Nasi Goreng Bunga Kantan Bersama Ikan Bilis
Nasi Goreng Bunga Kantan Bersama Ikan Bilis | Pagi tadi shida terlebih rajin! sebabnya rasa semak sangat mata tengok bunga kantan duk berendam dalam bekas tak guna-guna tu haa. Daripada dia rosak macam tu je moh ler kita buat Nasi Goreng menggunakan bunga kantan ni. Apa yang shida suka buat nasi goreng versi ala-ala kerabu ni sebab bau (bunga kantan) dia sangat wangi.
Resepi asal ni sebenarnya dari adik shida yang bongsu tu, dia kalau bab mereka resepi bagi kat dia tapi rasanya semua sedap-sedap! Semalam malam shida masak nasi, pagi ni dah boleh buat nasi goreng jadi jimat duit nak beli breakfast. Biasa hari minggu shida kerja pagi so kalau malas nak buat breakfast biasanya shida beli saja untuk shida dan encik husben ni.
Bahan-bahan Nasi Goreng BKBIB:
- Ikan Bilis (ikut banyak mana nak letak) digoreng siap then letak tepi dulu
- Nasi 2 pot siap masak (nasi banyak ni biasa untuk 3 ke 4 orang makan)
- Bawang besar saiz sederhana 2 biji **dihiris nipis
- Bawang Holland saiz kecil 1 biji **dihiris nipis
- Bawang Putih 4 biji **dihiris nipis
- Cili Padi 6 biji (nak lebih pedas boleh tambah lagi) **dihiris nipis
- Cili merah 2 biji jika besar sebiji cukup **dihiris nipis
- daun limau purut 3 helai **dicarik buang urat
- Bunga kantan 2 batang **dihiris nipis
- Baby Jagung 1 paket kecil **dihiris nipis
- Sos Ikan 4 sudu besar
- Kiub Ayam 1
- Minyak untuk menumis
- Gula + garam secukup rasa **ikut pada rasa masing-masing ya!
Cara Penyediaan (memasak) :
- Selepas dah cuci ikan bilis korang goreng dulu ya ikan bilis dan letak ketepi dahulu. Nasi tu korang lenyek ke ramas ke bagi dia jangan pejal dan letak siap garam dan gaul sekali. Tuang minyak dalam kuali tumis dulu bawang-bawang yang dihiris nipis bersama cili padi dan merah.
- Bila dah naik bau, bawang-bawang dah sedikit layu masukkan pula sayuran tadi baby jagung, bunga kantan dan daun limau. Gaul-gaul bagi sebati, masukkan pula sos ikan dan kiub ayam. Sos ikan tu kalau tak cukup boleh tambah ya. Ikut masing-masing punya kuantiti bahan.
- Bila semua bahan dah naik bau, masukkan gula dan boleh lah masukkan nasi gaul dan kacau rata nasi tu. Pastu korang rasa lah, jika ada yang kurang perasa bagi cukup rasa ok. Bila dah siap semua boleh tutup api dan masukkan ikan bilis yang goreng tadi gaul-gaul boleh dihidangkan. Cadangan menu ni untuk 4 orang makan. Lauk pula boleh ditukar atau digantikan dengan lauk lain seperti sotong, ayam, udang. Okay selamat mencuba korang!
37 comments
thank you for sharing! boleh cuba masak kt rumah sewa ni hehe
ReplyDeleteSila cuba, sedap tau 🥰
DeleteWak banyak bunga kantan
ReplyDeletetapi tak pernah campur nasi goreng lagi.
Cuba buat wak sedap sangat 😀😀
DeleteSedapnyaaaaaaaaa nasi goreng ada ikan bilis ni...
ReplyDeleteSama, kak suka juga nasi grg ada ikan blis, sbb tukar kpda ikan blis..ikut resepi asal buh sotong hehee
DeleteWah boleh buat juga. Terima kasih beri idea. Di rumah memang ada tanam bunga kantan dan daun limau purut.
ReplyDeleteSila buat nanti share hasilnya ya..tq NA 😊
Deletemesti wangi je nasi tu :)
ReplyDeleteBetul syaz..mmg wangi je bila dh msk bunga kantan..
DeleteFirst time dengar resepi ni. Kalau ada bunga kantan lebih boleh try ni
ReplyDeleteNasi ni lebih dikenali dgn pgilan nasi goreng kerabu sal..
DeleteLapar betul pukul 2 pagi ni. Tengok pula entri nasi goreng ni. Emmmm..
ReplyDeleteHahahaa..shida pun sama juga..kalau tgk makanan tgh mlm..terliur hahaa 🤣
DeleteNasi goreng rare ni shida. kalau Fiza terpaksa perati je sebab kurang sikit dengan bunga kantan. bau dia kuat tu yang dulu tak makan. sekarang boleh terima sikit sikit. Nak rasa tu bolehlah :) Tapi bunga kantan cantik bunga dan warna dia.
ReplyDeleteBoleh cuba2 fiza heheee
DeleteUishh nampakk sedapp
ReplyDeleteYes mmg sedap hehee
DeleteYummies!
ReplyDeleteYummy heheee
Deletekalau bunga kantan mcm ni atie takleh nak makan huhuhu
ReplyDeleteYeke..xlalu eh..sepesen dgn kak fiza la tu 🤣🤣
DeleteTak pernah lagi buat nasi goreng dengan bunga kantan! Boleh try nanti ni!!!
ReplyDeleteCuba la cik TK pasti sedap kalau cik TK yg masak heheee
Deletesedapnya..mesti harum baunya..
ReplyDeleteYa nohas..sedap dan harum 😊😊
DeleteWah.. Sedapnya nasi goreng Shida.. Meh anta sini sepinggan..
ReplyDeleteKalau boleh anta..dah anta dah..kita se negeri je ni heheee 🤣🤣
Deletewah terasa kat tekak ni AJ.. sedapnya
ReplyDeleteAJ pun boleh hehehee mama ni ade2 je 🤭🤭🤭
Deleteeh.. shida sowi.. haha salah nama pula
ReplyDeletewowww sedapnyaaaaaaa.
ReplyDeleteBetul..mmg sedap hehee
DeleteWaaa. Siap ada bunag kantan. Tu hari ada semai anak bunga kantan, tak menjadi pulak.. Ebtah mana silapnya, pokok tak tumbuh lalu mati.
ReplyDeleteAdalaa tu yg x kena..saya pun xpndai sgt bab2 tanam menanam..
Deletebunga kantan? menarik nampaknya nasi goreng ni
ReplyDeletePernah makan nasi goreng bunga kantan. Memang sedap.
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.