Perodua Ativa Penuh Bergaya
Perodua Ativa Penuh Bergaya | Wah! dasyatnya kereta keluaran baru Perodua kali ni, semalam dapat wasap dari abang shida yang kerja perodua tu bagi gambar-gambar kereta perodua ativa ni. Menarik tertarik tengoknya, siap sakat kami adik beradik suruh memasing tukar kereta mana yang dah lama-lama tu hahaha. Mak pun mengacan abang shida, cakap nak beli kerera ativa ni, tukar dengan kenari lama mak tu hehee tapi guna akaun abang kahkah 😂😂
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang telah lama dinantikan sebagai Ativa telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua secara langsung menggunakan platform media sosial dengan pautan kepada laman mikro untuk pengalaman yang interaktif dan mengakses tanpa had oleh penonton untuk lebih maklumat tentang kenderaan ini.
Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, merintis kejayaan Perodua bagi gaya, keselamatan, teknologi, tahap dan nilai peralatan. Model kenderaan cekap tenaga (EEV) Perodua yang kelima ini mempunyai enjin turbo 1.0L tetapi prestasinya sama dengan 1.5L dengan kecekapan bahan api yang tinggi.
Perodua Ativa juga merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua dan model Perodua yang pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer (km) per liter (L).
Fuh! tengok dalaman dalam kereta Ativa ni buat shida rasa selesa, sejuk je mata memandang korang. Andai dapat sebiji seronok ni mau pakat tidoq dalam ni saja hahaaa. Berangan takpa kot noh! bukan nak sangat pun. Berzaman kalau nak memiliki dengan musim-musim covid ni haaa. Harga ativa ni pun boleh tahan juga bermula daripada RM61,500 bagi varian X atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, RM66,100 bagi varian H dan RM72,000 bagi varian AV utama.
43 comments
wahhh menarik jugak ni colour merah memang mengancam :)
ReplyDeleteBiru juga ta krg hebatnya 😊😊
Deletecantik cuma mahal sebab turbo
ReplyDeleteBetul tu 😊
Deletecantikkk
ReplyDeleteKan 😊
Deletememang bergaya betul produa Ativa ni. best kalau dapat satu SUV. Shida of courselah suka biru :)
ReplyDeleteHaaa kan..nasib xde pink hahahaa 🤭🤭
Deletecantik la biru tu kan. kereta ni mampu milik dan cantik
ReplyDeleteBetul yg wane biasa2 murah skit 😊😊
Deletecantik kan..dah la interest rendah..sama harga bayar kereta sekarang..alahaiiii
ReplyDeleteBetul tu..jika berbaloi blh la amik 1 hehee
DeleteSexy yang warna merah tu.
ReplyDeleteKan wow sgt kaler diaa 😊😊
DeleteCantiknya design dia.. Sha suka warna merah.. hehehe..
ReplyDeleteShida of cos biru heheee
DeleteCantik sungguh tapi tak terjangkau
ReplyDeleteBetul tu wak 😅😅
Deletemuaahall.. 😅
ReplyDeleteMahal sikit je wak heheee 🤭🤭
DeleteRupa macam Kenari saiz besar.
ReplyDeleteMemang cantik.
Kenari kontot NA hahaaa mak ade sebiji kenari 🤣🤣
Deleteoffice mate bising suh atie tukar ativa sbb nama Atie ni
ReplyDeleteHa.a lah Ati va hahahaa🤣
Deletebergetar tulang rusuk tengok gambar dia hahaha
ReplyDeleteHahahaa..sampi begitu ye syaz 🤣🤣
Deletekete ni nampak comel betul nii. hehe
ReplyDeleteMenarik kan..nmpak sporty..
Deletemmg mengancam... sy suka sgt yg merah tu... dpt sebijik perghhhh😆
ReplyDeleteMmg perghhh laaa hehee
DeleteKalau uncle pakai kereta ni sure nampak 10 tahun lebih muda! hehehe
ReplyDeleteYesszaaa unclee sila beli pastikan aunty disebelah yaaa hehee
Deletecantik. macam saiz haval. Tak tengok depan mata. Tp semalam nampak ig story orang share, cantik jugak
ReplyDeleteBetul naniey cantik juga kn 😊
DeleteLanje satu sis 😆
ReplyDeleteHahhaaa..abg laa lanjee syg 🤣🤣💕
DeleteHandsome giler kan..akak suka yang warna merah tu..nampak smart betul...tp tu la baru je beli bezza...aduiiii
ReplyDeleteXpe kak..bezza pun okay, mantep 👍
Deletecc mcm axia. cuma reka bentuk besar sikit. not bad tp kalau cc besar sikit lg mantap
ReplyDeleteBetul tu nina..cc besar skit ok dah tu.
Deletemampu tgk jela kak :)
ReplyDeleteKan huhuu
ReplyDeleteMengancam nampak! Nice!!!
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.