Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Ambil Tahu, Barulah Mudah Faham!
Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Ambil Tahu, Barulah Mudah Faham! | Hah! mana boleh cerita satu side saja, kena ada dua-dua side barulah fair and square kan hahaa 😄 Semalam kita up tentang memahami pasangan kita si lelaki, jadi harini kita cerita sikit rahsia seorang wanita yang lelaki perlu tahu untuk memahami dirinya. Para lelaki sila ambil peduli ya!
Mungkin korang boleh baca juga 10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami.
Bab rahsia, ini memang kepakaran wanita memang dia simpan sehingga rapi, adakala dia nak berkongsi adalah dia rasa untuk dirahsiakan memang akan pendam tampa diketahui, sungguh rumit. Tetapi lelaki yang berjaya peduli dan ambil tahu tentang pasangannya pastinya akan membantu untuk meningkatkan rasa kasih sayang dalam sesebuah perhubungan.
PENYAYANG : Selain penampilan, wanita sukakan lelaki yang lebih penyayang dalam dirinya. Bagi wanita lelaki yang penyayang akan membawa kebahagian ke Jannah. Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang melindungi dan memberi perhatian sepenuhnya pada pasangan. Sebagai contoh membuka pintu kereta untuk pasangan, nampak remeh tapi impaknya besar bagi wanita.
PENAMPILAN : Untuk menjadi yang terbaik dan nampak macho tak perlu jadi maskulin pun. Cukup sekadar menjaga penampilan seperti sentiasa memakai deadoran, si dia amat menyukai lelaki yang suka berwangi-wangian. Menjaga penampilan rambut dan kuku sentiasa kemas dan rapi.
KEJUJURAN : Jika si lelaki melakukan kesilapan, hendaklah lebih baik berterus-terang. Melakukan kesilapan dalam perhubungan itu adalah normal kerana memang pada hakikatnya tiada manusia yang sempurna. Tetapi adalah yang lebih penting si lelaki sedar akan kesilapan, perbetulkan kesilapan itu dan tidak mengulanginya lagi. Senang kata wanita pantang lelaki yang tidak jujur dan mudah juga memaafkan.
JANGAN SEKADAR MENDENGAR : Jika dia meluahkan perasaan tentang perkara buruk yang terjadi kepadanya cuba untuk mendengar dan menyelesaikan dengan memberi beberapa cadangan dan nasihat yang berguna. Jangan sekadar diam, angguk dan tidak melakukan apa-apa, kemungkinan besar si dia tidak akan mahu berkongsi lagi masalahnya.
PUJI & TERUS MEMUJI : Ada masanya cinta tidak perlu dilafazkan, hanya dengan sedikit pujian si lelaki kepada pasangan boleh membuat si dia terus senyum dan senyum. Pujian boleh dibuat dengan banyak perkara seperti penampilannya, masakannya dan banyak lagi. Jangan pernah bosan untuk memuji si dia dan pastikan pujian ikhlas dari hati.
PANDANG TEPAT KE MATANYA : Orang kata dari mata turun ke hati. Jadi apabila berbual dan bersama si dia pastikan si lelaki cuba untuk memandang ke matanya. Mungkin ia nampak remah tetapi ia sebenarnya mampu mengeratkan hubungan kalian.
ROMANTIS : Sikap romantik pasti akan dapat menghangatkan sesebuah perhubungan . Sebagai contoh wanita suka berpegangan tangan bersama pasangannya ketika berjalan, membuat kejutan dan memberi hadiah bersempena hari bahagia dan diucapkan kata-kata romantis sebelum tidur, pastinya dapat membuat hati si dia berbunga-bunga dan bahagia.
BERIKAN RUANG & MASA : Seandainya .si dia mahu berbincang sesuatu dengan anda, berikan masa dan luangkan masa anda. Jangan cuba mengelak dan memberi alasan kerana seorang wanita biasanya tidak akan berasa selesa untuk berbincang mengenainya untuk kali ke dua.
BERTAHAN : Wanita bertahan hanya kepada wanita yang setia pada pasangannya (suami). Mungkin bertahan wanita ini tidak sama seperti lelaki sehingga ia sanggup bersama bertahan dengan pasangan sehingga hujung nyawa bersama pasangannya dalam apa jua rintangan dan dugaan yang dtempuhi. Ini orang panggil mahu sehidup semati.
