Penyakit 3 Serangkai Kini Selesai - Eskayvie Phytax
Penyakit 3 Serangkai Kini Selesai - Eskayvie Phytax | Korang tahu tak, zaman sekarang ni zaman kita mudah mendapat penyakit. Salah satu penyakit yang popular di Malaysia adalah penyakit 3 serangkai ini. Korang tahu tak apa tu penyakit 3 serangkai? Umumnya penyakit 3 serangkai ini adalah penyakit kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung koronari.
Penyakit ini dikaitkan dengan faktor gaya hidup kita seharian yang tidak sihat. Jika penyakit ketiga-tiga ini tidak dirawat lebih awal boleh mengakibatkan serangan jantung. Tetapi jangan risau penyakit 3 serangkai ini boleh dicegah melalui gaya hidup yang sihat dan membuat rawatan kesihatan setahun sekali.
Individu yang berisiko menghadapi penyakit ini adalah mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan lewat malam, merokok dan tidur tidak menentu. Kita sepatutnya menitik beratkan tentang kesihatan dan permakanan kita seharian begitu juga aktiviti seharian yang dilakukan oleh kita.
Penyakit tiga serangkai ini selalu dikaitkan dengan diabetes mellitus iaitu gula tinggi, hypertension berkaitan dengan tekanan darah tinggi serta dyslipidaemia berkaitan kolestrol. Penyakit ini menjadi salah satu punca kematian yang paling tinggi di Malaysia tak kira lelaki mahupun perempuan.
Kini satu program Kawal Kencing Manis telah diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia untuk lebih sihat dan mengawal penyakit mereka. Program sebegini sememangnya bagus untuk mereka yang tidak dapat mengawal penyakit secara kendiri. Motivasi, jadual pemakanan serta rawatan secara online diberikan dalam program ini, menarik bukan?
Setiap Penyakit Ada Ubatnya..
Nabi menyatakan : "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga : "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua (mati)”
Jangan risau penyakit ini boleh dicegah jika melakukan langkah yang betul!
- Melakukan pemeriksaan awal
- Melakukan aktiviti outdoor atau bersenam
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang
- Mendapatkan tidur yang cukup
- Mengambil suplimen tambahan
- Menyertai program kesedaran atau bantuan kawalan penyakit ini
Ayah juga seorang penghidap penyakit Kencing Manis (Diabetes) & Darah Tinggi.
Bila tengok ayah sekarang memang kesian, semakin kurus sejak penyakitnya tidak terkawal. Berdasarkan pengalaman menjaga ayah dengan penyakit ini cuma ayah susah nak kawal pemakanan dia, sat-sat lapar saja, sampai satu masa terpaksa tahan dia dari makan secara berlebihan.
Lagi satu kalau minum minuman berkafein, bab ni pun ayah sukar nak kawal lagi-lagi bila minum 3 in 1 nescafe tu aduhai dia jadi ketagih lain macam. Sampai satu masa hari-hari nak minta minum itu sahaja. Naik pening dan susah hati lah mak bila ayah asyik minta nak minum minuman itu.
Setiap hari, ayah akan meminta bantuan untuk cucuk insulin dia,bab ni memang mak lemah dan kalah. Mak memang lemah sikit kalau bab cucuk cucuk ni. Akhirnya ayah cucuk sendiri sebab anak isteri dia penakut jarum. Ayah terpaksa mengambil insulin kerana gagal mengawal paras gulanya dan menyebabkan ayah terpaksa cucuk sendiri dirumah.
Sejak program kawal kencing manis wujud dan mengikuti program ini juga, ayah kini lebih sedar dan dapat mengawal paras gula sendiri. Sekarang jadual pemakanan dah ada, terus jadi senang nak urus. Kini ayah lebih sihat dari sebelumnya, lebih cergas dan bertenaga. Alhamdulillah, seronok tengok ayah sekarang.
