akan jadi macam ni, kalau sekadar click i am not robot tu boleh tahan lagi lah, part suruh pilih gambar tu ya Allah annoying jugaklah hahaha. Pilih 3 gambar okey lagi lah, ini pilih yang banyakk gambar. Yang part hilang tuu punn selalu jugakkk terjadi! Kadang kadang, saya copy siap siap apa yang saya komen hahaha. Nanti hilang, paste je.
ReplyDeleteAlhamdulillah..ade geng..ape yg terjd kat AN..jd kt kak shida juga huwaaa
Deletepelik juga sebab hari ni yang paling kerap mintak. moga data terselamat dari disalah guna...kita ni kadang tak nampak lah benda apa tu
ReplyDeleteBetul AO..kena lbh berhati2 lepas ni..
Deletegood sharing :)
ReplyDeleteTq atie 😊
DeleteAs pun kadang-kadang keluar macam ni... Dah teka pun kena teka lagi. Hihi..
ReplyDeleteKena byk bersabar ooo hehee
Deletehahaha betul tu shida...
ReplyDeletek ret pernah up isu ni juga...
n selalu sgt kena kan, dh taip panjang2 pastu hilang, mmg hilang mood nk blogwalking n tgl jejak...
kadang tu k ret msk blog2 korang ni baca je, mls nk komen.. sebab salah satu nya kes mcm ni la
Kan..tp tula..shida pun gagah juga ni komen komen..
Deleteye, memang menyampah kalau dia dah start keluar. I'm not a robot tu okay lagi lah. Nak tick tick gambar tu leceh betul. Layan je kadang tu.
ReplyDeleteTq fiza sudi singgah..kena robot x harini hehee
Deletetak suka!
ReplyDeletesekali ok lagi. kalau lebih 2 kali, bosan :(
lelebih kalau bw dgn phone hu hu hu hu...
Sabar ye kak aniez huhuu
DeleteKadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Bila dia muncul, terus malas nak blogwalking.
ReplyDeleteKadang2 takpa..mcm shida mcm hari2..dia bg peluang xde sekejap je kak Amie huhuu
Deletekalau susah2 gini terus hilang mood nak komen..hehe
ReplyDeleteJgn hilang terus pula rabia..susah nk jmpa rabia nnt heheee
DeleteAda di mana-mana recaptcha ni. Nak register vaksin AZ hari tu pun muncul. Elok dok klik klik gambar, tarikh penuh. Geram
ReplyDeleteAduhai..yg tu mmg panass la citer dia sal 😌
DeleteWak kadang2 degil juga
ReplyDeletesengaja thik yang salah
Lama2 dia boring juga
Heheee mmg style la wak..skali2 kena kn dia blk ekeke 🤣
Deletehahaha dulu selalu jugak la kena hadap recaptcha ni sebab banyak sangat komen. limit dia 40 ke 50 macam tu sehari
ReplyDeleteHahaaa jenuh kita komen sehari2 mau ratus2 cehhhh hahaaa 😂😁
Deletehaaa.. reCaptcha ini nih.. lelah sangat kalo dia sudah muncul.. Hahahaha apalagi dia muncul tak hanya sekali dua kali, tapi berkali2..
ReplyDeleteNaia juga geng kaki komen jugak..jgn lelah bawa bersabar..terus komentar yaa 😁😁
DeleteSaya memang tak suka. Menyusahkan sebenarnya. 😂
ReplyDeleteKena akur juga fia..slg dia wujud huhuu
Deletehahaha feel u shida. kdg tu kalau malas betul suda sy stop blogwalking.. tunggu sehari dua baru bw balik :D
ReplyDeleteIni satu tips juga..tq itah 😁😁
Deletesy kalu gn pc ok lg. kalu gn hp maaf laa sy tutup trs kalu mende alah ni ada😆
ReplyDeleteAduhai kna byk bersabar dgn benda ni kn..
Deletesabor jelah kak..biasa yanie guna crome masih ok
ReplyDeleteEntah sama je kot huhuu
DeleteBila kita dah banyak blogwalking, recaptcha dan iamnotarobot tu akan keluar. HEhe.. pernah juga alami dulu, type panjang, lepas tu komen kita tak di-publish. Siap copy dulu, pastu submit, sebagai back-up kot hilang komen. Hehe..
ReplyDeleteSama la kak shida pn buat perkara yg sama hehee 😁😁
DeleteDaku faham perasaan itu.. Selalu kena bila inggalkan banyak komen dekat blog kawan-kawan.. selalunya Sha gigihkan juga.. Hahaha.. kalau bengang dengan recaptcha ini Sha stop komen sehari.. esoknya dia okay dah.. kadang tak jadi juga.. Rasa macam nak kuntau je google.. hahaha
ReplyDeleteKuntau ye sha heheee jom ramai buat hahaaa 🤣🤣
DeleteTunggu hilang baru komen semula.
ReplyDelete2minggu lepas ada kena. naik stress dibuatnya.haha
ReplyDeleteCik TK pun ada juga beberapa kali kena. Hilang mood terus dibuatnya. Huhuuuuu
ReplyDeleteSamaa.... tapi masa tu fikir ada isu dengan reading list page haritu .. huhu.. Selalunya kalau dah gitu, sy copy sesiap komen tu...agar tak stress kalau tetiba hilang... atau tetiba line slow nak mamppp..Huhu..
ReplyDeleteKalau mood baik, boleh layan lagi..tapi lelama mood pun bertuko..hahahah
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.