Selepas Sepuluh Kali Percubaan
Selepas Sepuluh Kali Percubaan | Alhamdulillah korang, hari ini dapat berita gembira dari Mr.Google setelah penantian beberapa tahun mencuba akhirnya lulus juga. Sebenarnya sepanjang shida come back sejak tahun julai 202 shida ada lah mencuba dua ke tiga kali Apply Google Adsense ni tapi tak berjaya, bila tak berjaya mula rasa down sekejap.
Selama dalam mencuba dan terus mencuba, shida banyak perbaiki beberapa part dalam blog termasuk cara penulisan yang lebih baik, bukan hanya menulis kosong. Kiranya sambil nak menulis sambil nak menyampaikan sesuatu nak berkongsi sesuatu. Alhamdulillah ada beberapa yang berjaya!
Eksperimen ni shida lakukan sendiri sehingga berjaya dalam 50 ke 70% sahaja bukan 100% lagi,Ya! shida masih mencuba korang. Bukan senang nak pikat GA (google adsense) shida cuba yang ke 10 kali baru berjaya itu pun, analisa dulu kelemahan blog dan perbaiki apa yang GA minta. Ada juga beberapa perkara atau kriteria yang GA mahukan dari sesebuah blog itu.
Nak bahas lebih lanjut bukan kepakaran shida juga, tapi ada beberapa golongan yang sudi bantu shida dalam menasihati, memberi komen dan memberi idea untuk lulus adsense. Terima kasih kepada golongan tersebut yang sudi membantu dan melayan segala pertanyaan shida.
Kalau korang perasan la sepanjang shida aktif banyak perubahan blog yang shida lakukan, dari menggunakan templated baru, header baru shida juga menggunakan domain baru. Ini salah satu analisa yang shida buat dalam pemerhatian shida selama setahun yang domain lama memang mempunyai masalah sehinggakan GA tak pandang langsung hahaha 😂😂
Selepas penukaran domain baru ada beberapa respon yang GA beri dimana mereka meminta shida untuk perbaiki blog dahulu dan ada juga beberapa tips yang disediakan oleh GA untuk lulus. Sebenarnya padan muka untuk diri sendiri sebabnya lama sangat tinggalkan blog sejak 2015 hingga 2019. Sekarang banyak masalahnya, tapi syukur dapat diselesaikan dengan baik satu persatu.
Okay shida nak tanya juga, ada beberapa perkara yang shida agak buntu nak buat, almaklumlah masih baru dalam GA so nak sedikit nasihat dan respon dari korang jika ada apa-apa lagi yang shida perlu buat atau pun yang perlu shida perbaiki lagi dalam blog ni. Oh ya! shida ada masalah dalam nak setup ads.txt tu tak berapa faham. Jika ada sesiapa sudi bantu boleh masangger shida ya (bantuan berbayar pun boleh) 😁. Terima kasih korang sudi membaca bebelan shida ini.
49 comments
Alamakk skrg ni nak ltak GA mmg ssh eh? K ret x igt camne bole letak dl? Rs kena tanya sis lin balik ni.. 😅
ReplyDeletesebenarnya xsusah depa kate sng tp bergantung cara GA tu menilai blog kite..shida ni dulu byk link broken dalam html..tu yg tukaq habis semua..Alhamdulillah selesai dah tahun ni..legaaa :)
Deletebestnya adsense dah lulus. tahniah sis :)
ReplyDeleteALhamdulillah..lega..duk risau byk tahun asyik xlepas ^_^
DeleteSaya datang pagi ni tak nampak plak iklan. Ada nanti saya klik klik ye
ReplyDeleteTerima kasih sal 💕
DeleteOk dah ada. Klik klik. Moga murah rezeki
DeleteTahniah kak,
ReplyDeleteads,txt tu kak boleh tengok tutorial ini
https://www.youtube.com/watch?v=kqT01KuOVg8
semoga selesai masalah akak.. :)
Alhamdulillah selesai naim. Terima kasih.
DeleteTahniah shida!!! teruskan usaha ye
ReplyDeleteterima kasih kak mim :)
DeleteSudah nampak iklan. Tahniah.
