Salam Jumaat Penuh Barakah

by - 08:00:00

Salam Jumaat Penuh Barakah | Salam Jumaat Penghulu Segala Hari, shida doakan kepada semua kawan-kawan yang membaca entri ini diberi kelancaran segala urusan pada hari ini. Amin! Sepanjang bulan mei ni banyak perkara-perkara yang menyedihkan berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kes covid19 juga ketika ini amat genting sehingga mencapai ke 8000 sehari.

Di kesempatan ini, shida mengucapkan Salam Takziah dan Al Fatihah (dibaca) kepada mereka yang pergi meninggalkan dunia kerana wabak covid19 tak kiralah yang kita kenal atau tidak kenal. Angka kematian juga sudah pun hampir mencecah 2500 kes kematian. Sangat sedih bila tengok kes kematian harian sangatlah banyak berbanding kes harian tahun lepas 2020.

Tak lupa juga shida ucapkan Salam takziah dan Al Fatihah (dibaca) kepada rakyat palestine yang kehilangan datuk, nenek, mak ayah, adik beradik dan sudara mara dalam serangan tentera israel ke atas bumi palestine. Sangat-sangat sebak melihat kehancuran bumi saudara seagama kita ini. Shida memang tak boleh tengok pasti teringat-teringat, marilah kita sama-sama berdoa agar mereka terus bebas dari kekejaman israel.

Untuk yang terakhir pula, Salam takziah kepada semua penumpang LRT Laluan Kelana Jaya dalam insiden pertembungan lrt. Macam-macam hal yang berlaku disekitar kita kan, cuma berharap kawan-kawan shida yang membaca hari ini sentiasa dilindungi Allah swt dan semoga semuanya baik-baik sahaja. 

So korang jangan lupa selalu beringat ketika berada diluar rumah, jaga dan patuh SOP. Jika tiada keperluan tak perlulah keluar rumah ya, walau sebenarnya dah rimas duduk rumah tetapi apakan daya. Sama-sama kita doakan semoga Allah swt mengangkat wabak virus ini dari muka bumi kita dan kita dapat jalani hidup normal kita seperti biasa, Amin! Take care korang!


You May Also Like

26 comments

  1. Amin.. amin ya Rabbal Alamin. Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  2. Semoga aman di sana. Variasi covid-19 di utara sangat menakutkan , stay safe kak

    ReplyDelete
  3. Banyak tragedi yang berlaku akhir akhir ni. Alfatihah buat mereka yang telah terkorban. Semoga pandemik ni akan cepat berakhir. Aaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza! kita doa yg baik ye. tq fiza :)

      Delete
  4. Walaupun tak terlibat dalam kemalangan lrt tu, tapi still rasa takut nak naik lrt g keje. Mujur WFH buat masa ini. Alfatihah buat mereka yang dah meninggalkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mesti mcm trauma kan..huhu take care sal!

      Delete
  5. Salam Jumaat Shida... jaga diri k n fmly k...

    ReplyDelete
  6. amin yarabbialamin , stay safe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stay safe too kak!

      tq follow blog shida :)
      dah follow back!

      Delete
  7. Doa banyak-banyak. Moga Allah perkenankan.

    ReplyDelete
  8. sedih tgk accident lrt tu. semoga tiada lagi bencana mcm ni

    ReplyDelete
  9. Macam-macam tragedi yang berlaku kebelakangan ini. Yang kejadian LRT tu, seram betul. Itu laluan yang memang Cik TK biasa guna hari-hari ulang alik kerja. Moga mereka yang terlibat cepat sembuh...

    ReplyDelete
  10. Aamiin.. Aamiin ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete
  11. beberapa hari lps insiden tu sy naik lrt. gerabak baru. yp kelajuan dia meningkat. plg skt hati speaker dia punya laa kuat nk pecah gegendang dibuatnya..
    semoga keadilan berpihak kpd mangsa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.