Suka sangat makan makanan segera disebabkan pembuluh darah hampir pecah.
Makanan segera adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia yang paling mudah didapati pada bilabila saja dalam suasana kehidupan yang semakin sibuk ini. Rasanya yang enak membuatkan ramai yang tidak sedar bahawa ia tidak mempunyai sebarang kandungan nutrisi dan boleh membawa mudarat jika diambil tanpa kawalan dan secara berlebihan tanpa sokongan nutrisi yang diperlukan tubuh.
En Khamli adalah di antara pencinta makanan segera yang sejak muda telah menikmatinya tanpa mengira masa. Meskipun sudah disahkan menghidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun dahulu, En Khamli masih memandang remeh tentang penyakit yang dihidapinya. Bagi beliau, ia masih di peringkat awal dan tidak perlu risau kerana ia bukanlah sesuatu yang serius. Selain culas makan ubat, En Khamli juga sudah lama tidak membuat pemeriksaan doktor.
Memandangkan beliau masih tidak nampak kesannya, En Khamli masih terus mengamalkan gaya hidup sama seperti ketika muda. Selain sering tidur lewat, beliau sangat gemar makan makanan segera serta sukakan air minuman yang manis dan bergas.
Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba En Khamli rasakan dunia seakan terbalik. Semuanya berpusing dan beliau langsung tidak boleh berdiri kerana terasa seperti hendak jatuh. Beliau langsung tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu terbaring menanggung kesakitan di bahagian kepala dan bahu.
Rupa-rupanya, bacaan darah tinggi beliau melambung tinggi sehingga terpaksa dibawa ke hospital. Doktor menyatakan En Khamli bernasib baik kerana pembuluh darah beliau tidak pecah dan cepat mendapatkan rawatan. En Khamli terpaksa ditahan di wad bagi memastikan tekanan darah tinggi kembali stabil sebelum dibenarkan pulang.
Anak-anak yang risaukan keadaan ayah mereka telah memberikan suplemen Eskayvie Phytax untuk dicuba. Pada mulanya En Khamli agak marah kerana beliau tidak percaya kepada suplemen dan menganggap bahawa ia sebagai satu pembaziran kerana membeli produk yang mahal tetapi belum tentu memberi kesan. Beliau juga menganggap bahawa sakit adalah satu perkara biasa bagi orang yang sudah berumur dan tidak perlu membazir untuk mendapatkan ubat selain daripada apa yang doktor berikan.
Namun selepas pengambilan Eskayvie Phytax, En Khamli terasa perubahan yang ketara pada dirinya. Bacaan gula darah beliau yang dahulu tinggi mencapai 13 mmol/l kini turun kepada 6mmol/l. Tangan beliau yang sakit juga sudah mulai boleh diangkat walaupun masih belum sepenuhnya. Kini,badan beliau terasa sangat bertenaga dan sudah boleh melakukan kerja-kerja ringan harian. Apa yang lebih menggembirakan ialah bacaan tekanan darah beliau juga sudah stabil.
Setelah membuat pembacaan, barulah En Khamli tahu bahawa Eskayvie Phytax sebenarnya diformulasikan oleh seorang doktor perubatan yang dihasilkan dengan sukatan dan dos yang bersesuaian bagi pesakit kencing manis. Malah, doktor juga banyak berkongsi tentang amalan gaya hidup sihat yang perlu dilakukan bagi mengawal kencing manis untuk mengembalikan kesihatan kepada asal.
Kini, En Khamli semakin positif untuk menjalani kehidupan. Beliau juga mulai mengamalkan pemakanan yang sihat dengan sokongan suplemen Eskayvie Phytax serta melakukan senaman untuk memastikan kesihatan beliau sentiasa berada di tahap yang baik. En Khamli berasa sangat yakin bahawa pengambilan Eskayvie Phytax yang berterusan beserta nasihat kesihatan yang diterimanya akan membantu beliau menikmati kehidupan yang lebih bererti demi keluarga tersayang.
