Tips Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Tips Berpuasa Di Bulan Ramadhan | Dalam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan ini, mampukah kita menjalani dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Ingat ya! bulan puasa ini adalah untuk kita belajar menginsafi, belajar berjimat-cermat dan juga belajar bersyukur, dalam erti kata melatih diri dari bersederhana dalam segala segi.
Syukur sangat! hari puasa pertama shida dapat menjalani ibadah dengan cukup sempurna kerana puasa pertama jatuhnya pada hari shida cuti iaitu hari selasa bersamaan 1 Ramadhan. Disebabkan cuti, husben dah pun request untuk sahur nanti nak makan apa. Disebabkan husben bekerja pada awal pagi maka sahur nanti kena masak nasi dan lauk.
Di bulan puasa kita kena tahu cara kita mengawal perbelanjaan, pemakanan dan kesihatan. Ini ada beberapa tips yang boleh korang jadikan panduan ketika berpuasa di bulan ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan berpuasa.
Minum Air Kosong
Banyakkan minum air terutama air kosong ia membantu dalam proses nyahtoksin (detoxification) atau pembuangan toksin yang terkumpul semasa berpuasa. Mulakan dengan pengambilan segelas air mineral atau air kosong sebelum mengambil apa-apa hidangan.
Bersahur dengan Makanan yang Berkhasiat
Makanlah makanan yang berkhasiat secara sederhana tetapi mencukupi supaya dapat memberi tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Anda disarankan memakan sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan rasa lapar dan juga baik untuk kesihatan anda.
Buah Kurma bukan sahaja penuh dengan sumber tenaga, vitamin, mineral malah dapat membantu mengelakkan sembelit. Buah kurma merupakan makanan yang digalakan untuk berbuka puasa. Selain itu, buah kurma juga akan membuat perut terasa kenyang dengan lebih cepat. Oleh itu, kita dapat mengawal dan mengelak memakan secara berlebihan ketika berbuka puasa.
Tidur yang Cukup
Tidur yang cukup adalah amat penting. Pilih menu yang dapat disediakan dengan lebih cepat dan sihat misalnya oatmeal, susu dan buah. Proses untuk menyiapkannya sanagt mudah, ia akan membantu anda menjimatkan masa dan memperolehi masa tidur yang mencukupi semasa berpuasa. Gangguan dan kurang masa tidur juga akan menjejaskan kesihatan anda.
Lewatkan Makan Makanan Berat
Lewatkan memakan makanan berat iaitu selepas solat maghrib. Berbuka puasa dengan terus memakan makan berat hakikatnya menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan. Dengan berbuka secara ringkas anda akan merasa kenyang dan kurang mengambil makanan berat selepas solat maghrib.
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan ketika bersahur kerana ia membantu anda mudah lawas, membekalkan air secara semula jadi dan mencukup nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.
Elakkan Minum Minuman Berkafein
Kafein merupakan sejenis deuritik, Deuritik mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pengeluran air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahidratan dan menyebabkan anda mudah terasa lapar.
Semasa berpuasa, minuman berkafein seperti teh, kopi, coklat dan soda adalah amat tidak digalakkan sama sekali. Elakkan meminum teh ketika bersahur kerana ia menggalakkan pengeluaran air dalam badan dan anda akan berasa cepat haus dan lesu sepanjang hari. Air yang sesuai diminum ketika bersahur adalah air kosong atau pun susu.
28 comments
good info
ReplyDeletetqq
tq shida.... good tips!!
ReplyDeleteAir masak, kurma dan buah tu semestinya. Tapi kdg terrrmakan berat lewat dan tidur pun tak berapa nak cukup. Thanks shida share tips
ReplyDeleteselamat berpuasa shida... semalam pn kakmim cuti jugak... sbb anak² pun semua cuti peristiwa.. so far so good.. anak² kakmim semua behave je semalam
ReplyDeleteselamat berpuasa kak shida. Terima kasih berkongsi tip. hehe. Ayaq teh dah lama kegemaran Naim hheh
ReplyDeleteselamat berpuasa kak shida
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian...akak semalam penat sikit sebab banyak urusan..lepas masak terus terlentang depan tv..merangkak rasanya...
ReplyDeleteMemang tidak elak minuman kafein ini.
ReplyDeleteBulan Ramadhan perasan kurang tidur.
puasa tahun ni saya berazam untuk tidak minum air manis. semalam berjaya, esok lusa tak tau la...
ReplyDeleteSetuju sangat! Lagi-lagi air kosong tu, memang kena lebihkan minum air kosong lepas berbuka..bagi cover balik tak cukup air waktu siang :)
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSalam Ramadhan
tq kak share tips ini!
ReplyDeleteInfo terbaik..selamat menjalani ibadah puasa kali ini
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya ni jenis yang tak kisah berpuasa. Saya boleh berpuasa tanpa rasa lapar sangat hingga nak berbuka puasa. Terkenang dulu, mak abah didik saya puasa sedari kecil lagi. Mungkin sebab tu, saya dah biasa dengan berpuasa.
ReplyDeleteyeh ada tips! tapi tips last xleh tinggal. first dayyy puasa try laaa xminum kopi terus tak bermayaaaa .. hahaha
ReplyDeleteGood tips kak shida! Thank youuu :)
ReplyDeleteAir kosong memang susah nak minum banyak. Kurma memang makan at least sebiji. Kafein pun tetap ambil sebab macam tak lengkap pula tak minum kopi. Lepas tu tanggung sendiri la bile tekak rasa kering.
ReplyDeletetips yang bagus.. Part tidur awal tu memang wajib, kalau tak penat jadinya.. hehehe
ReplyDeletesyukran for sharing...
ReplyDeleteWFH ni baru merasa dapat tidur cukup. Hehe. Makanan berat tu x boleh elak la sebab saya underweight. Lapar so kena makn nasi terus
ReplyDeleteTips yang sangat berguna. Selamat berpuasa, Shida.
ReplyDeleteyg penting skali, air minum secukupnya kan :)
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu... cara sy, kurma tu sy mkn both, masa berbuka dan sahur. Alhamdulillah bdn terasa sedikit bertenaga wpn mkn sebiji shj
ReplyDeleteTerima kasih tips-nya, kak..
ReplyDeleteterlupa beli stok sayur n buah hehe esokla beli
ReplyDeletetidur yang cukup tu susah mau dapat time bulan puasa ni sebab kena bangun awal main masak2 kahkah!
Bagus tips ni.. terima kasih pengkongsian ni
ReplyDeleteGood info kak. Semoga puasa kita diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Aamin. :)
ReplyDeletetq share ilmu yang berguna
ReplyDeletekencing manis
bengkung
kurus
persediaan bersalin
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.