RAHSIA SEBENAR : Ini part yang paling best! Kebiasaan wanita jika dia kata "taknak" sebenarnya dia "nak". Sekiranya wanita merajuk dia akan kata "tak merajuk" tapi muncung sedepa tu, sebenarnya dia merajuk dan haruslah dipujuk. Kalau dia nak masak, jangan sesekali ajak makan luar pula tiba-tiba kerana kemungkinan dia beria-ria nak masakan menu kegemaran pasangannya. Paling menarik, wanita suka kalau dapat text massage dari pasangan dia menyatakan rindu, i love u, sayang dan sebagainya, ia boleh merubah mood bunga-bunga secara tiba-tiba.
Jika nak disenaraikan memang banyak rahsia-rahsia yang perlu di ambil peduli tapi cukuplah setakat ini sahaja lain-lain tu para lelaki cari sendiri ya 😁 Sememangnya lelaki dan wanita diciptakan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya pasangan lebih memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Sekiranya lelaki tahu, wanita itu diciptakan dengan indah dan unik sekali. Disebalik air mata yang tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki merasa selamat bersamanya. Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah untuk kekal berkomunikasi.
36 comments
hahhaha kadang pompuan ni ngada kan :p
ReplyDeleteHahaaa betula tu kak ret..
DeleteSesuai untuk suami memahami sang isteri.
ReplyDeleteTepat sekali NA 👍
DeleteKomunikasi dan sama-sama jaga agama. In Shaa Allah baik-baik sahaja.
ReplyDeleteBetul PC, setuju 👍
DeleteRahsia yang bukan lagi rahsia ni. Harap lelaki faham dan hadam :)
ReplyDeleteKannn kak fiza kann hahaha, mohon faham dan hadam :D
DeleteHadam tu memang hadam tapi nak buat faham tu tak tahu lah. hihi..lumrah :)
DeleteBetul fiza..lelaki susah nk hadam..tp kalau kdg2 tu dia okay mean dia phm kita la tu hehee
DeleteTq for tip ni
ReplyDeleteSama2 rabia 😁
DeleteKunci utama, kena sentiasa cuba memahami kan ....
ReplyDeletebetul kak farrah :)
DeleteSelalunya lelaki buat-buat tak faham.
ReplyDeletehahahaa,depa egois kak Amie ^_^
Deletebenda simple watpe nk remeh remeh kan betul x kak..hahaaa
ReplyDeletebetul..betul..betul..heheee
Deletelaki pompuan sama komplikated je
ReplyDeletebetul kalau memasing keras kepala ^_^ kn kak yan..
DeleteKadang2 perasaan tu on off tp yg pasti kejap gadoh kejap ok 😂
ReplyDeletegaduh ni selalu kalau laki suka buat tengin..pastu buat benda kita xsuke kan heheeee
DeletePandang tepat ke mata? Itu uncle takut!
ReplyDeletehahahahahaaa..kemon uncle..org lama kot^^
DeleteKadang diri sendiri ponn xthu diri ni macam mana.hahaha
ReplyDeleteCuba tnya si suami mesti dia tahu hehee =)
Deletesebagai seorang wanita sy sendiri pun nda paham diri sy hahaha
ReplyDeletemacam mana tu shida??
Aduhai..kenapa smpai mcm tu? hahaaaa :D
DeleteOooo begitu rupanya..
ReplyDeletehehehehehe ^_^
DeleteWanita ini makhluk paling misteri kata lelaki..
ReplyDeleteHahaha.. kadang iya juga..
betul setuju, kejap2 mcm ni..kejap2 mcm tu..aduhai~
DeleteKalau perempuan diam karena marah, hendaklah dibujuk.. Hehehe.. Saya paling senang bila suami pulang bekerja dia bawa jajanan kesukaan macam kue, atau sekedar kopi.
ReplyDeletewanita ni suka ckp berkias hahahah
ReplyDeleteplus... ambil berat hal2 yg kecil. sbb pompuan rs dihargai kalau lelaki fokus kt perkara mcm ni😊
ReplyDeleteFahamilah hati wanita...Cuma kadang kadang tak faham jugak dengan diri sendirik..HAHAHA
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.