Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 14 dan 15 (Akhir)

by - 23:56:00

 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 14 dan 15 (Akhir) |  Tamat juga drama 15 episod ni, tak pernah shida terlepas untuk tengok drama ni. Balik dari kerja pukul 10 tu terus buka tv hahaha, punya tak nak terlepas drama ni sebab genre seram ni memang kesukaan shida. Encik Husben pun kata seram tapi shida rilek je tengok heheee. 

Episod yang akhir ni Cik Embun kata nak bangkitkan semula Laila yang dah mati untuk membalas dendam tapi pengakhiran takde balas dendam pun cuma adegan Cik Embun gali kubur Si Laila tu. Sepertinya macam ada Aku Yang Kau Gelar Isteri 2 je kan hurmmm..kan kan Takpelah jom jom tengok episod 14 dan 15,  mana yang terlepas tu dah boleh maraton drama ni okay!

 

Ezlan bertanyakan tentang botol itu kepada Abang Darus. Abang Darus takut untuk menceritakan hal yang sebenar namun atas desakan isterinya, dia akur dan terpaksa membongkarkan tentang amalan Laila. Ezlan dibawa ke bilik tingkat atas iaitu bilik pemujaan Laila. Abang Darus memberitahu bilik ini yang menjadi tempat Laila memuja syaitan demi kekayaan dan kecantikkan diri. 

Ezlan seakan tidak percaya apabila mendapat tahu yang dia telah diguna-gunakan selama ini. Abang Darus meminta Ezlan untuk mengambil air wuduk dan menunaikan solat. Ezlan yang berang bertindak membakar semua patung-patung ‘belaan’ Laila di halaman rumah tanpa pengetahuan Laila. 

Laila yang sedang berbual dengan Mak Cik Embun mengelitat kepanasan dan rasa dirinya seperti terbakar. Perlahan-lahan wajah Laila yang cantik itu berubah menjadi buruk, seolah-olah kulit wajahnya menjadi garing dan berbau amat-amat busuk (bau macam kulit kena panggang).

 
 
Raihani mula menggila dan mengilai terjerit-jerit seperti orang kena rasuk. Raihani turut cuba untuk membunuh kedua anaknya namun dapat dihalang oleh Ezlan. Raihani melompat dari beranda rumah ke halaman rumah. Kekalutan berlaku apabila Raihani bersifat diluar batasan manusia. Dia tidak mampu di kawal oleh Hadi, Maisarah, Naim dan Pian. 
 
Raihani yang dirasuk berlari masuk ke dalam hutan yang gelap. Muncul Hadi dan bapa Maryam dalam misi untuk memulihkan Raihani. Malangnya, Raihani terbunuh kerana sihir yang dikenakan terlalu kuat. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raihani sempat meminta Ezlan untuk membawa Laila ke jalan yang benar. Ini kerana, semua perkara yang menimpa mereka seakan sumpahan kerana bergembira diatas kesengsaraan Laila.
 

You May Also Like

18 comments

  1. AKhirnya..tamat juga drama seram ni heheee

    ReplyDelete
  2. nampak menarik, tp nadyya xlayan sgt drama.hehe

    ReplyDelete
  3. macam menarik, tapi tak berkesempatan lagi nak tengok, nanti boleh cuba tengok

    ReplyDelete
  4. Ramai tak puas hati dengan ending. nampak macam ada sambungan je tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyaa mmg ada sambungan ni..

      Delete
    2. Pasti ada, tapi SS dah nak ke oversea. Tak bestlah kalau orang lain gantikan.

      Delete
  5. ramai marah ending dia ye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaaa emosi..pulak..entah kpe pian dan laila pulak yg mati 😅😅

      Delete
  6. sblm baca entry ni sy terbaca cerita sharifah sakinah dgn video someone terkena sihir lbh 10 thn...

    btw, patut laa ramai x puas hati dgn endingnya...

    ReplyDelete
  7. Pergh!! gitu je ending dia.. patutlah ramai yang marah.. Sha tengok suku je lepas tu baca review Shida dan rakan blogger yang lain je.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Cik TK tak sempat tengok episod last2 citer ni. Huhuuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.