Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021

by - 00:30:00

 

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021 | Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu - 1 Mei 2021. Bila tengok tagline yang dah viral ni, memang sungguhlah dah setahun lebih kita mengharungi covid19 ini dengan kesabaran dan pelbagai musibah yang menimpa sepanjang kita mengharunginya. 

Sepanjang pendamik covid19 ini memang ada insan-insan terdekat yang terkesan dengan wabak ini, ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan pekerjaan dan ada juga ahli keluarga yang menjadi sebahagian daripada barisan hadapan. Jadi memang tepatlah tagline tersebut "Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu.

Dalam perjalanan menjalani pendamik ini, banyak perubahan yang ketara berlaku dalam kehidupan kita, ada yang positif dan ada juga yang negetif. Agaknya sampai bila ya kita nak hidup bersama covid19 yang tak habis-habis. Gelombang kes sentiasa ada, bilangan kes setiap hari semakin naik. 

Apa yang peranan kita untuk menentang virus covid19 ini? Ya! patuh lah SOP memang ramai je dah tak endah dan tak patuh sebenarnya. Yang ada kesedaran teruskan patuh, moga kita semua dilindungan Allah swt. Harini sabtu jatuhnya 1 Mei 2021, Pusat Tuisyen tutup sehari dan akan beroperasi semula pada esoknya hari ahad 2 Mei 2021. Walaupun harini cuti tapi petang sat lagi tetap berniaga demi membantu emak dan adik shida. 

Alhamdulillah, walaupun penat tapi penat yang sangat menggembirakan, kenapa gembira? gembira dapat jual lauk pauk fresh untuk orang-orang yang datang membeli. Kebanyakan yang datang membeli semua sebahagian dari barisan hadapan yang tak sempat memasak kerana bertugas sehingga malam. Bila bertanya "tak sempat masak shida, kerja hari ni" sebegitulah hari-hari.

Seronok dapat bantu orang dan secara tak langsung orang bantu kita juga. Biasa kalau lauk tak habis tu kan shida pack-pack bagi lah dekat jiran-jiran yang berniaga bersama. Tak lah membazir buang macam tu saja. Esoknya masak lauk baru, hari-hari lauk baru dan berbeza-beza menunya. Alhamdulillah syukur seadanya! Selamat hari pekerja korang! Selamat bercuti dan beristirehat ya 😀


You May Also Like

49 comments

  1. Salam hari pekerja shida😁😁

    ReplyDelete
  2. selamat hari pekerja., mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki jual beri manfaat pada orang lain. Penat menyeronokkan takpe jangan penat sakit pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah NA :)
      doakan yg baik2 saja Amin :)

      Delete
  4. Selamat hari pekerja juga buat puan.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari pekerja kak shida!
    Alhamdulillah berbagi bagi makanan yang tak habis, tak dibuang gitu je.
    Macam sesetengah penjual saya ada ternampak, sanggup buang air yang tak habis dijual ke dalam longkang. Rasa bazir gila huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak elak pembaziran..dalam berniaga digalakkan bersedekah :)

      Delete
    2. Kannn, tak salah pun kalau berkongsi makanan yang tak habis tu dengan orang lain kan :)

      Delete
  6. Selamat menyambut hari pekerja Shida....

    ReplyDelete
  7. "Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu" ni tema tahun lepas (2020). Tema Hari Pekerja tahun ini (2021) ialah “Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat”.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari bekerja gak kak 😁

    Wah bestnyaaa kak. Nadya balik keje mmg xsempat masak. Kalau masak pon mesti jadi kelam kabut..wuu yang berada di barisan hadapan moga sehat selalu ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kitee tahun ni puasa..dapur bersih ^_^

      Delete
  9. syukur tgk orang masih dpt cuti. suami ena raya ni cuti beku lagi. redha jela. selamat hari pekerja 2021

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye Puan Ena, mudah mudahan rezeki awak dan keluarga lepas ni :)

      Delete
  10. kak, kad raya dah sampai tauuu :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari pekerja juga...

    jemput tengok ya shida.. https://www.mialiana.com/2021/05/dapat-kad-hari-raya-dan-kalendar-comel.html . terima kasih banyak-banyak tau!

    ReplyDelete
  12. selamat menyambut hari pekerja 2021 kepada semua..

    ReplyDelete
  13. Selamat hari pekerja Shida..

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Pekerja Shida..
    memang kena beradaptasi dengan situasi baru..
    Wah.. seronoknya berniaga lauk pauk.. Semoga perniagaan Shida dan keluarga diberkati dan dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  15. Selamat menyambut hari bekerja pada norma baharu terutama frontliner kita. semoga wabak ni cepat berlalu pergi...

    ReplyDelete
  16. Salam Shida. Kad raya dah sampai ye. Tq so much

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.