Resepi Bubur Jagung Bersama Sagu
Dalam Fasa 2 total lockdown ni dah hampir seminggu berlalu, aktiviti memasak shida berjalan seperti biasa sekiranya shida larat masak lah hahaa. Bukan apa, penat berniaga balik nak masak tu shida merenung dulu dapur, fikir apa nak masak. Menu ni daha 3 hari lepas berlalu, dah 6 hari baru berjaya keluar satu menu luncheon 😁
Tak tahu kenapa, dalam 2 3 harini duk teringat jagung dan teringin nak buat dan masak bubur jagung. Lepas pesan En. Husben pi market ambil sayur belikan 2 tongkol jagung manis. Selepas dua hari baru shida masak jagung ni buat bubur bersama sagu.
Menu lockdown shida kelmarin, Daging Paprik Thai, Telur Dadar & Bubur Jagung Bersama Sagu. Menambah-nambah pula makan menu ni dengan nasi panas-panas. Bubur jagung ini pula adalah kali pertama shida cuba masak, resepi tanya mak saja kalau resepi dari mak ni selalunya campak-campak jadi kita pun confius hahaa. Rupanya senang saja buatnya korang, jom masak bubur jagung.
Resepi Bubur Jagung Bersama Sagu.
BAHAN - BAHANNYA :
- 2 tongkol jagung siap kopek biji jagung (cuci bersih)
- Santan kotak 200ml
- Air 400ml atau guna kotak santan yang sama (dua kali)
- Satu senduk besar gula
- Satu senduk kecil sagu
- Sedikit garam
- Dua helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk yangs sesuai, masukkan jagung dan air, kita reneh dulu jagung supaya lembut. Bila jagung dah sedikit lembut masukkan pula santan dan kacau santan jangan bagi santan pecah ya.
- Sambil kacau-kacau santan tu boleh masukkan daun pandan, gula dan garam. Kacau-kacau rata jika nampak pekat korang boleh tambah air sedikit demi sedikit ya sehingga kuah jadi kurang pekat seperti yang korang nak.
- Akhir sekali masukkan sagu, kacau-kacau rata kuah sehingga sagu mengembang dan jadi jernih. Korang boleh rasa jika manis kuah dan seperti yang korang nak boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Untuk 2 tongkol jagung ni boleh makan dalam 4 ke 5 orang makan ya. Selamat Mencuba.
43 comments
Sedapnya bubur jagung tu.Lama betul Syu tak makan.
ReplyDeleteBoleh la lepas ni syu cuba msk pula 😁
DeleteMerecik betul tengok. 😋
ReplyDeleteHeheeee boleh cuba BK resepi sedia sedia dah ni..
Deletelama gak tak merasa bubur jagung. PKP3.0 ni rasanya makin sibuk, nak memasak sendiri pon tak sempat..
ReplyDeleteFood delivery skg byk afeez..blh cuba lepas ni jika sbuk.
DeleteSedapnya. Ya Allah. PC memang suka bubur-bubur ni. Memang suka sangat atau sebab dari kecik mama dan biasakan dengan buburbubur ni.
ReplyDeleteOhh yeke..kalau berjiran blh kirim skit kat pc heheee
DeleteBiasa dapat makan bubur jagung bila ada kursus di hotel je.. hehe.
ReplyDeleteHahaaa serius la fairus 😂😂
Deleteaduiii... sedap lak tengok bubur jagung ni
ReplyDeleteResepi dah ade..blh buat hehee
DeleteSally campur dengan kacang hijau kak haritu...hehehehe...sedap jugak!
ReplyDeleteSerius laa sally..menariknya..blh cuba
Deletesuka suka he hee
ReplyDeleteBoleh mama cuba buat juga mesti sedap kn
DeleteAdoii menggodanya bubur jagung tuuu, kita memang suka bubur bubur ni, eeii dah lama tak makannnnn.
ReplyDeleteBoleh la AN cuba msk..simple je step diaa heheee
Deletesedapnya..bila ada jagung, selalu rebus atau buat cucur..
ReplyDeleteNak cuba jugalah buat cucur..mcm sedap je..
Deleteada nampak org jual Jagung hri tu, ok.. boleh cuba resepi ni nanti..
ReplyDeleteSila kn encik 😁😁
Deletenyummm sedapnyaaaaa
ReplyDeleteYummiesss 😋😋
DeleteMy favv bubur jagung
ReplyDeleteBoleh la cuba nnt rabia
Deletesedapnya. mama suka makan suam2
ReplyDeleteBetul mama..suam2 dgn jagung yg maniss..sedap
DeleteAdui! Feveret uncle ni... takde sagu on onz!
ReplyDeleteKosong pn ok onzzz hehee
Deletene feveret kita jugakkkk.
ReplyDeleteYeayyy..
DeleteFavorite ni thank you share resepi
ReplyDeleteSama2 phean😊😊
DeleteBila rasa teringin memang rajin terus memasak. Sedap menu Shida masak. Kalau tak larat, lauk simple simple pun sedap dah.
ReplyDeletesedapnya, shida.
ReplyDeletesgt sedap!
bahan ada. tapi aida x brape rajin these few days :) ha ha ha...
masak yg utama aje.
hmm, nak coba buat ah.. terima kasih recipe bubur jagung sagunya, kak Shida..
ReplyDeletemenarik, boleh cuba kak.
ReplyDeletewell that look tasty!
ReplyDeleteuiiihhh dpt mkn te ujan mmg syok ni😊
ReplyDeleteSedapnya bubur jagung dengan sagu.. Buat menu minum petang pun best nie..
ReplyDeleteLama tidak makan.
ReplyDeleteWah sedap ni! Lama tak layan!
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.