Sambal Bilis Pedas by D' Sambal Licious

by - 22:00:00

Sambal Bilis Pedas by D' Sambal Licious | Alhamdulillah setelah beberapa hari Giveaway dari Blogger Fairus tamat dan tiada rezeki untuk menang, shida terus buka shopee untuk membeli dan merasainya sendiri. Boleh dikatakan shida ni peminat sambal, dari bau dan warna shida dan boleh teka rasanya sedap atau tidak haaaa. hebatkan? hahaha taklah gurau jer! 

Dah beberapa hari sampai 3 hari yang lepas baru shida sempat merasai Sambal Bilis Pedas dari Fairus ni. Dengan sambal bilis ni sesuai dimakan dengan pelbagai menu dengan bersahaja korang. Makan dengan roti canai boleh, roti kosong boleh, nasi kosong boleh, nasi goreng boleh, bihun ke kuetiau ke mee ke semua boleh, kira sambal ni serba serbi boleh saja.

Sambal keluaran D' Sambal Licious ni ada dua jenis sambal iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas. Jadi bagi peminat petai boleh cuba yang ada petai bagi bukan peminat petai macam shida ni boleh ambil yang original sambal bilis pedas sahaja. Dari segi harga juga berbeza ya! yang petai lebih mahal dari yang original. 

SAMBAL BILIS PEDAS RM 12.00

SAMBAL PETAI BILIS PEDAS RM 14.00

Harga amat berpatutan bagi shida dan ofcos yang petai lebih mahal dan harus mahal sebab petai sekarang pun dah mahal korang! seikat RM10! pun boleh dapat beberapa biji saja seikat tu kan. Jika menggunakan ikan bilis yang berkualiti dan packaging seperti itu pula memang cukup murah untuk harga sebotol sambal bilis itu.

Dah grab sebotol nampaknya kena grab lagi sebotol la nampak gaya hahahaa. Alhamdulillah tak rugi beli sambalnya sedap dan pedas korang! Masa dapat tu shida buka parcel dan lihat sambalnya merah likat ermm tak sabar nak cuba korang! bagi shida korang patut cuba juga highly recommended!

Setakat ni shida dah makan sambal bilis pedas ni bersama nasi putih, nasi goreng dan bihun goreng yaa ampun sedap! cuma pedas dia boleh tahan pedas sebab shida ni tak berapa makan pedas sangat tapi kalau dah sedap balun saja! So kalau korang berminat nak rasa boleh je pergi ke link shopee yangs hida sertakan dibawah ya. Thanks Fairus atas produk yang berjaya! dah boleh tambah produk baru pula :)

D' Sambal Licious at Shopee


You May Also Like

38 comments

  1. Alamakk nampak menarik ni.. Nampak gaya kita pun nak juga order la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha selamat dah order... dah otw tu, x sabar plak nak rasa :D

      Delete
    2. haa nanti boleh review ok ke x sambal ni :)

      Delete
  2. wahhh! macam nak beli gak. tp tunggu ada duit lebih.huhu

    ReplyDelete
  3. Bila ada sambal ready made ni jadi tambah selera makan. Boleh makan dengan pelbagai jenis makanan tu memudahkan kerja penyediaan makanan juga, kan. Kalau pedas pedas ni memang suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza! ade yg instant mudah sgt..xperlu msk teruk2 hehee

      Delete
  4. Boleh tahan pedas eh kak shida? Kita macam nak try tapi pedas sangat takut perut meragam >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau AN mmg xmkn pedas lgsg..lebih baik jgn mkn la..kang sakit perut pulak..

      Delete
  5. Tahniahh kak
    Sedapp mkn dgn nasi tuu

    ReplyDelete
  6. Hehe Shida terus beli. Ingat hendak suruh Fairus COD nanti. Hehe tapi belum tanya dia duduk mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah niat terus beli je nnt lupa terus heheee

      Delete
  7. Wah.. menarik betul sambalnya..

    ReplyDelete
  8. sedapnya sambal bilis.. mkn ngn ns panas2.. fuhh

    ReplyDelete
  9. Berbaloi beli, dapat rasa sambal sedap!

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap je sambal tu. Harga pun tak mahal.

    ReplyDelete
  11. tu la. teringin jgk nk cuba. tp klau dlm shopee mcm takde postage ke sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..kalau mcm tu boleh PM fairus..minta dia pos personal..xperlu melalui shopee..

      Delete
  12. Nanti nak try la.. kite suka pedas pedas ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa jgn lupa beli ye..klik link shopee yg saya backlink kan tu..

      Delete
  13. Terima kasih kerana sudi membeli produk keluaran keluarga saya. Nanti dah habis, belilah lagi. Hehe

    ReplyDelete
  14. sambal sambal gini memang berhantu n buat menambah nasi. Lagi2 kalau cukup rasa dan kena dengan tekak kita.

    ReplyDelete
  15. Kalau peminat sambal kata sedap means betul sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemon sal! awak pun kena cuba okay heheee ^_^

      Delete
  16. Fuhhhh, sy pun x menang haritu ... nak try la jugak nanti.. beli kt Shopee . Menyelerakan gituuu!

    ReplyDelete
  17. Wah menarik juga ni!!! At least makan nasi hangat dengan sambal ni bersama telur atau ikan bilis saja pun dah perghhh... Mesti sedap!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.