Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin | 2021 Raya PKP Lagi
Hai Korang! Ya Allah lamanya shida tak update blog ni korang! Sudah bersawang sangat ni. Ampun sangat korang! sepanjang bulan bulan Ramadhan yang lepas memang shida sibuk sehingga tak dapat nak tumpu pada blog. Bukan tak cuba untuk bahagikan masa dan ruang tapi memang tak boleh 😅
Okay dikesempatan ini shida nak Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, tak lupa juga kawan blogger dan pembaca blog shida ini. Entah ada ke tak pembaca lagi ni aduhaii!
Untuk raya kali ini Tahun 2021 kita masih Raya dalam PKP lagi korang. Ya kali ini langsung tak dapat merentas atau ke mana-mana. Jadi plan untuk balik ke kampung suami dan bercuti automatik dibatalkan serta merta hahaha. Sabar ajer lah! Ingat dapatlah berehat setelah berpenat lelah di bulan puasa kan. Hampaaa jua 😔
Berehat yang disangka seminggu diberi selama sebulan korang! Yerlah Pusat Tuisyen menerima arahan untuk tutup beroperasi bermula 10 Mei 2021 sehingga 6 Jun 2021. Aduhai! betul-betul dapat raya selama sebulan dekat rumah ni. Pelajar pun akan mula semula PDPR selepas cuti hari raya.
Di Bulan yang mulia ini, shida panjat doa semoga wabak covid19 ini hilang dimuka bumi kita, agar kita dapat kembali kehidupan kita yang normal. Sekarang buat sementara waktu kita teruskan dulu kehidupan kita dengan norma baharu dan patuh SOP yang disarankan MKN & KKM.
Baiklah korang! sungguhpun kita raya dalam suasana pkp lagi tapi kita haruslah meraikan keriangan hari raya ini atas kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu. Hari raya harus jua diraikan jangan bersedih ya mana yang tak dapat balik kampung, dah lama tak berjumpa dengan keluarga. Semoga satu hari nanti kita dapat merasa semua itu kembali, Amin!
28 comments
Selamat Hari Raya aidil fitri
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
Buat shidah sekeluarga
Betul itu juga kena sambut atas kemenangan sebulan berpuasa.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri.
Selamat hari raya maaf zahir batin kak 🌹❤
ReplyDeleteSelamat hari raya kak shida :)
ReplyDeleteSelamat hari raya k.shida😘.Kita ada buat contest raya, jemput join tau nanti😁
ReplyDeleteSalam lebaran 1442 H
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
tulaaa kak. busyyy betul tuu. selamat hari raya kak :)
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat hari raya Shida. maaf jika ada salah dan silap. Betul betul raya kat rumah je lah kita tahun ni.
ReplyDeleteRaya tetap boleh diraikan ikut syariat. Itu yang penting kan..
ReplyDeleteSelamat hari raya Shida.
Selamat Hari Raya, Shida..maaf zahir & batin..
ReplyDeleteamiin..semoga pandemik covid-19 cepat berlalu..
Selamat hari raya Shida. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri K.shida
ReplyDeleteMaaf zahir batin😉💕
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Shida sekeluarga... Walaupun kita beraya dalam keadaan pandemik yang semakin hari semakin membimbangkan, sama-samalah kita berdoa agar ianya akan berakhir dan kita boleh lalui kehidupan seperti dulu..
ReplyDeleteSelamat hari raya!
ReplyDeleteJom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.
https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html
selamat hari raya! walaupun pkp..sedih
ReplyDeleteSelamat hari raya Shida..
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri maaf zahr dan batin.
ReplyDeletesemoga terus bersemmangat untuk berkarya dalam blogging
selamat hari rayaaaa kak shida
ReplyDeleteselamat hari raya shida :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya untuk Shida sekeluarga
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak :)
ReplyDeleteSelamat hari raya untuk kak shida dan keluarga! :)
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin kalau ada salah silap.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Shida dan keluarga..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak Shida!!! Walaupun raya di rumah saja dan tiada ziarah menziarahi, yang penting semangat raya itu ada walau tak semeriah sebelum ini.
ReplyDeletewah bestnya raya.
ReplyDeleteskirt
baju budak lelaki
baju budak perempuan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.