ReplyDeleteHarap nanti ada yang dapat membantu.
terima kasih NA :)
DeleteAlhamdulillah lulus jugak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih nina 😊
DeleteTahniah...
ReplyDeleteTerima kasih as 😊
DeleteAlhamdulillah shida.. Tahniah..
ReplyDeleteKalau ada masalah pasal blog.. Google adsense boleh email sy.. Nak PM di fb pun boleh.. sy tolong mana yg mampu..
Alhamdulillah..terima kasih nurul sudi nk bantu saya..Jika ada apa2 saya akan pm kat fb nurul.
DeleteTahniahh iklan dah ada
ReplyDeleteAlhamdulillah..rabia terima kasih..
DeleteUncle tak layak... sebab teks pendek sangat... huhuhu
ReplyDeleteUncle cuba teks pnjg pula 😊😊
DeleteAlhamdulillah, tahniah Shida kerana berjaya dapatkan adsense nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih.
DeleteAlhamdulillah..tahniah Shida. Seronok dengar ramai dah lulus Adsense.
ReplyDeleteItu lah, tp shida ni mkn tahun juga 😂
DeleteAlhamdulillah. Syukur. Tahniah. Apa yang PC tau GA dengan Nuffnang macam satu persaingan. Kena cuba satu persatu dan setuju dengan cara Shida, rujuk pada blogger-blogger lain. PC pun sebelum ni sanngkut juga GA lepas tukar dr blogspot ke dot com rupanya tak ada robot tax kalau tak silap masa tu.
ReplyDeletePening juga sebenarnya..dgn GA ni..apa2 pun tahniah PC..
DeleteTahniah, Shida. Usaha gigih, tak putus asa, akhirnya berjaya. Nuffnang pun ada, adsense pun ada, ye. Dulu saya banyak refer youtube camana nak letak skrip iklan. Sekarang dah lupa. Nampak blogger Naim ada bagi link youtube juga di atas. Semoga berjaya. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai dah..tq nur 😊
DeleteTahniah kak shida! Dah lulus dahhh :D
ReplyDeleteAlhamdulillah AN 😊
DeleteAlhamdulillah tahniah :)
ReplyDeletefaham perasaan happy tu bila da approved google adsense..
Yaa eina..so happy..bertahun bersabar ni 😂😁
DeleteSelamat ya sudah diterima Google Adsense-nya.
ReplyDeleteIyah! terima kasih :)
DeleteTahniah.
ReplyDeleteTerima kasih <3
DeleteWow Tahniah kak!
ReplyDeleteterima kasih yanie :)
DeleteTahniah kak, tahun-tahun awal pandemi kemarin memang agak sulit menembus GA, mungkin karena sebagian admin GA harus WFH. Semoga berjaye, kak.. ^_^
ReplyDeleteerk? baru lulus? sebelum ni takda GA ka nda perasan pula hhahaha
ReplyDeleteohhh shida pun pernah krik krik berblog jugak rupanya hehehe. sy hari stop dari 2017 sampai 2019, 2020 aktif sikit2 macam sekarang hehehe pernah terfikir untuk tinggalkan dunia blog ni tapi rasa sayang pula
tahniah shida.. dah menari2 dah ad adsense ni. tapi mama minta maaf mama pun xpandai pasal adsense. ramai yg tolong utk blog mama tu
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Shida. samalah kita selepas lebih 10 kali baru mendapat. ads.txt tu yang letak kat head ke? lupa dah. tapi GA skarang dah auto Shida. letak satu je dah boleh auto ada kat semua tempat.
ReplyDeletetu la tu kan, fiza.
Deleteda mcm auto. merata kekadang, alhamdulillah.
aida pun bukan nyer reti setting. tapi nampak ada iklan, bersyukur.
Alhamdulillah.. Tahniah Shida..
ReplyDeletedone klik iklan dia.. hehehe
tahniah :)
ReplyDeletenanti kita klik klik ye.
tahniah tau! lps ni nmpk nya kenalah extra rajin berblog jgn jd mcm sy 😆😆😆
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.