Namun begitu, suplemen turut mempunyai peranan yang amat penting dalam proses membaik pulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh untuk kembali pulih daripada penyakit kencing manis. Lebih-lebih lagi suplemen dengan gabungan fitonutrisi boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi kencing manis. Fitonutrisi di dalam manggis amat baik bagi menguatkan sistem imun badan, bertindak melawan sel kanser, mengembangkan salur darah dan amat baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular.
Bagi pesakit kencing manis, kesan anti-radang yang kuat ini sudah tentu dapat meredakan keradangan kronik yang wujud akibat permasalahan gula dan insulin yang tinggi. Manggis juga memiliki kesan merencatkan enzim Amylase yang menghadamkan kanji kepada gula. Kesan ini mampu mengurangkan penyerapan gula dari usus ke darah.
Dengan pengambilan Eskayvie Phytax ini ia juga dapat hilangkan kebas-kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan mengembalikan kesegaran serta bertenaga. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang untuk keluarga anda.
BONUS UNTUK ANDA! Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian dalam program Kawal Kencing Manis. Info lanjut boleh layari laman sesawang www.phytax.com.my.
Website : www.phytax.com.my
Website : www.kawalkencingmanis.com
https://www.facebook.com/eskayviemalaysia/
18 comments
penyakit 3 serangkai ni mmg bahaya sebab dah mcm biasa aje. sana sini org ada enyakit ni sebab tu kena jaga sgt2 kan
ReplyDeletealhamdulilah, kat rumah ni mmg ada produk ni.. :)
ReplyDeletePenyakit 3 serangkai ni pembunuh senyap. Tahu tahu dia dah bertapak. Semoga kita terus menjaga kesihatan kita. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.
ReplyDeleteSemoga menjadi asbab penyembuhan segala penyakit.
ReplyDeleteSemoga dijauhkan penyakit 3 serangkai ni. Kena rajin bersenam
ReplyDeletePenyakit tiga serangkai mmg ramai rakyat Malaysia kena kan kak. huhu. Good info to share kak.:)
ReplyDeleteBoleh cuba produk ni
ReplyDeletepenyakit tiga serangkai ni memang bahaya. pemakanan memang kena jaga
ReplyDeleteBagusnya jus ni..
ReplyDeletesemoga kita semua dihindarkan dari penyakit2 berbahaya
ReplyDeletemenarik. bolehhh suruh ibu nadyya beli ni :)
ReplyDeleteMenarik..
ReplyDeleteOh agaknya untuk yang belum ada penyskit ini boleh makan ke?
ReplyDeleteKita kena rajin buat pemeriksaan kesihatan berkala untuk tahu tahap kesihatan kita. Mudah kawal/ubati penyakit andai dapat dikesan dari awal.
ReplyDeleteAlmarhumah mama dan nenek saya dulu juga pengidap diabetes. Mama sakit diabetes karena keturunan, padahal beliau jarang makan atau minum yang manis. Mama juga pengidap hipertensi, dan beliau meninggal 5 tahun lalu karena serangan jantung, saat itu kondisi gula darahnya normal, dokter bilang 3 penyakit itu saling terhubung. Saya pun sangat menjaga makanan dan minuman agar tidak terkena diabetes
ReplyDeletemy grandma ambik ubat ni jg..Alhamdulillah terkawal
ReplyDeletepenyakit 3 serangkai ni x dinafikan byk dihidapi rakyat malaysia... sy rs masih krg kesedaran dlm masyarakat kita tentang bahaya penyakit ni..kdg dah amalkan gaya hidup sihat tp bab pemakanan masih ke laut...
ReplyDeleteseram ya penyakit 3 serangkai ni..
ReplyDeletealhamdulillah my mom sihat ja takda penyakit ni, mintak jauh janganla ada any of my family terkena
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.